Tak Pasti

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni aku betul2 perlu untuk luahkan rasa yg aku simpan ni. Aku tak mampu. Aku berkahwin hampir 3 tahun dan belum dikurniakan cahaya mata. Aku berhenti kerja selepas kahwin sebab nak bby cepat2. Tapi selepas setahun lebih menganggur masih belum ada rezeki dan aku ambil keputusan untuk bekerja atas persetujuan suamiku.

Usia perkahwinan mungkin masih awal bg org lain. Tp hati ini selalu mendesak nak ada anak dan aku rasa macam ada yg tak kena dengan perkahwinan ini mula2 perkahwinan aku dah selalu lebam2 di kaki dan badan bukan sebab kena pukul ye, suami aku bukan kaki pukul.

Suami bawa aku pergi berubat perubatan islam. Bila di ruqyah aku tidak sedar apa yang berlaku. Tapi selepas peristiwa berubat itu aku ada bermimpi satu manusia yang hitam baring di tempat tidur ku dan memandang aku dengan marah. Lalu aku terjaga. Okay cerita tentang mimpi memang aku slalu bermimpi mcm2. Ular, baby dan aku tahu semua itu ada kaitan dgn gangguan. Tp aku tetap jalani kehidupan ini seperti biasa sebab bila setiap kali aku ceritakan pada suamiku “alah, tu mimpi tu kan mainan syaitan je, jgn obses sgt “.

Selepas peristiwa berubat, sekarang aku mengalami masalah gangguan period yang kerap datang dan percaya tak, bnda ni dh beberapa kali tejadi sebelum darah haid tu keluar.. Aku mimpi aku dalam keadaan memegang underware yg ada darah :( pastu tgh hari nnt mmg berdarah lah.

Okay tak mau diselubungi misteri. Aku ajak suami aku ke hospital untuk checkup. Sebab aku risau mana lh tau ada masalah dalaman. Hospital rujuk pada pakar O&G slepas aku cerita kekerapan “dtg bulan” tu. Mana taknya dalam tempoh waktu subur pun boleh klua drh. Disebabkan ini juga aku jadi jarang beribadah kpd Allah. Tp apa yg mengejutkan, pakar O&G sahkan yang aku normal. Rahim aku tiada apa2 masalah dan ketumbuhan.hanya mungkin hormon yg tak stabil sebab stress pun blh jadi period byk2 kali @ tak period langsung…..

Okay aku biarkan persoalan tu sbb apapun masalahnya yg psti rezeki Anak itu pemberian Allah. Klu ia kata jadi, maka jadilah.. “kun fayakun”. Cuma yg menggangu aku skrg ni, aku tinggal berjauhan daripada keluarga, keluarga suami pun jauh. Jadi blh dikatakan kami berdua, tinggal berdua duaan je. Mmg seronok sebab ada privacy sendiri. Tp bila jauh dari keluarga aku perhatikan suami aku ni ada sikap Munafik. Di depan parents dia solat tp bila di rumah sendiri, dia tak pernah pentingkan solat tu, bangun untuk pergi kerja. Makan dan minum lepastu fokus main game. Sembahyang Jumaat pun jarang sekali dia pergi. Yg aku kecewa bila dia selalu rasa diri dia betul apa yg dia buat betul dan aku hanya isteri aku tak layak untuk persoalkan, “kemunafikan” dia.

Hmmmm, aku tertanya2 gangguan yg aku rasa ni ada kena mengena ke dgn rasa panas hati je tgk suami. Padahal dia bukan lah lelaki yang jahat, tak tinggalkan aku sorg2 kat rumah, tp aku panas hati je tgk dia abaikan solat, itu tanggungjwb dia sebagai ketua keluarga (mana nk dtg tanggungjwb kalau fokus main game, semua kerja rumah aku buat) bukankah byk2 beramal tu boleh elak dari gguan syaitan kn? Hari ini aku dah tak tahan lagi dengan semua yg aku rasa, sampai tahap aku nak berpisah je..

Aku cuma minta pendapat readers ada tak korang yg pernah rasa apa yg aku rasa. Rasa sunyi, rasa diri mahu berubah ke arah kebaikan tapi tak dapat langsung sokongan dari org yg paling dekat iaitu suami :)

– _Sy_

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *