Tak Pernah Berhenti Berharap

Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession. Amaran ya kisah ni panjang dan mungkin cara penulisan kurang menarik. Maafff. Ok, nama aku Laila, mestilah bukan nama sebenar. Aku berusia 28 tahun. Bekerja di sektor swasta.

Aku mulakan cerita aku dengan background family aku. Aku ada seorang kakak dan tiga orang adik lelaki. Kakak aku dah berkahwin dan mempunyai tiga anak. Kahwin atas pilihan mak aku. Mak Aku pulak bekerja di sektor swasta juga, manakala ayahku sudah bersara.

Kisah utama yang aku nak ceritakan adalah mengenai jodohku. Yelah dah umur berapa masih belum bertemu jodoh kan. Aku sememangnya tak pernah ada boyfriend or kekasih since dari zaman belajar lagi. Ada la suka kat orang tapi suka je la sorang diri, tak berani kot nak bagitahu kan. Sekarang, semua orang yang aku pernah suka dah selamat berkahwin dan ada yang dah ada anak dah pun. Alhamdulillah. Tapi aku? Masih lagi sendiri.

Aku pernah dikenalkan dengan seorang lelaki pada tahun April 2017. Anak kepada kawan mak aku. Aku namakan dia Shukri. Tapi dia tak duduk di Malaysia. Dah migrate ke negara luar dengan family dia sekali. Taklah jauh sangat dari Malaysia.

Aku berhubung dengan Shukri melalui whatsapp. Dia tahu tujuan perkenalan kami. Jadi dia memaklumkan sekiranya aku bersetuju untuk berkahwin dengan dia, aku kena pindah duduk negara sama dengan dia. Sebab dia memang dah totally migrate kat sana. Adik-adik dia pun dah sekolah kat sana. Benda ni buat aku berfikir panjang. Sebab tak pernah terlintas di fikiran aku untuk hidup di luar Malaysia. Kalau setakt melancong atau sambung belajar tu nak lah kan. Tapi ni, aku keliru.

Pada mula perkenalan, mak aku menunjukkan respond yang positif, tapi setelah beberapa minggu dia mula memberikan feedback negatif such as merendah-rendahkan Shukri, memburukkan fizikal dia, pendidikan dia dan sebagainya. Dan pastinya isu untuk aku berpindah ke negara luar itu menjadi isu utama. Aku faham mak taknak aku berjauhan, aku pun tak nak.

Jadi, dalam masa aku masih lagi berhubung dengan Shukri, mak kenalkan lagi aku dengan seorang lelaki, melalui ibu saudaraku. Aku namakan dia Abu. Aku pada awalnya tidak berminat langsung untuk berkenalan dengan dua orang lelaki pada satu masa, macam lah aku ni menarik sangat orangnya. Lagipun, aku rasa aku bukan jenis nak melayan orang. Setia la acah-acah. Hehe.

Ok back to the story. Abu pun mula whatsapp aku. Pada masa itu, aku masih lagi berhubung dengan Shukri, jadi faham-faham lah aku mestilah akan lambat untuk respond kepada Abu. Abu tak puas hati. Dia report pada ibu saudaraku dengan mengatakan bahawa aku lambat respond dan berpura-pura sibuk mengalahkan dia.

Oh by the way, Abu adalah seorang penjawat awam yang berpakaian seragam biru. Ibu saudaraku terus call aku dan tanya kenapa reply lambat. Aku rasa sangat menyampah dan sakit hati dengan Abu. Dah kenapa nak memaksa nak report-report pulak. Aku pulak yang kena sound. Kalau ingatkan balik, memang sakit hati aku!

To cut the story short, aku dah stop berhubung dengan Shukri. Dengan Abu ni, aku memang tak boleh pergi. Aku tak suka dia. Dia boleh cakap aku desperate nak kahwin. Langsung mulut tak bertapis. Banyak benda lagi yang aku tak suka tentang dia. Dia pernah cakap mak aku tergila-gilakan dia nak jadikan menantu, dia pernah cakap mak aku meroyan. Kau rasa lelaki baik ke macam ni?Dia pernah mengadu pada mak, aku marah-marah dan tinggi suara pada dia. Akibatnya, mak memarahi aku dan mengatakan aku kurang ajar.

Lepas dah berhubung dan kenal dengan dia, aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi perkenalan kami. Tapi, aku tak sangka aku mendapat respond yang sangat dasyat dari mak. Mak memaki hamum aku dan menyumpah seranah aku. Taknak mengaku anak, tak bagi aku balik rumah dan macam-macam lagi aku kena hadap.

Dalam masa yang sama, Abu tetap memujuk mak supaya menggunakan kuasa sebagai ibu untuk memaksa aku terima dia. Katanya bersungguh nakkan aku. Aku rasa itu adalah perkara yang paling keji untuk memaksa orang menerima dan berkahwin dengan orang yang kita tak suka, malah benci. Kehidupan aku berubah 360 darjah selepas kejadian itu. Mak menjadi sangat renggang dan aku tak berhubung dengan mak untuk beberapa hari.

Dalam tempoh ini juga, aku masih dimaki hamun disumpah seranah kerana tidak mengikut kehendaknya untuk bermenantukan Abu. Mak mengatakan aku menolak Abu kerana aku masih lagi berharap pada Shukri. Walhal, itu bukan puncanya. Aku dah terangkan segalanya pada mak, tapi mak tetap taknak terima alasan aku.

Abu dan mak semakin rapat. Mungkin mak rasa bersalah sebab aku menolak Abu. Jadi dia tetap melayan Abu dengan baik, bahkan lebih baik dari melayan aku. Abu meminta supaya mak anggap dia sebagai Anak angkat, walaupun bukan sebagai menantu. Bermula dari itu, mak sentiasa membahasakan diri Abu sebagai anak angkat. Mereka memang berhubung setiap hari pagi petang siang malam, bergayut lama-lama yang mana aku serta adik beradik yang lain tidak pernah berbuat demikian.

Abu juga mengambil kesempatan terhadap mak. Mak banyak menghabiskan duit untuk Abu. Beribu-ribu wang di transfer ke akaun Abu. Bagaimana aku tahu? Adalah caranya. Memang aku ada bukti. Kami adik beradik berasa sangat geram kerana disebabkan Abu, kami sekeluarga kucar kacir. Raya pun tak macam raya. Rumah suram. Mak pulak masih lagi menyalahkan aku atas apa yang telah berlaku, tanpa sikit pun melihat kesalahan Abu yang memporak perandakan keluarga aku tanpa rasa bersalah langsung.

Abu memang pandai guna ayat manis. Dia pandai buat ayat kasihan kepada mak, jadi mak akan sentiasa menyebelahi dia. Salah satu ayat dia “Saya tak pernah rasa kasih sayang macam mak bagi pada saya”, “Saya tahu anak-anak mak tak suka saya, tapi saya tetap sayangkan mak”, “ Saya rasa macam nak masuk dalam perut mak, jadi anak kandung”. These are all nonsense.

Sebenarnya banyak lagi benda yang berlaku yang sangat menyakitkan hati. Tapi aku tak tahu macam mana nak cerita kat sini. Aku fast forward, Abu bakal berkahwin. Mak rasa sangat sedih sebab dia masih berharap aku berkahwin dengan Abu. Mak salahkan aku. Mak cakap Kalau aku terima Abu, mesti Abu tak kahwin dengan sorang lain. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku diam.

Fast forward lagi tahun 2018. Mak kenalkan aku lagi dengan seorang lelaki. Aku namakan dia Hakimi. Aku dah rasa malas nak berkenalan dengan sesiapa, tapi aku setuju untuk dikenalkan. Hakimi mula whatsapp aku. Aku reply. Lama-lama aku rasa aku serasi dan suka dia. Lepas 2 bulan berkenalan, keluarga dia datang merisik dan kami bersetuju untuk bertunang. Aku ingat semua akan berjalan lancar. Rupanya hujan di tengah hari. Tempoh pertunangan adalah setahun.

Dalam masa setahun, terlalu banyak benda yang berlaku. Apa yang aku tak jangka adalah, mak meminta untuk aku putuskan pertunangan 5 bulan selepas aku bertunang. Aku sangat terkejut dan sedih. Mak memberi alasan Hakimi tak pandai mengambil hati dan membandingkan dengan anak angkatnya, Abu. Mak juga mengatakan hati dia belum terbuka untuk terima orang lain selain Abu.

Aku berasa sangat sakit hati dan tak boleh terima keputusan mak. Tapi macam biasa, mak akan gunakan kuasa veto dan mengatakan bahawa aku takkan dibenarkan untu menjejak kaki ke rumah, aku Anak derhaka, aku bukan anak mak dan aku kena pulangkan semua harta benda yang mak beri padaku, sekiranaya aku tetap nak teruskan perkahwinan dengan Hakimi.

Aku bingung. Aku bagitahu Hakimi. Hakimi buat keputusan untuk berjumpa mak dan meminta maaf kerana dia tak pandai mengambil hati mak. Dia berjanji dia akan berusaha untuk jadi menantu yang baik. Tapi mak tetap keras hati, dia tetap dengan keputusan nya. Sehingga ibu bapa Hakimi datang berjumpa memujuk pun mak taknak dengar. Bahkan mak memburukkan aku depan ibu bapa Hakimi.

Aku tak tahu apa tujuan, mungkin untuk bagi mereka turut membenciku. Mak juga menceritakan kepada semua makcik-makcik dan kawan-kawan mak yang aku ni anak derhaka taknak dengar cakap dia. I’m so ashamed to face all those people!

2019 – Sekarang, aku dah putus tunang dengan Hakimi. No contact at all. Betapa aku rindukan Hakimi, tapi aku tak boleh buat apa-apa. Hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa bagi yang terbaik untuk dia. Itu memang doa aku untuk Hakimi. Aku takkan lupakan macam mana dia menangis depan aku bila aku buat keputusan untuk ikut kata mak.

Dia ada cakap, dia sedih sebab dia belum habis lagi berusaha untuk betulkan keadaan tapi aku terlalu cepat untuk buat keputusan. Bagi aku Hakimi seorang lelaki yang sangat baik. Ya dia memang ada kekurangan tetapi aku tak pandang kekurangan tu langsung. Aku sangat sayangkan Hakimi.

Aku dalam fasa menerima semua ni. Hari-hari aku menangis. Aku rasa janggal sebab setahun yang lalu, aku sentiasa ada peneman sama ada di whatsapp atau phone call. Hubungan aku dan mak memang dah agak renggang sejak kes dengan anak angkat dia si Abu.

Hakimi pernah menasihati aku supaya berbaik-baiklah dengan mak. Tapi aku belum mampu untuk betul-betul berbaik sebab dalam hatiku masih ada rasa sakit. Aku tak bergaduh cuma tidak serapat dulu. Namun, sehingga sekarang, mak masih lagi melebihkan Abu dan aku?

Aku masih mengharapkan agar mak terbuka hati untuk terima Hakimi. Dan aku berharap Hakimi masih boleh terima aku kembali.. Aku yakin jodoh aku tetap dengan Hakimi. InsyaAllah. Aku mohon pembaca tolong doakan agar semuanya dipermudahkan untuk aku.

Sekian,

– Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *