Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi siarkan confession tak seberapa ni. Aku Nor, 23 dan menetap di Selangor. Mempunyai diploma daripada Politeknik. Tak pasti sama ada confession ni diterima atau bakal dikecam, tapi aku saja nak share. Jika bermanfaat, ambil sebagai contoh. Jika tak baik, ambil sebagai iktibar.
Aku sekarang bekerja di syarikat yang menjalankan perniagaan berkonsepkan Islamik. Sebelum aku bekerja di syarikat ni, dulunya aku bekerja sebagai admin corporate dalam sebuah syarikat di Klang. So, kalau nak cerita dengan orang kampung pun macam best laa kan.
Pada masa tu, aku sangat bangga sebab dah dapat kerja. Kerja pun kalau dengar macam gah je, aku pun ada staff bawah aku jugak. So mula2 aku masuk sebagai fresh grads pun aku dah ada jawatan dan ada orang bawahan. Tapi sebagai fresh grad, gaji aku time tu tak banyak pun RM1300-RM1500 macam tu.
By the time aku menempuhi tempoh “kerjaya” aku, aku makin tak seronok. Stress aku jadi makin teruk tambahan di tempat lama tak dibenarkan pasang earphone so aku memang tak dapat langsung kawal stress aku. Bila salah, kena marah, kena maki. So aku macam dah tak tahan, aku berhenti. Yelah, time tu fresh grads lagi, manja tak bertempat.
Maka, bermulalah tempoh menganggur aku. Tambahan time tu orang agak pandang rendah pada Politeknik. “Eh politeknik je” tapi apakan daya, usaha jugalah. Kalau dapat, rezeki dah tu.. Tapi macam biasala, aku ni bukan berduit. Kenderaan yang ada pun motor. Pakai tudung pun yang harga pasar malam je. So aku memang biasa. Bukan jenis berduit.
So dalam masa yang sama, aku buat delivery, COD makanan. Jadi runner di bandar Shah Alam ni walhal aku bukan pun orang Shah Alam. Bukan nak cakap aku bagus, tapi dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Tahun lepas, aku dapat kerja di tempat islamik ni. Gaji biasa, jawatan admin juga tapi job scope lebih kecil dan tiada benefit lain. Tiada apa yang dibanggakan. Tapi dalam tempoh aku bekerja sampai sekarang, aku rasa puas.
Walaupun gaji aku lagi sikit dari tempat lama, dengan rumah sewa nak bayar, bagi duit kat mak kat kampung, dan macam-macam lagi la, aku mampu survive dengan motor aku tu. Aku tak pernah rasa menyesal tinggalkan kerja dulu sebab dapat kerja yang sekarang sebab banyak lagi sisi positif yang aku boleh tengok.
Jujur aku cakap, di tempat lama solat aku memang tunggang langgang. Balik keje selalu lambat kadang2 7.30 baru balik. Asar pun terbabas dan di tempat lama takde ruang utk solat pun. Kalau nak solat kena pergi di kedai tak jauh dari situ.
Mungkin Allah nak bantu, Allah nak dekatkan aku dengan DIA. Biarla kalau aku balik kampung pun, orang tau aku kerja biasa2 sekurang kurangnya solat aku terjaga. Dah lah banyak dosa, kalau solat tak terjaga? Lagi haru kan? Pangkat manusia yang cipta, sedangkan solat tu yang mempu mengangkat darjat kita di akhirat kelak.
Tak semestinya kerja di top management ni bagus. Tengok pada management dan penerimaan kau sendiri. Kerjaya juga bukan penentu keberkatan. Banyak benda perlu dititikberatkan dalam mencari pekerjaan yang kena dengan jiwa. Rezeki tu bilamana kita rasa cukup walaupun tak berlebih dan keperluan asas kita dikengkapi.
Tapi macam mana pun kita mesti nak yang lebih baik pada masa depan kan? Doakan aku dapat kerja yang lebih baik dan mampu buat saving seperti yang aku impikan. Kerja tu bukan kerjaya, tapi dia boleh jadi kerjaya bila kita sungguh dan sukakannya.
Have a nice day, thanks a lot.
– Nor 23
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit