Tak Rasa Nak Kahwin Dan Tak Sunyi

Aku berusia lewat 20-an dan telah mempunyai pekerjaan tetap (Alhamdulillah, cukup untuk menyara diri dan sedikit meringankan beban mak ayah).

Sejak kecil, aku memang sangat jarang bergaul. Mak aku akan pantau segala perbuatan aku, termasuklah mendengar perbualan aku dengan rakan yang datang ke rumah dan periksa SMS aku dengan kawan-kawan.

Aku tak pernah dibenarkan untuk menyertai lawatan sambil belajar ketika bersekolah.

Pertama kali aku keluar dengan kawan-kawan perempuan yang seusia TANPA bersama mak adalah selepas SPM.

Aku jarang mulakan perbualan dengan orang lain, melainkan tentang hal kerja ataupun bila nak beli barang.

Aku ingat masa zaman sekolah, cikgu aku marah sebab bila dia tanya “siapa X (dia sebut nama aku)?”, aku angkat tangan je, tak bercakap.

Aku ingat lagi dia jerit, “Cakaplah, tak boleh bercakap ke?”

Sekarang, pada usia macam ni, aku tak rasa langsung pressure untuk kahwin. Aku lebih selesa dengan apa yang aku buat sekarang. Kerja, balik rumah membaca, masak, makan, layan Netflix.

Bila cuti adalah keluar dengan kawan-kawan (tapi dah semakin jarang sebab ramai dah kahwin, ada anak).

Tapi selalunya bila ada cuti, aku mesti pergi travel dengan keluarga sebab mak suka jalan-jalan.

Aku tak pernah salahkan mak ayah aku tentang cara mereka besarkan aku. Cuma kadang-kadang tu, aku rimas juga bila selalu disoal oleh orang di sekeliling “Bila nak kahwin?”.

Oh ya, parents aku tak letakkan tekanan terhadap aku pun tentang kahwin ni. Sebab mereka kahwin umur 30-an. Orang lain yang bukan ahli keluarga pula berlebih-lebihan menyibuk.

Kadang-kadang aku terfikir sendiri, normal ke perasaan ni? Perasaan tak rasa nak berpasangan hidup.

Oh ya, aku pernah ada sekali pengalaman bercinta. Itupun aku fikir balik, aku tak consider itu bercinta sebab dia hanya mempergunakan aku untuk pinjam duit and buat assignment.

Ayah aku pernah cakap, sedangkan Nabi pun berkahwin. Aku cuma risau kalau sememangnya aku ni pelik ke?

Aku tak ada masalah dengan lelaki. Aku tak berdendam dengan mana-mana lelaki. Ex aku dah kahwin pun, aku okay je bila tahu.

Aku ada je sembang dengan kawan-kawan lelaki sekerja dan kawan zaman belajar dulu when it comes to isu semasa. Dan aku tak anti budak-budak ya!

Memang ada saja lelaki nak kenal. Bagi aku, diorang okay je. Bekerja, beragama, bonusnya ada rupa.

Masalahnya bukan pada diorang, tapi pada aku. Aku tak terfikir nak menghadapi kehidupan ni dengan seorang lelaki.

Aku risau kalau apa yang aku rasa ni sebenarnya salah, I mean di sisi agama. Entahlah, masa depan kita tak tahu.

Aku cuma harap, kalau aku kahwin suatu hari nanti, aku berani untuk terima dia dalam hidup aku. Sebab dalam hidup aku, aku dah selalu buat macam-macam sorang.

Dan aku ada juga terfikir, kalau aku kahwin, berbaloi ke habiskan usia dan masa di dunia yang terhad ni dengan seseorang yang aku tak kenal dia macam mana aku kenal keluarga aku?

Mungkin, aku perlu berani lalui apa yang selama ni, aku tak berani.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. It’s okay la takde perasaan nak kahwin nak bahagia tak semestinya kena kahwin dulu……saya pun macam tu jugak lama lama dah tak heran dah orang luar cakap apa. Sekurang kurangnya kita tak menyusahkan hidup anak orang lain kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *