Assalamualaikum. Aku ada story yg aku harap ramai boleh ambil pengajaran.
Aku ni jenis pendam. bermulah kisah aku dan kehidupan aku dkt uni dgn aman sehinggalah aku kenal P. dia ni org paling selfish paling tak rasa bersalah ha senang cerita takda common sense. Dari sem dulu lagi dia mcm tu and aku pendam je. Kadang annoyed and buat muka tapi P ni tk makan saman!
Sampailah satu hari ni aku burst kat kawan aku sbb tak tahan sgt. and turns out, ramai lagi org lain yg went thru the same thing! maka bermulalah episod kutuk mengutuk belakang.
Pada suatu Jumaat, aku makan dgn A. aku cerita kat A semua and aku bebel lama gila yela luahan perasaan kan hahah. Lepas tu A kata “aku bukan apa tp P tu mmg mcm tu. tp aku rasa….ni ujian utk kau. kau mampu. Kalau aku kena, mmg nangislah P tu kena”. Oh lupa, A selalu bahan P and leh tahan laser gak mulut dia. lagi aggresive drpd aku yg dulu.
F pun calm kan aku sampai at one point dia kata “hmm apa apa pun kau doalah weh. u tried but Allah knows best. Allah akan bantu”
BAAM! It hits me hard sbb….aku baru sedar selama ni aku luah kat manusia, bukan luah pada Tuhan.
Aku biasanya after solat doa standard: ampunkan dosa etc tp jarang doa pasal issue ni.
Zuhur haritu sgt syahdu. Tahyat akhir peghhh terasa menusuk kalbu wei. yela, aku pikir kenapa aku cerita pada manusia dulu ketika ditimpa ujian? mana aku letakkan Allah pada masa tu? berjurai air mata. Igtkan tahajjud je leh nangis, ni terang benderang pun boleh nangis saat hidayah dtg ketuk pintu hati.
Itulah, TAK SANGKA dalam ujian antara aku dgn P, ujian yg sebenarnya adalah diri aku sendiri. Aku ambik ni sebagai peringatan utk aku kembali pada Allah dan mengharapkan pertolongan/bimbinganNya. Hal ini dah buka mata aku untuk melihat ujian yg mendatang melalui perspektif lain. Ada hikmah atas semua yg berlaku, tp adakah kita cukup celik utk mencarinya?
Apa apa pun, baliklah pada Allah. Luah semua suka duka lara dkt Dia. Allah akan bimbing, in sha Allah.
lagi satu, aku tak sangka A yg barai and mulut laser tu sebenarnya ada reason Allah aturkan aku makan dgn dia. Sebagai perantara utk hidayah aku drpdNya.
Sekian. -HANNA
– hanna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit