Tak Sangka Sahabat Baik Mungkin Akan Jadi Musuh Paling Berbahaya

Assalamualaikum admin dan sahabat pembaca.

Saya tinggal di, Selatan negeri. Berjiran dengan kawan lama yang saya kenal sebelum saya berkahwin, saya nama kan kawan ini sebagai Timun (lelaki, bukan nama sebenar).

Tiga tahun lepas, kawan saya hadapi masalah rumah tangga apabila isteri beliau saya namakan sebagai Za (bukan nama sebenar), menuntut cerai tetapi saya tidak tahu atas sebab apa kerana Timun tidak pernah bercerita masalah rumah tangga dia hingga sekarang.

Timun tidak pernah buka mulut tentang masalah rumahtangga sehinggalah 1 hari saya terbaca wasap telefon isteri saya.

Timun dan Za rupanya ada berhubung dengan isteri saya berkenaan masalah mereka. Apa yang saya kesalkan Timun sepatutnya menghubungi saya, bukan isteri saya.

Saya mengalah. Saya anggap mereka berusaha untuk memperbaiki hubungan rumah tangga antara Timun dan Za. Tetapi perasaan saya selalu meminta untuk tidak terlalu percaya.

Pada satu hari saya melihat telefon isteri saya sewaktu beliau tidur. Saya lihat Timun berwasap dengan isteri saya hingga larut malam. Saya juga lihat ada beberapa kali perbualan telefon. Kalau tak silap saya hampir jam 1.00 pagi.

Kebetulan saya ada urusan luar pejabat pada hari tersebut dan balik ke rumah tanpa maklum lebih dahulu pada isteri saya.

Esoknya saya bertanya dengan isteri kenapa layan wasap dan panggilan Timun. Katanya tak ada apa, bukan ada perasaan pun.

Isteri saya kata anggap keluarga Timun macam keluarga kita. Dia kata Timun perlukan seseorang untuk bercakap.

Saya tanya kenapa Timun tak mau hubungi saya. Isteri kata Timun segan nak mula cerita pada saya dan tak selesa bercerita dengan saya.

Saya tanya kenapa Timun segan dengan lelaki tapi tak segan dengan perempuan. Sehingga sekarang tiada jawapan untuk itu.

Setelah kejadian tersebut, suasana reda seketika. Tiada lagi wasap dan panggilan yang saya lihat dalam ‘history call’ dan wasap. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Isteri saya tertangkap apa bila saya balik jam 1.00 petang, segera saya semak telefon isteri saya.

Ada banyak wasap dari pagi dan 1 panggilan dari Timun kerana isteri saya tak sempat padam perbualan dan tak sangka saya akan pulang awal hari tersebut

Betul saya lihat tiada perbualan wasap yang menjurus ke arah perselingkuhan tapi antara seorang lelaki dan seorang wanita berbual, lama-lama tak mustahil akan terpesong juga. Kami berperang besar, tapi saya masih berfikir secara waras.

Keadaan tenang kembali. Tiada lagi wasap-wasap atau call. Atau mungkin isteri saya tidak jujur pada saya, terpulanglah. Saya keluar rumah cari rezeki, tinggalkan isteri di rumah lengkap untuk kehidupan kami sekeluarga.

Pada akhir tahun 2022 sekali lagi isteri saya tertangkap, kali ini saya baca wasap dari Timun seolah-olah nak mengajak kepada perbuatan kurang elok. Timun ada bercakap berkenaan perempuan.

Timun kata pada isteri saya, dia lebih senang ada skandal dari mencari seorang isteri. Di akhir wasap tersebut Timun ada bertanya pada isteri saya lebih kurang begini ayat ya: Kau tak ikut macam aku ke?

Patutkah Timun bertanya soalan itu pada isteri saya. Walaupun saya lihat tiada lagi jawapan dari isteri saya selepas ayat tersebut tapi saya rasa sesuatu yang kurang menyenangkan dan apakah tujuan Timun menghubungi isteri saya pada waktu-waktu saya keluar bekerja.

Jika benar jujur, kenapa tidak tunggu bila saya ada di rumah. Atau lebih mudah datang rumah waktu saya ada di rumah.

Apa patut saya buat pada Timun? Memutuskan silaturahim itu berdosa tapi rumahtangga saya, saya perlu jaga. Yang saya pelik isteri saya tak suka bila saya berbincang hal ini. Sebaliknya dia cuma kata, tidak apa-apa, jangan cemburu buta..

Sehingga sekarang Timun nampaknya makin jauh dari saya. Mungkin dia dapat tahu dari isteri saya, aktiviti Timun telah saya ketahui.

– Burger Ramly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Tuan kena lebih tegas pada isteri, tiada dosanya memutuskan hubungan dgn kawan yg cuba merosakkan rumahtangga tuan..tiada keperluan seorang isteri berhubung dengan lelaki lain..

  2. Awak jumpa Timun, tanya dia, kenapa dia selalu hubungi isteri awak, cakap je terus terang, jgn hubungi isteri awak lagi, akan menimbulkan fitnah dan memang skrang dh jadi fitnah, isteri awak pun sama, kenapa layan lelaki lain walaupun hanya bermesej, rumahtangga Timun dah runtuh, nanti rumahtangga awak pulak runtuh, hairan kenapa isteri awak tk hiraukan larangan awak, sebab dh kantoi bermesej beberapa kali……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *