Tak Patut Keputusan Berpaksikan Akademik

Salam semua,

Sebagai seorang lelaki awal 20-an yang belum berkahwin, aku boleh cakap antara benda paling cuak masa sesi taaruf adalah bila kita nak tanya level education/kerja si dia. Bukan apa, sebab selalu sangat sesetengah mak bapak letak harga hantaran pada qualification. Even degree yang susah nak dapat kerja pun dia set 15k. Masters dan PHD jangan cakaplah, starting 20k tu quite normal, lagi-lagi la family belah utagha (gurau). Dapat yang grad obersea, mati la nak.

Sebabkan hantaran yang melampau tu, ramai lelaki yang tak sanggup bayar and akan cari ijazah ke bawah. Diploma ke, SPM pun ok. Kalau dia betul-betul lelaki, dia akan paham yang tanggungjawab mencari nafkah tu jatuh pada dia, so apa salahnya kalau future wife dia tu kerja biasa-biasa je pun. Yang apa lelaki nak, adalah hati budi yang baik, jaga agama dan pandai urus rumah, Full stop. Dapat yang lawa tu kira bonus hehe.

Tapi nanti mesti ada suara sumbang yang cakap, “Eh bro, awek tu minat kat kau sebab kau kerja gomen je bro”, “Dia nak orang gaji 5k je bro, kalau bukan kau, orang lain pun ok”, dan yang paling femes “Awek semua nak orang poket tebal sebab dia nak upgrade lifestyle dia dan hidup selesa!”. Kepada golongan suara sumbang ni, satu je aku nak cakap, kalau dia kahwin dengan kau sebab nak hidup yang lebih selesa, kau kahwin dia sebab nak hidup kau lagi teruk ke macam mana? Kau pun kahwin dengan dia sebab nak a better life kan? Please jangan jadi hipokrit.

Sudah tentu, bila ramai mengata, kita pun rasa nak give up bila kita nak kenal seseorang. Aku pasti, perempuan yang baik-baik ni, diorang pun akan ada rasa sedikit ragu-ragu bila ada lelaki yang ada kerja bagus dalam bidang ijazah dia nak kenal. Adakah si dia betul-betul serius atau nak teman sepermainan untuk ringan-ringan. Dia rasa lain darjat macam tu.

Bagi aku lah, status pelajaran orang tu sikit pun tak melambangkan kehebatan akal seseorang. Kalau dia ada SPM je pun, kau boleh jamin yang dia x akan ada PHD di masa depan? Degree pun 4 tahun je, Masters pun boleh buat part time hujung minggu. Semua tu boleh diusahakan. Insyallah, kalau umur panjang, awak ada sampai umur 70 tahun untuk buat semua benda tu. Bagi yang poyo dan membangga-bangga dengan kelulusan atau kerja dia, cuba refleksi balik bagaimana tuhan dah permudahkan hidup awak dan bagi rezeki yang melimpah ruah untuk awak berada di tempat awak sekarang.

Sedar tak saudara yang kadang-kadang segala kehebatan yang awak ada tu, hanya sebab awak ada permulaan yang awal berbanding orang lain. Mungkin si dia memang pandai dan ingin ke universiti, tapi sebab kekangan hidup dan kewangan misalnya, dia terpaksa tolak tepi keinginannya dan awak dapat head start. Pastu dengan mudahnya, awak mengata dia tu tak sehebat awak. Wah wah. Benda yang sama kita nampak bila budak oversea di banding-bandingkan dengan budak local. “Tengok english dia, tengok dia pandai present, berani!”. Saudara, memang lah dia lagi hebat bab tu, sebab dia lagi banyak pengalaman dalam bidang tu. Dia mula awal. Nanti bila dah bertahun kerja, awak sendiri pun susah nak bezakan yang mana local yang mana overseas. Last-last yang local tu dapat buat Masters overseas, macam kawan aku dpt scholarship dari US sedangkan dulu orang kutuk2 dia budak UIA. Ingat, rezeki tu dah tertulis, mungkin tertangguh seketika je.

Kalau kau tak percaya, cuba kau bayangkan boleh tak kau jadi Ketua Pelajar sekolah menengah kau dengan kebolehan kau sekarang. Confirm boleh kan. Awak tak dapat jadi dulu, sebab ada orang lain yang dah start lebih awal masuk kem kepimpinan, baca doa kat depan dan sebagainya. Awak yang masa tu takde pengalaman dalam bidang tu, rasa kurang keyakinan diri kan. Sekarang lepas masuk macam2 program, present kat bos, rasa benda tu kacang je kan. Slow- slow tak apa, yang penting, berani mencuba tau. Lama lagi nak hidup ni.

Jadi maaf, bagi aku tiada sebab pun nak ikat hantaran berdasarkan level education seseorang. Mungkin pengalaman mereka di tempat lain, pandai meniaga dan sebagainya. Rezeki tu bukan dalam bentuk gaji sahaja. Tak baik susahkan orang yang nak halalkan hubungan mereka. Tempoh pembelajaran seseorang itu adalah seumur hidup. Lifelong learning kata omputih. Betulkan niat kita bina masjid untuk menggandakan ibadat, bukan untuk menggandakan duit sahaja.

– Abam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit