Salam admin, thanks sebab tunjuk luahan aku ni.
Baru-baru ni ada issue pasal menyusu. Biasalah, mak-mak ni kan, semua benda nak dipertikaikan.
Aku nak cerita pasal isu susu formula vs susu badan. Dua-dua tu adalah rezeki yang tertulis. Yang pastinya, aku sokong penyusan susu ibu tu paling terbaik untuk mana-mana baby pun.
Alhamdulillah aku menyusukan anak aku, ada beberapa kali aku beri formula dan aku redha.
Tak rasa sedikitpun macam aku tak sempurna. Yang penting, anak aku jauh dari kelaparan.
Paling utama sekali, susu ibu itu adalah hak anak/ bayi, dimana susu itu peminumnya adalah anak atau bayi.
Bukan untuk suami, bukan orang dewasa lain, bukan untuk haiwan, bukan sengaja nak gunakan untuk menyiram tanaman. Menyusukan anak itu hukumnya harus, bukannya wajib.
Baru-baru ini ada isu pertikaian terhadap cadangan daripada seorang ibu A, untuk ibu B, supaya berhenti menyusukan anaknya, jika menyusu badan itu buatkan ibu tersebut mengalami depression.
Beri sebentar pada orang lain untuk menjaga baby tersebut sementara ibu itu cari ketenangan. Bagi aku, aku sokong pernyataan ibu A tersebut. Ibu B yang depress tu hampir nak campak anakknya sebab stress dengan penyusuan.
Ya, susu ibu itu terbaik, tapi jika memudaratkan mental ibu, janganlah dipaksa. Andai kalian kata itu hak anak, bagaimana pula hak kesihatan mental ibu?
Sedih aku lihat komen yang seolah-olah tidak memahami struggle ibu, dan rata-ratanya datang dari lelaki yang puting dadanya tak berfungsi…
Ya, beri formula juga tak mudah kan? Nak kena sterilize botol selalu, nak kena sediakan air panas, susu formula yang mahal.
Tapi, andaikata si ibu depress, penat fizikal dan mental, wajarkah kalian memaksa ibu untuk teruskan, sambil terus menghentam bertapa lemahnya ibu kerana berkeputusan untuk berhenti menyusu badan?
Mana tahu, ketika si ibu pergi tenangkan diri, dia mendalami lagi ilmu penyusuan, dan bila kembali tenang, ibu dapat menyambung penyusuan semula.
Lagi satu, pengeluaran susu ibu amatlah berkait rapat dengan keadaan stress ibu. Ibu stress, susu akan kurang.
Breastfeeding juga struggle, wahai kalian. Bukan sekadar selak dan sumbat sahaja.
Bayi mahu mengempeng lama berjam-jam setiap malam sampai sakit belakang, bengkak susu sampai demam, kerja tergendala, dapur tak berasap, pundi kencing rasa nak pecah, perut rasa macam nak tercirit sebab baby mahu mengempeng sahaja.
Andai hilang ibu di sisi, hampir terkeluar anak tekak si baby melalak nangis, maka ibu pula kena dodoi-dodoi. Itu belum lagi digigit-gigit, dikunyah-kunyah dada ibu macam chewing gum.
Ada baby yang tak pandai menyusu, maka bersengkang matalah si ibu mengepam susu siang dan malam.
Andaikata boleh cabut dada ini dan berikan kepada ayahnya, dah lama kami buat, wahai kalian. Biar bergilir dengan ayahnya pula siapa kena bangun malam untuk hari ini, siapa yang kena duduk/ baring berjam-jam untuk bayi mengempeng.
Bolehlah kami ni memasak dengan tenang, paling kurang, melepaskan hajat dengan tenang. Tapi kami tak boleh buat.
Syukurlah mental kami masih okay, suami kami masih support. Tapi bagi yang diberi ujian seperti ibu tersebut? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Itulah realiti menyusukan badan. Betul, kami tak perlu bawa bakul berisi thermos air panas, susu formula, botol dan air masak kemana-mana,
Tapi selalunya, hampir kesemua masa kami diluar, kami terpaksa ‘tinggal’ di nursing room, menyorok-nyorok di celah-celah bucu restoran, memerap dalam kereta sebab baby nak menyusu.
Pakai nursing cover? Dengan mentaliti rakyat malaysia yang seolah-olah menyusu badan itu sesuatu yang seksual, menyusukan anak di tempat awam dengan nursing cover dilihat seolah-olah kau berbogel di tempat awam.
Point diatas bukanlah untuk aku compare ibu yang guna susu FM & Susu Badan.
Aku cuma nak beritahu itulah antara struggle penyusuan susu badan supaya at least kalian dapat beri simpati dan empati terhadap ibu yang depresi tu. Susu FM pun ada strugglenya, aku tahu.
Dan lagi satu, depresi para ibu adalah real, berlaku dan bukan rekaan. Ya, beri susu FM juga bukanlah definite solution untuk masalah ibu tersebut. Aku percaya, ada solusi yang lebih baik lagi jika dapat bersemuka terus dengan si ibu.
Namun, di zaman online ni, letakkan kalian sedikit empati. Paling elok, berikan bantuan fizikal terus. Bila aku terbaca isu tersebut, aku cuma mampu beri kata semangat untuk buat keputusan yang terbaik.
Jangan pandang rendah setiap usaha yang ibu lakukan untuk pastikan anaknya kenyang, asalkan ia bersesuaian dengan keadaan.
Susu badan atau FM, tak ada dosanya. Yang berdosanya kalau awak sengaja biarkan anak awak kebulur lapar tanpa sebarang pertolongan.
Ibu, jangan terlalu push diri awak semata-mata nak jadi apa yang orang kata. Know your limit. Kalau awak gila, adakah mereka yang nak jaga anak awak?
Awak rasa berbaloi ke anak awak membesar tengok awak sakit, lesu dan murung sepanjang masa?
Ibu, anak awak perlukan ibu yang ceria, bukanlah ibu yang sempurna.
Sebab tiada ibu yang sempurna, tapi ada ibu yang sentiasa berikan yang terbaik. Andai keputusan itu awak rasa yang terbaik, itulah rezekinya, wahai ibu.
– Ibu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit