Salam semua,
Luahan kali ini bukan ditujukan kepada sesiapa secara amnya, cuma mahu memberikan nasihat dan pandangan sebagai seorang manusia yang mempunyai hati dan berperikemanusiaan.
Nama aku Ahmad (Nama Samaran) merupakan seorang pekerja swasta yang cuba untuk terus hidup dalam dunia dan realiti hidup arus perdana ini.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat baik yang mana ibu bapa aku mengajar aku untuk hormat menghormati orang lain.
Semakin aku dewasa, aku membawa satu sifat yang mana perasaan EMPATI aku sangat tinggi apabila melihat orang-orang yang kurang berkemampuan,
Walaupun aku tahu diri aku pun kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang tapi aku sanggup dahulukan apa jua wang yang aku ada untuk melihat orang lain gembira,
Mungkin aku selalu teringat pesan arwah ibuku dari kecil “Setiap duit yang kita dapat, ada sebahagian yang kita perlu keluarkan untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan”
Habis cerita tentang kisah hidup aku..
Jadi aku mulakan dengan kisah yang menjentik hati aku untuk aku luahkan kepada dunia kenapa pentingnya kita perlu mempunyai hati dan berperikemanusiaan dengan orang lain.
Aku menentap di bandar dan sekali sekala aku pulang ke kampung untuk menghirup udara segar dan hilangkan rasa penat aku setelah bekerja.
Persekitaran di kampung sangat tenang sehinggalah ada satu kejadian yang meningkatkan kebimbangan (anxiety) aku hingga membuak-buak.
Di sekitar perumahan kampung aku ada pekerja-pekerja asing (Indo) yang sedang bertungkus lumus siang malam membanting tulang membuat rumah.
Pada awalnya aku rasa, itu dah memang lumrah sebagai pekerja kontrak asing yang bekerja disini.
As times go by setiap kali aku balik kampung, aku melihat pekerja asing ini dah tidak membuat kerja-kerja pembinaan lagi. Mereka hanya terduduk dan seperti menunggu barang di tapak pembinaan tu.
Hati kecil aku berkata, “Takkan lah sampai 2 bulan mereka tidak bekerja..” Jadi dengan perasaan ingin tahu aku tanya salah sorang daripada pekerja kontrak tersebut.
Rupa-rupanya mereka sudah tidak bekerja lebih 2 bulan kerana Subcon (Orang Tempatan) tidak hantar barang pembinaan seperti yang dijanjikan.
“Boss bilang mau hantar barang hari senin (isnin), tapi udah masuk minggu ke-4 barang masih ngak ada..”
Apa yang lebih menyedihkan, hidup sebagai pekerja kontrak di tapak pembinaan ini ialah gaji hanya diberikan jika ada kerja yang dilakukan.
Dah kalau dah masuk bulan kedua tak bekerja, bagaimana mereka ingin terus hidup?
Wang saku perlu dihantar kepada keluarga di Indonesia juga, anak bini perlu makan minum dan keperluan sekolah perlu diuruskan.
Walaupun aku tahu keperluan hidup aku pun terumbang-ambing, hati aku kuat untuk terus bantu pekerja-pekerja asing ini,
Iaitu dengan membelikan mereka keperluan khas makanan seperti beras, minyak, telur dan barang-barang kering untuk mereka survive disini..
Kerana aku tau, tak mudah untuk mereka survive di negara orang apatah lagi dalam sektor pekerjaan berat seperti ini.
Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa berkorban berjauhan dengan ahli keluarga ketika musim perayaan seperti Hari Raya yang lalu.
Nasihat aku satu, korang yang mana ada sedara mara yang ambil job agen / subcon (Orang Tempatan) tapak perumahan tu janganlah aniaya pekerja-pekerja kontrak indo yang buat kerja tu.
Kata modal dah dapat barang nak beli tapi sampai sekarang masih tak nmpak batang hidung nak hantar barang. Kesian pekerja tu tak kerja sebulan dua.
Bila tak kerja takde lah duit yang dapat. Jadi macam mana nak hantar dekat family kat kampung? Anak- anak dieorang pun nak kena makan dan guna keperluan sekolah juga.
Paling kesian ada sesetengah pekerja indo ‘kat sini’ terpaksa ikat perut makan maggie dengan kobis air hari-hari kongsi ramai-ramai sebab kena scam dengan subcon (Orang Tempatan) tapak perumahan.
Paling sadis ada yang terpaksa buat perangkap ayam dengan harapan ada lauk untuk makan. Kau sebagai (Subcon/Boss) pulak makan sedap-sedap kat rumah dengan keluarga.
Tak rasa berdosa ke aniaya orang? Tepuk dada tanya hati.
Bagi anda yang bakal membaca luahan ini doakan urusan aku dipermudahkan dan sentiasa dilimpahkan rezeki serta dipanjangkan umur untuk bantu lagi orang-orang yang memerlukan tak kisahlah orang tempatan mahupun orang asing.
Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu aku juga yang banyak ajar dan didik aku jadi insan berguna, Terima kasih.
– Ahmad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit