Tak Sabar Dengan Perkahwinan

Perkahwinan ni baru sangat. Baru je 2 tahun. Tapi, aku tak cukup sabar macam mama.

Mama kahwin dengan abah berpuluh tahun tapi masih mampu bersabar dengan abah yang tak tahu jaga hatinya. Abah yang tak pernah kisah & hargai dia sebaiknya. Dan selama itulah hari² dalam hidup mama meluahkan kesal.

Aku selalu berdoa supaya aku dapat suami jauh lebih baik. Demi mental & kebahagiaan aku. Dan paling penting, anak2 tak nampak sedih aku.

Masa dia hadir dalam hidup aku, aku terima baik buruk dia walaupun hakikatnya aku boleh cari yang lebih baik. Tapi, dah jodoh. Dia nampak sangat2 serius untuk hidup bersama.

Tapi, mungkin expectation aku terlalu tinggi. Dia tetap manusia yang tak sempurna. Dan 90% ketidaksempurnaan itu sama mcm abah. Aku merasakan seolah2 aku menggantikan kisah mama.

Dia yang tak peduli keadaan aku sewaktu aku sakit, dia yang ambil mudah saat aku berpantang, dia yang lebih mendahulukan orang lain dari isteri sendiri.

Dia bukan lelaki yang jahat. Suami aku sangat baik. Tapi, takde common sense bila dengan aku. Bila dengan orang lain, common sensenya sangat tebal. Menjadikan aku orang terakhir dalam senarai keutamaan dia.

Setiap kali cuti sekolah, mesti nak balik kampung dia. Macam2 alasan dia beri. Sampai aku rasa, takkan setiap cuti kena balik kampung?

Kenapa kita takde masa untuk keluarga kecil kita sendiri?

Kita tak pernah bercuti, kita jarang spend time tapi dalam fikiran dia cuma nak balik kampung jumpa family, rindu bau kampung & kawan2.

Cuti2 yang lepas bila balik, setiap kali nak keluar.. setiap kali tu family dia akan ikut. Aku baru nak siap², mereka dah ready dengan make up tunggu depan pintu.

Aku cakap dengan suami, dalam seminggu cuti ni.. boleh tak saya nak keluar berdua dengan awak je?

Sampai sudah memang tak. Kalau ibu dia tak ikut, akan disuruh kakak @ adik² dia yang ikut. Takde nak cari apa pun, memang saje suruh ikut.

Pergi mana² pun kena ikut.

Macam minggu ni, kan cuti sekolah. Ramai kirim aku macam². List aku panjang nak bershopping. Tapi ibu kakak adik dia semua lah nak ikut.

Awal2 aku okay je. Cuma, aku dah plan cantik dari awal. Last2 ikut plan mereka. Akhirnya aku cuma terdiam terpinga pinga.

Ada satu hari, aku nekad aku nak keluar cari barang yang saudara kirim. Aku plan kita keluar awal pagi sebab pasar pagi pun tutup awal.

Tapi, ibu nak ikut juga. Sanggup kelam kabut masak demi nak ikut. Aku cakap dengan suami, takpelah bagi je ibu settle masak² tu. Kita pergi lah sendiri.

Tapi tak. Ibu tetap ibu. Tetap nak ikut. Katanya nak membantu pilih barang dengan harga murah. Sampai je pasar, parking dah takde. Lagi setengah jam nak tutup.

Aku pun laju la cari barang2 yang orang kirim. Ada yang jumpa ada yang tak. Aku settle kan yang dah jumpa dulu letak dalam kereta. Lepas tu rushing cari yang lain. Sebab pasar nak tutup dah kan? Ada la lagi dalam 15 min.

Waktu tu ibu ajak untuk pusing lagi pasar settle kan mana yang aku nak. Aku dah bersyukur sebab ibu nak follow plan aku.

Disebabkan pasar tu bertingkat, aku diajak ke sana sini. Aku tak sempat pun ke gerai2, dah disuruh ke tingkat yang lain. Puas aku cuba sampaikan pada ibu untuk cari dulu slow2. Tak didengar.

Sampai ditingkat akhir, ibu jumpa kawan dia berniaga di satu sudut. Dia lepak borak. Dan aku terkebil2. Kata pasar nak tutup dah tapi masih sempat borak. Barang2 yang aku nak cari macam mana?

Tapi, sebab tadi aku nekad kan.. aku tinggalkan ibu di kedai kawannya. Aku cari barang yang tak settle lagi. Baru rasa puas sebab aku dapat pergi tanpa diikuti oleh sesiapa. Walaupun aku tak reti bercakap loghat sana, aku lantakkan aje.

Tapi, tiba2 ibu datang tanya dah dapat belum barang? Dia macam tak sabar dah nak balik. Hmm terus hambar mood aku. Aku minta dia tunggu sebab hal aku tak selesai. Bila settle semua, kami pun balik.

Sampai je rumah, anak aku merengek. Aku settle kan dia sendiri. Mandikan, susukan, dodoikan smpai dia lena. Ye dia tidur tak lena. Rumah ni panas. Ntah la panas yang tak boleh bawa berbincang.

Anak aku pula sensitif amat. Asyik menangis je. Penat. Ayahnya mana? Ada tu keluar jumpa kawan berjam2. Bila aku stress, dia ungkit lah dia pun pernah jaga anak sorang & takkan tak boleh jumpa kawan. Bukan selalu balik kampung.

Ye lah, kelmarin dah jumpa balik lewat malam. Hari ni jumpa lagi. Dia tak fikir aku tak pernah keluar dengan kawan sejak aku ada anak. Tapi ntah la, aku kan tak bertimbang rasa. Isteri yang berkira.

Mama selalu pesan supaya bersabar. Kalau dia boleh tempuh berpuluh tahun hidup dengan abah, takkan aku tak boleh?

Jauh dalam hati aku. Aku tak boleh. Kadang2 aku dalam dilema. Orang lama pesan kena sabar dalam rumahtangga. Baru kahwin ujian sikit.

Tapi, dalam fikiran aku.. dah tu nak kena diuji banyak2 ke baru nak lakukan sesuatu? Kami bukan tak pernah berbincang dari hati ke hati.

Tapi semuanya menuju jalan buntu.

Mungkin confession ni nampak tak matang. Mungkin ada yang rasa masalah ni terlalu remeh. Dan mungkin aku juga yang salah sebab tak sabar, beremosi dan tak tenang.

Doakan aku tenang2 ya. Aku teringin sangat jadi isteri yang sabar dan mengalah. Tapi, mungkin ego aku terlalu tinggi.

Maaf kerana membaca luahan hati seremeh ini. Aku cuma meluahkan. Jika ada nasihat, sudi2 kanlah nasihati diri ini. Mungkin ada satu sudut yang aku tak nampak.

Terima kasih.

– Ecah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *