Tak Pandai Bercinta

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession dan admin, terima kasih sebab siarkan tulisan aku.

Nama aku Tari, aku dah nak masuk 30 series, dalam 3 tahun lagi, hahaha, cakaplah jelah umur 27 kan? Complicated betul, sebab aku perempuan…

Perempuan jarang yang straight to the point.. Entah kenapa, tapi kerana begitulah dia diciptakan.

Tapi walaupun aku Complicated, cerita yang aku karangkan ini simple. Baca tajuk pun dah boleh faham.

Yes, aku tak pandai bercinta. Aku tak tahu apa yang perlu ada dalam hubungan cinta. Aku tak faham, macam mana kita boleh tahu kita cintakan seseorang tu.Lepastu, satu lagi, apa beza suka dan cinta?

Banyak kan soalan aku? No worries, readers kalau nak jawab silakan, kalau tak mahu tak apa…

Dan aku pernah ada dalam satu hubungan, masa tu umur lebih kurang 22 tahun. Masa ni aku dekat U, kawan-kawan semua dah ada yang kahwin, bertunang, dan berpunya.

So, sebab tak nak nampak lonely sangat, aku try lah sambut seruan “cinta” dari senior aku, but im not really sure, adakah aku sedang bercinta dengan dia? Setiap hari, dia akan tanya soalan yang sama, yang buat aku cemuh dan jenuh..

“Awak dah makan?”

“Makan apa?”

“Sihat ke?”

Dan hubungan tu, tak sampai sebulan, aku minta break, sebab aku rasa, ini bukan cinta, ini hanyalah satu rasa yang nak ada someone yang care pasal kau.

Tapi bila dah ada orang yang tiap-tiap hari tanya khabar kau, kau pulak rasa cemuh dan jenuh.

Entah lah, kenapa dengan aku?

Sebab aku tak faham apa maksud cinta tu..

Aku perhatikan je manusia sekeliling aku, mereka bahagia bila berkahwin walaupun ada masa bergaduh, tapi hubungan still baik,

Contoh? Contoh berlambak dalam ig, Instafamous2 yang tiap-tiap hari share kisah bahagia mereka tu, Ha, itulah cinta kan?

Mungkin sebab aku belum jumpa, mr right aku, sebab tu kot aku rasa, yang hadir dalam hidup aku selama ini, hanyalah persinggahan, bukan destinasi akhir.

Tapi lama-lama, bila umur dah meningkat ni, aku makin faham, Cinta yang aku tak faham selama ini simple sahaja,

Sebenarnya, perasaan tu akan hadir bila MASA yang sesuai yang ALLAH dan tetapkan untuk kau,

Masa tu, bila kau dah sedia, kau akan faham,

Dan faham kau tu akan datang bersama tanggungjawab dan komitmen,

Makanya kau akan lebih bersedia untuk melangkah ke alam baru,yang penuh haru biru tapi dihiasi cinta dan rindu..

Halah halah, macam orang angau bercinta pulak..

Tapi betullah, jangan fikirkan apa yang belum kita ada, sebab ALLAH dan tetap semua, Jodoh ajal rezeki, sudah tertulis,

Dan ALLAH akan bagi pada masa kau bersedia..

Bila kau dah ada sense of tanggungjawab dan komitmen terhadap hubungan ke akhir hayat.

Sekarang ni, walaupun aku tak pandai bercinta,

Dan aku juga masih belum berkahwin,

Aku tetap doakan cinta yang hadir satu hari nanti, adalah bukan semata-mata cinta sahaja,

Aku harapkan ia dihiasi tanggungjawab dan komitmen untuk satu-satu hubungan yang lebih serius.

Untuk kalian yang belum berkahwin,

Ada sebab kenapa kita belum,

Cuba pandang sekeliling,

Masih ada ibu, ayah, dan adik beradik yang memerlukan cinta, tanggungjawab dan komitmen dari kita,
Berusahalah menjaga mereka sebelum kita melangkah keluar dari rumah dan menjadi milik yang lain

Akhir kata, Cintai ALLAH dan rasul terlebih dahulu, Maka DIA akan datangkan seseorang yang mecintai DIA kepada kita..

Aamin…

– Tari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *