Tak Pernah Rasa Lawa

Hello, saya terbaca confession Cik Dayang Senandung (https://iiumc.com/jodoh-sukar-kerana-hodoh/) and saya rasa sendiri pun rasa terpanggil untuk kongsi kisah saya yang orang selalu cakap cantik, tapi saya sangat insecure dan apa yang tak bestnya.

Secara ringkas saya masih bujang, umur 29, berkerjaya, dan hampir semua orang sekeliling saya mengatakan rupa paras saya cantik. Tapi sesungguhnya saya tak pernah rasa saya cantik. Saya tengok cermin, saya tengok gambar saya, saya rasa saya lah paling tak cantik.

Bila bersama-sama kawan-kawan semua saya tetap rasa saya yang paling tak cantik. Saya balik kampung bersama keluarga saya ada satu perasaan negative kepada diri saya sendiri yang semua orang cantik saya lah paling buruk. Benda ni saya alami sejak saya kecil lagi.

Even kalau berkenalan secara online, saya memang takde keyakinan untuk blind date. Saya akan sering drag teman-teman online saya taknak keluar, tak nak jumpa, tak nak apa-apa lah hahaha. Saya ada perasaan takut what if saya ni catfish org, orang tengok saya horrible, orang kutuk saya.

Ada beberapa orang kawan pun terjumpa lepas berkawan secara online beberapa tahun. Tu pun terjumpa, saya buat-buat tak kenal sebab saya nervous! Saya rasa saya hodoh, please don’t look at me!

Tapi yang hairannya semua yang jumpa or terjumpa saya tu suka and siap minta saya jadi girlfriend dorang lagi.

Ada mamat sorang ni terserempak dekat traffic light saya tengah driving, dia kat kereta sebelah dengan mak dia. Dia dok turunkan cermin kereta lambai-lambai saya, saya cam je tu dia tapi saya buat bodoh buat tak kenal siap dok kejar mengejar kat jalan raya lagi.

Nasib saya terror driving hahaha end up mamat tu balik call saya tanya kenapa saya buat-buat tak kenal la sampai mak dia tanya betul ke kenal kenapa minah ni tak layan haha benda ni dah 11 tahun lepas tapi sampai sekarang kitorang masih berkawan

Oh ya walaupun saya insecure on the inside tapi saya pandai buat-buat macam takde pape, means personality saya jenis outgoing, berani, friendly, pandai bergaul dengan orang, suka ketawa, melawak.

So bila saya cerita pasal insecurity saya ni, orang tak boleh brain sebab dorang tengok saya ni lawa orangnya + personality pun ok.

Last-last kawan-kawan cakap saya gila. Tapi dalam hati, Tuhan je tahu betapa saya rasa unworthy of love, selalu tengok orang lain ok je, aku paling buruk paling teruk.

Belum sentuh bab career ya. Saya ni dah la memang rasa saya tak cantik, tak layak, selalu pandang orang lain as layak, pandai.

Tapi itulah, bila bab career selalunya saya diterima sebab hiring team berkenan dengan saya. Kalau awak semua nak cakap saya perasan, saya selalu tampar diri saya cakap jangan perasan!

Percayalah sayalah orang paling denial dalam bab ni. Contohnya saya pernah apply kerja satu company tapi bila pergi interview saya takde experience dalam position tu, tapi CEO yang interview saya tu tetap nak hire saya then dia create satu junior position untuk saya.

Tu pun saya tak tahu, bila saya dah join baru dengar cerita (biasalah orang office akan bercakap kan). Tapi sakitlah telinga and hati saya bila mulut orang dok cakap saya guna cable wifi, saya ni girlfriend boss, saya ni takde function tapi kena hire.

Nampak lawa sikit pandai bercakap sikit terus orang hire. Tapi sakitnya tu disini, sebab impression orang seolah-olah aku ni bodoh sangat ke. Aku ni tak layak ke. Dah satu hal lagi, dah la selalu rasa tak cantik kan lepas tu rasa bodoh tak layak lagi. Mental huhu.

Then boss suka expect saya ni nak kena rapat-rapat selalu jumpa menghadap dia, saya tak suka macam tu. Saya suka buat keje, paperwork, nak jumpa boss semua ni saya tak suka. Lagi-lagi saya dapat rasa niat boss lain macam.

End up saya resigned after 2 years, tu pun boss merajuk tak nak pandang saya tak nak bercakap dengan saya sampai habis notice period saya. Lantaklah.

Kerja yang sekarang pun sama. Bila saya joined mula-mula orang pulaukan saya. Orang cakap saya kena pilih just because of my look.. (here we go again). Saya sabar je lah.

Same thing again la, orang kenakan saya, orang ingat saya jenis sombong pilih kawan, orang takut saya akan rapat dengan boss and tikam belakang semua org because of my look. Saya tak boleh brain tau apa la yang kecoh sangat bukannya lawa pun.

Pegila kacau orang lain yang lagi lawa lagi kurus lagi pandai. So all the bad impression saya dapat bila joined and end up orang pulaukan saya. Mental torture okay.

Tapi lama-lama dorang kenal saya baru dia tahu saya jenis macam mana orangnya. Tapi kawan yang baik sikit je lah, yang jenis toxic work culture tu dah kuat kat sini.

This company lagi teruk dari previous company. Memang big boss jenis nak orang sembah, and culture kat sini pun menyembah big bosses macam sembah tuhan. Saya jenis orang suka buat kerja, jumpa boss pun sebab nak report progress kerja.

Tapi saya kena anggap tak perform sebab saya tak suka nak join big bosses lepak ke apa, kalau outstation saya malas nak turun dinner, tapi boss sampai call-call paksa turun tunjuk muka je even taknak makan. Rimas tau.

Culture sini jenis kena teman boss breakfast sembang-sembang, lepak-lepak, teman boss golfing, keluar makan letak makanan untuk boss. Pernah saya kena minta siapkan satu proposal dan bawak ke cafe hotel berdekatan office pagi buta lagi.

Saya pun pergi je lah, rupanya dorang dalam smoking lounge tengah breakfast sambil smoke cigar and ada a big group of top management kat situ. Saya sorang-sorang perempuan, as expected lah bila masuk boss tak pandang pun proposal saya.

Dia ambik letak atas meja then dia suruh saya order makan and sit together. Saya duduk lah dalam 15 minit paksa diri bersembang and tak order apa-apa sebab saya tak biasa makan pagi. Then malas nak lama-lama, saya minta diri nak masuk office.

Saya ni jenis stubborn keras kepala kalau prinsip saya tak suka, orang cakap la apa pun saya tetap tak buat. Banyak kali kena tegur supaya selalu text boss personal, outside office, join golf session dorang, pegi keluar lunch ke apa, saya tetap buat keras kepala.

Kecuali memang hal kerja baru saya jumpa dorang. Takde hal kerja penting saya tak nak. Haha end up saya kena label tak pandai bawa diri tak perform. Hmm pape je lah. Okaylah setakat orang cakap belakang kita anggap lah, lantak korang lah kan.

Tapi paling saya tak suka bila orang cuba jatuhkan saya pergi jumpa boss. Project saya nak kena rebut bila project tu dah start nampak hasil.

Ya Allah. Penat tau tak.

So point dia kat sini, walaupun Cik Dayang rasa Cik Dayang tak lawa percayalah ramai orang dalam dunia ni rasa benda sama. Walaupun orang cakap kita cantik, tapi kalau di mata sendiri kita tetap nampak buruk, hodoh dan rasa useless, worthless, tak berguna.

On the inside, sama je perasaannya tu. Saya ada fasa yang benci diri sendiri taknak jumpa orang, sebab saya rasa orang just nak kutuk saya nak judge physical saya.

Saya dah banyak kali kecundang dalam percintaan, boyfriend curang, boyfriend jenis close off, boyfriend pegi kawin dengan orang lain.

Apa saya buat? Saya layan perasan negative saya, saya percaya semua ni jadi sebab saya tak lawa, saya tak cantik, saya tak macam orang lain.

I hate how I look like, I hate myself. Penat nak mencari jawapan dan penat tau cari alasan keep burukkan diri sendiri. At one point saya rasa saya takkan jumpa jodoh, career yang bagus cause I am me.

Niat saya cerita pengalaman tu semua bukan nak menunjuk or perasan lawa langsung cuma nak tekan kan point dimana cantik di mata orang tapi still struggling and insecure.

Yang paling saya benci kan bila orang discriminate/judgemental dengan kau sebab orang anggap kau cantik, tapi diri sendiri sebenarnya berperang dengan insecurity and unworthiness. Cabaran dia agak extreme dari luaran and dalaman.

Sesungguhnya saya sendiri tengah struggle dalam journey ‘self acceptance’ and ‘self love’ dan yang paling penting, saya tak pernah rasa saya lawa.

Sekian.

– Peach (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *