Tak Sayang Pada Ayah

Aku perkenalkan nama aku Mia. Umur 30 tahun, bekerja di Johor, dah ada tiga orang anak. Adik beradik cuma 2 orang, aku dan kakak. Ayah dan mak aku dua2 dah pencen. Kakak aku pun dah berkahwin, ada anak, tapi mengikut suami kerja di Indonesia. So parents aku tinggal berdua, ada maid yang datang balik hari, tapi cuma kemas rumah je, yang layan ayah aku semua mama aku buat.

Oleh kerana tajuk aku tu adalah ayah, jadi aku intro sikit pasal ayah aku. Ayah aku dulu time muda kerja badan beruniform, seorang yang sangat garang dan panas baran. Mama aku pula contra perangainya, lembut dan baik orangnya, keje swasta. Ayah aku dulu memang sibuk dengan kerja, mama aku pun, tapi aku tak kisah pasal tu sebab aku tau diorang cari rezeki. Yang aku nak luahkan ialah pasal ayah aku.

Ayah aku ni memang suka dilayan macam raja. Walaupun dia tau mama aku penat macam mana pun, dia tetap nak mama aku layan dia macam raja. Pendek kata, dari kecik aku tengok ayah aku layan mama aku macam bibik, cerewet pulak tu.

Semua benda kena ikut kesukaan dia, walaupun benda tu sekecik kecik benda. Ayah aku tak pernah ambil tau pasal kami, yang dia tau nak kami cemerlang dalam pelajaran. Cuma mama je yang memahami kami, senang cakap kami kurang sayang pada ayah. Semuanya kami kongsi dengan mama.

Aku masih lagi ingat time kecik2 mama tengah tidur keletihan selepas balik dari seminar, dia kejut suruh buatkan dia kopi, lepas tu marah2 kenapa tak masak.

Kami pun tak suka kalau duduk berehat dengan ayah, sebab time tu jugakla dia suruh basuh kainla, lipat kainla. Pulak tu, kena buat time tu juga. Dia kira apa kau tengah penat ke time tu. Masa aku remaja aku terfikir macam mana la time ayah aku dah tua ni, harap2 sangat perangai dia berubah.

Malangnya perangai ayah aku tu makin teruk bila dah makin berumur. Macam2 penyakit menyerang dia tapi masih ok, masih boleh berjalan, cuma tak boleh berjalan lama2. Masa ni la dia buat mama aku macam hamba aku boleh cakap. Elok mama aku nak berehat, dia suruh buka lampu la, kunci pintu belakangla.

Kena urut kaki la. Nak makan pulutla, nak minum tehla. Semua kena buat masa tu jugak, dia tak fikir pun mama aku nak berehat ke, penat ke. Bila mama aku cakap kejap ye sebab iyelah penat, tapi ayah aku naik hangin pula. Ayah aku pernah cakap dia sakit, so orang sihat kena jaga dia, orang sihat kena dengar dan ikut cakap dia sebab dia sakit.

Dia nak masakan mama aku je, dia complain maid masak tak sedap, so mama aku tetap kena masak untuk dia. Dari urut kaki sampai makan pun bersuap (padahal boleh je suap sendiri), semua dia nak mama aku, Mama aku je yang faham, mau tak faham perangai tu yang dia hadap sejak mula2 kahwin. Maid pun takut dengan ayah, sebab dia kata ayah aku garang.

Aku nak cerita ada satu insiden, ustaz ni datang ambil ayah aku sebab ayah aku nak berubat. Tapi terlambat sikit sebab mama aku sibuk bersiap (ayah aku jugak penyebab dia lambat bersiap).

Ayah aku dah tunggu dalam kete dengan ustaz tu, ustaz tu siap cakap, takpe saya tunggu. Lepas mama datang terkocoh kocoh, ayah aku terus sound mama aku “dia ni la punca Kita lambat, dia ni punca” sambil tuding2 jari kat mama aku. Terkejut ustaz tu tengok perangai ayah aku.

Lepas tu mama aku cerita dia terdengar ustaz tu nasihat ayah aku “walaupun kita ni suami, Kita tak boleh layan isteri macam tu. Abang layanla isteri elok2, cakap elok2 dengan isteri ye”. Ayah aku diam je, tapi lepas tu dia terus tak nak contact dengan ustaz tu lagi. Semua orang yang nasihat dia supaya layan mama aku elok2, semua dia tak nak contact orang tu lagi.

Banyak lagi benda yang ayah aku buat, tak tercerita. Aku rasa kesian pada mama je, kalau tak fikirkan tanggungjawab pada ayah, sorry cakap, dah lama aku letak dia kat rumah orang tua2. Aku dan kakak aku memikirkan kami ni anak ayah aku je, sayang tu memang dah luntur bila ayah aku berperangai macam tu.

Mesti ada yang akan cakap tak baik berfikiran macam tu, tapi kalau siapa2 yang pernah ada ayah perangai macam tu pasti akan faham. Sesekali bila aku balik, memang aku suruh mama aku berehat je. Ya Allah, betul2 penat menghadap karenah ayah aku. Itupon mama aku tak nak aku jaga ayah aku sebab dia cakap ayah aku ni tak semua orang faham.

Aku sedih memikirkan macam mana mama aku hari2, tabahnya mama aku. Aku teringin juga berpindah ke kampung, berbakti pada mama aku, tapi aku juga mengikut suami. Suami pun anak tunggal, jadi dia sendiri ada tanggungjawab dengan parents dia.

Kalau ada yang tanya takde ke adik beradik ayah atau sedara ayah yang pernah nasihatkan ayah. Hmm.. keluarga ayah pula perangai masing2 pun hauk juga, nenek aku (mak pada ayah) sendiri pernah suruh ayah aku kahwin lain. So korang tau dah kan perangai masing2 macam mana.

Aku memang stress dengan ayah aku sebab nya dia buat mama aku macam tu. Aku cuma nak confess kat sini je, perlukan nasihat dari pembaca2 kat sini

– Mia Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *