Tak Pandai Hidup

Assalamualaikum wbt pembaca semua. Aku seorang perempuan, anak kedua daripada lima beradik, baru berkahwin setahun lebih, dan kini mengandung 7 bulan. InsyaaAllah aku akan melahirkan anak pertama kami pada February 2020 (eh wawasan 2020 sangat kan).

Alhamdulillah suami aku bertanggungjawab orangnya, ambil berat hal rumahtangga, tolong buat kerja rumah & masa mengandung ni memang boleh dikatakan dia lebih banyak selesaikan kerja rumah berbanding aku. Aku hanya buat mana yang mampu & focus pada tugas memasak.

Sepanjang kehamilan ni aku akui banyak sgt masalah yang aku hadapi. Kehamilan alhamdulillah okay, cuma aku ada GDM (kencing manis masa mengandung) yang buat rasa stress sikit masa mula2 dulu. Tapi lama kelamaan dah pandai sikit kawal food intake untuk control kandungan gula dalam darah. Suami pun rajin baca info tentang pemakanan ketika hamil dan sebagainya, and dia yang rajin beli sayur atau buah-buahan yang sesuai berdasarkan pembacaan dia.

Tapi masalah yang aku maksudkan ialah masalah lain. Sebelum dapat tahu aku hamil, aku dah decide untuk reisgn kerja before ni (kerja permanent position) sebab dah cannot go dengan cara bekerja dan diakui agak stress sebab setiap hari aku stayback (ok mungkin sebab aku yang tak efficient, bukan salah kerja tu, so aku lah yang kena berundur diri cari kerja lain kan?)

Masa tu aku plan untuk join kerja lain yang lebih flexible tapi berkonsepkan sales, yang mana aku kena buat sales dan income aku berdasarkan beraoa banyak aku berjaya close sales. Masa tu aku yakin dan terus decide selepas discuss dengan suami.

Tapi semuanya tak semudah yang disangka. Start dengan approach kawan2 untuk cuba buat sales, hasilnya daripada 20 orang kawan yang aku ada, dalam 6 orang setuju, 5 orang politely rejected, dan yang lagi 9 orang terus dah tak nak kawan aku hahaha. Kelakar juga, macam moment of truth yang mana kau boleh tahu mana kawan dan mana kenalan, walhal selama ni kau macam perasan sorang2 kau ada ramai kawan kahkah.

Ada juga yang kata, dah nak menjual baru nak cari kawan, kalau tak, takde nak tegur atau message. Pelik juga aku, kalau hari biasa takde apa2 benda then tetiba message tanya khabar mesti diorang pun berkemungkinan rasa aneh dan tanya kat aku message ada sebab apa, kan? Halah halah, kelakar rasa.

Ada sikit nasihat aku kat korang pembaca di luar sana, kalau ada kawan korang approach untuk jual apa2 product, etc, cuba bagi peluang dia explain sikit dulu. Kalau tak berminat, takde orang marah pun kalau kau decline dia baik2, tapi jangan la perli2 seolaj dia mengemis wang ringgit darimu secara percuma. Ingatlah, dia pun sedang bekerja macam kau juga, berusaha nak put food on the table macam kau juga, cuma bezanya jenis pekerjaan.

Mungkin kerja kita 9am-6pm ada punch card, ada basic salary, kerja sungguh ke tak sungguh ke, gaji tetap jalan. Kalau orang2 sales ni lain sikit, kerja sungguh belum tentu lagi dapat hasil on the spot, and kalau tak sungguh memang confirm2 tak dapat apooo. Let’s just try to respect kerja orang juga. Bukan judge lepas tu condemn, ok?

Lahhh membebel pulak aku. Okay back to the point, pasal masalah. Yes, sangat susah. Apa yang ku plan tak menjadi, semangat yang mulanya berkobar makin hilang dan hasil pun belum lagi nampak sepenuhnya. Savings bukan banyak pun, tapi ada standby ngam untuk 6 bulan. Masa berlalu, savings pun berkurang sebab komitmen still kena bayar (car loan, ptptn etc) dan lama kelamaan jadi stress.

Mak aku pun ada persoalkan kenapa dah kawin macam makin miskin (ya mak aku memang guna word tu kat aku) sebab dulu masa bujang aku boleh bagi RM5 00 sebulan kat mak aku, sebab dia pernah letak syarat kalau dah kerja nanti kena bagi mak paling sikit RM 300.

Pernah masa mula2 kerja gaji bulan pertama RM 400 je sebab pro-rated aku mula kerja tu dah minggu terakhir dalam bulan tersebut. Aku pun happy la bagi gaji pertama RM 100 kat mak, sebab fikir nak guna duit untuk sewa bilik dan public transport dan duit makan masa tu. Duduk KL katakan, tapi miskin haha.

Then masa aku bagi RM 100 tu, mak aku gelak dan perli2. Tak, bukan gurau punya gelak. Memang makan dalam sangat kata2 beliau. Mungkin aku terlalu sensitif? Ah kau judge lah ikut suka kau, kalau kau kat tempat aku pun aku sure kau sentap kena perli dan ditertawakan disaat kau genuinely gembira share gaji pertama dengan mak tersayang.

Lepas pada tu aku nekad. Aku taknak kena perli lagi. Aku nekad allocate RM300 every month. Bila aku dapat kerja lain mak aku akan sentiasa ambil tahu berapa gaji aku dan masuk gaji berapa haribulan. Kalau lewat sikit transfer, bersedialah terima reminder kat whatsapp “Hai, bulan ni takde bagi mak ke? Gaji semalam kan? “ ya allah aku bersyukur mak aku sangat ambil berat……tentang gaji aku.

Maka bila dia tahu gaji kerja baru ada kenaikan, atau yearly ada increment, dia akan insist untuk tahu, dan akhirnya dia akan buat kesimpulan “maksudnya boleh bagi mak lebih la kan,” Patutkah kita berkata oh tidak this is my hard earned money, mak tetap dapat RM 300 sahaja? Tak, kan. Maka akhirnya aku bagi RM 500 sebulan sepanjang aku bujang.

Bila kahwin, okay semua aku kena sediakan. Duit hantaran dari pihak lelaki memang full bagi kat mak dan aku kena juga topup sikit2 untuk cukupkan mana yang perlu mengikut kehendak mak. Sampaikan masa tu aku fikir betul ke aku nak kawin ni, nampak gaya kang aku struggle nak kumpul duit semula lepas kawin sebab savings dah banyak guna masa kawin. Tapi mungkin Allah bantu, syukur masih tenang lagi lepas kawin. Savings tu takde lah sampai habis terus, ada lah tinggal sikit dalam 3 digit :’)

Masa bujang juga, aku ada banyak loan. Mak aku suruh beli peti ais baru, tv baru, almari baru dekat courts mammoth sebab masa tu aku tak mampu nak bayar cash untuk beli semua barang tu. And kata beliau, aku ni dah kerja nak dekat 3 tahun (waktu tu) tapi saaaaaatu benda pun tak pernah beli untuk rumah tu. Laaaa, aku ingat tugas kita sebagai anak bagi duit bulanan je kat mak, sebab aku pun duduk rumah sewa, tak sangka rupanya kita ada tanggungjawab beli perabot tu jugak.

Masa tu aku ralat la, rasa macam anak tak guna dan aku terngiang2 kata2 mak aku tu (lagi2 part saaaatu benda pun tak pernah beli) ya, part satu tu memang panjang dalam 5 harkat, nampak tak betapa emphasize nya aku punya level tak guna tu? Weekend tu aku terus bawa mak aku ke courts mammoth, beli barang secara installment, interest dia sumpah tinggi gila, mencanak macam nak putus nyawa tapi masa tu aku tak fikir apa dah, aku teruskan je.

Maka bergelumang lah aku dengan hutang courts bertahun, yang mana kau terskip even satu bulan pun kau hadaplah akibatnya, dapat SMS dalam capslock, ayat yang kurang ajar dan mengugut macam2. Disebabkan kita sedar kita berhutang, apa lagi yang kita mampu buat selain bersabar dan redha, kan. Setelah 5 tahun akhirnya aku habis bayar courts maut tu, i mean courts mammoth. Lega tak boleh nak habaq, memang rasa macam terbang ke awan (okay, over).

Selepas episod courts tamat, aku di pujuk lagi oleh mak untuk buat loan untuk motor, bagi kegunaan adik aku yang second last. Okay aku faham lah sebab adik2 masa tu semua memang tengah study. Mak kata, bayar bulan nanti kongsi2 la, dia RM100, aku RM150. Aku pun setuju je la walaupun masa tu kau ada plan nak guna duit untuk benda lain ke apa, kisah pulak sesiapa dengan plan kau, tak gitu?

Kalau aku guna alasan ada komitmen lain, hah hadap lah ceramah free “komitmen apa nya kau bukan dah kawin ataupun ada anak, mak dengan ayah ni anak 5 lagi banyak komitmen bla bla” okay fine, malas nak berdebat, kita ikutkan saja sebab kita kan anak dan menggembirakan ibu bapa tu sesuatu yang mulia, betul?

So aku pun proceed dengan loan. Ingat tak deal bayar kongsi2? Okay and ingat tak monthly aku bagi mak RM500? Okay lepas aku bagi mak duit, dia akan guna RM100 dari duit tu untuk bayar duit motor. And aku kena topup RM150 untuk portion aku. Maka instead of RM500, aku bagi RM650 :’)

Tak lah, bukan berkira. Cuma rasa macam kena game lol just kidding haha. Pendek kata, actually loan tu tak kongsi pun sangat, itu jadi tanggungjawab aku. Sebab lepas a few months mak aku kata bagi dia RM400 je sebab RM100 tu untuk duit motor. Okay mak :’)

Lepas kawin, seriously banyak kan kita nak guna duit. Memang la suami lebih bertanggungjawab bab duit tapi kita sendiri ada komitment and ada certain benda yang aku ok je nak share the load dengan suami untuk sementara waktu sbb kitorang baru nak mula hidup baru, nak setup rumah, beli barang rumah etc. So masa tu aku terpaksa kurangkan sikit duit yang bagi kat mak sebab nak settle down urusan hidup baru dulu.

Then mak pun bagi ayat sentap. Masa mak tanya kenapa dah kawin makin miskin, aku sedih la sebab firstly, aku taknak dia ada impression apa2 pasal suami aku. He is doing good cuma aku tak sampai hati kalau biarkan dia keluarkan duit sorang2. Stress juga masa tu, aku cakap kat mak, ada banyak benda nak settle dulu.

Then mak kata, “takpelah, nanti mak cari lah duit sendiri, mak takkan kacau kau lagi kalau nak duit. Doakan tulang 4 kerat mak ni kuat dah tua2 pun kena cari duit sendiri,” while no one says she had to work. Hmmm. Masa tu tak tau nak respond apa sebab agak penat dah bila orang asyik guna modal perli/sentap untuk dapatkan sesuatu, sejak dari aku muda sampai dah berumahtangga, sampai at one point aku terbaca pasal narcissist parent dan aku terasa ehh ni macam mak aku (lepas tu aku istighfar la).

Sekarang ni mak dah slow down, tak perli lagi pasal duit, mungkin dia lebih redha dengan apa yang dia dapat. Adik2 aku pun dah habis study dan mula bekerja. Mungkin tu salah satu faktor juga yang buat keadaan lebih tenang.

Tapi untuk kerja yang aku buat, entahlah. Ada masanya rasa macam adakah ini sebab tak berkat? Adakah mak aku tak redha aku kerja buat sales and dia prefer kerja aku yang dulu? (dulu kerja bank, orang tua suka la sebab senang nak ingat and nak cerita kalau orang tanya anak kerja apa, maybe. Dan income pun stable)

Aku sangat susah nak close sales sekarang, kerja dari pagi sampai petang pun belum tentu mendatangkan hasil. Kadang ter compare juga dengan orang lain yang nampak mudah je semuanya. Bila borak dengan diorang, mostly kata family is their main motivation. Buat aku terfikir, adakah aku tak ikhlas dengan family aku macam diorang?

Adakah aku dah menyusahkan suami sebab aku dah kehabisan savings and income baru susah nak masuk? Ada kalanya aku memang pinjam dari kawan rapat, yang subhanallah baik sangat boleh bagi pinjam walaupun aku kata aku tak sure boleb bayar bila. Tapi tak bagitau husband aku sebab taknak dia stress dengan keadaan aku yang takde duit. Lagipun nowadays semua dia yang bayar. Sewa rumah, barang dapur, duit belanja aku, duit untuk beli barang baby, etc.

Ada juga aku buat Tahajjud, Dhuha, sunat Taubat, amalkan al-waqiah etc tapi aku masih rasa sukar. Adakah memang sebab hati aku penuh dendam atau amarah? Adakah aku tak menjaga hubungan dengan ibu bapa, dan orang sekeliling? Adakah aku masih considered as fake walau sedalam mana aku cuba ikhlaskan hati?

Dulu aku dapat bayar zakat setiap bulan tapi sekarang, zakat pun aku sanggup nak stop sebab struggle, tak bagus kan? Adakah aku lupa kalau kita bersedekah rezeki kita takkan sempit? Tapi dalam kes ni, setelah sempit baru aku stop.. Camne niiii aku serba salahh (eleh dah buat salah tak bayar zakat masih lagi nak pertahankan diri sendiri. Apooo)

Entahlah.. Aku letih sangat. Banyak hari aku nangis before tertidur (tapi skill nangis secara silent aku ni sangat power sampai suami tak kan notice bini kat sebelah tengah berjujuran air mata hahaha) nangis masa mandi jangan cakap lah, itu kan me time paling mujarab .

Aku rasa aku menyusahkan orang, banyak orang. Aku berdoa kepada Allah, kalau takdir aku akan terus macam ni, kalau aku akan terus ada masalah duit sampai ke tua, kalau aku akan terus menyusahkan orang dan pinjam sana sini sebab tak cukup duit sokmo.

Aku harap untuk sekali, Allah permudahkan urusan rezeki aku supaya aku dapat bayar hutang semua before aku bersalin, dan aku nak Allah ambik aku sekali masa bersalin nanti. Aku tau aku tak bagus lagi sebagai manusia, tapi aku dah letih dan aku makin lama rasa yang aku ni tak pandai nak hidup. Sebenarnya banyak lagi masalah yang aku nak share tapi nanti jadi sinetron pulak, so aku cerita sikit je. Hehe.

Aku harap Allah ampunkan dosa suami, ibu bapa, adik beradik dan kawan2 aku. Semoga Allah permudahkan urusan mereka, lipat gandakan rezeki mereka untuk setiap duit yang suami aku belanjakan untuk kami sekeluarga / duit yang mak ayah pernah belanjakan untuk aku dan adik beradik / duit yang kawan2 pernah pinjamkan kepada aku ketika aku susah.

Syukur untuk semua pinjaman daripada kawan2 yang aku pernah dapat dan dah bayar semula & aku harap Allah izinkan aku untuk dapat rezeki untuk bayar hutang mereka yang belum dapat aku langsaikan. Aamiin YRA.

Aku harap semuanya selesai sebelum aku bersalin, dan semoga Allah ambil aku kembali ketika bersalin nanti, sebab aku tak pandai hidup. Tolong doakan Allah akan ampunkan aku, mungkin doa korang semua lebih mujarab.

Semoga Allah permudahkan urusan korang semua. InsyaaAllah.

– Zulaikha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *