Tak Segan Tak Solat Jumaat

Kisah aku ni berlaku sebelum zaman PKP lagi. Betul-betul lama.

Tapi kesannya kepada aku betul-betul terbawa sampai sekarang.

Membentuk aku awalnya untuk menjadi seorang fasik yang ambik mudah benda pasal solat.

Kebodohan aku sendiri tunjukkan maksiat depan orang ramai macam tu je. So tak perlu aku sorok nama tempat dan sebagainya.

Cuma nama syarikat je aku sorokkan supaya takda yang tersinggung. Semoga menjadi pengajaran bersama.

Yang mana kawan yang kenal aku, mohon ambil iktibar.

Aku ni lelaki Islam, muka memang melayu. Bekerja di syarikat A dekat “Semua House”, kuala lumpur.

Masa tu bangunan tu buka lagi, tapi sekarang dah tutup untuk pembinaan premis baru di situ.

Setiap hari jumaat, memang dapat pelepasan untuk lunch serta tunaikan solat jumaat dari jam 1 sampai 2.

Tempat nak solat berdekatan pun sangat banyak dan dekat, Jalan kaki tak sampai 5 minit pun dah boleh sampai, antaranya Masjid India, Masjid Jamek Salahudin dan Surau IPD Dang Wangi. 

Isunya kat sini, setiap hari jumaat, tiap kali pukul 1, bos aku selalu cuit aku, kadang-kadang tarik bersama sorang lain,

Dia ajak untuk ikut melepak ke pusat beli belah Sogo dan terus ke food court, duduk kat situ yang sesak (lunch hour) dengan ramai-ramai duduk tanpa segan silu. Buat macam takda apa.

Setiap minggu, kami macam tu, dan tiada orang yang tegur kami pun.

Yelah. Time solat jumaat, masjid seberang jalan je. Tapi lelaki ni duduk lepak makan, minum berborak.

Sekali sekala je ada yang cuma pandang. Cuma pandangan itu ajelah.

Kadang-kadang ada juga group meja lelaki islam lain. Sama- sama bermaksiat.

Aktiviti kami hanya duduk melepak, makan, minum, main fon. Sampailah waktu solat jumaat habis. Then masuk kerja macam biasa.

Pada mulanya aku malu buat macam tu. Aku cover buat macam kononnya demam. Macam tengah tak sihat.

Tapi Zam pula buat macam tiada apa. Siap gelak berdekah kuat-kuat lagi.

Last-last, benda ni jadi biasa untuk aku. Tuhan tarik rasa malu aku. Selamba aku makan, minum rezeki Tuhan, tapi tak jalankan kewajipan pemberi rezeki. Tiada pula yang viralkan pula masa tu.

Seandainya kalau aku boleh putar balik masa, aku ubah benda tu. Tapi hakikatnya memang tak boleh.

Dan serius, seorang pun tiada yang tegur. Tak kisahlah orang awam, pengurusan keselamatan mall, atau siapa pun.

Kalau sekurangnya ada yang tegur waktu tu, mungkin benda boleh berubah.

Tapi mungkin orang lain fikir. Buat apa aku nak sibuk, bukan hal aku.

Ketahuilah saudara saudari yang nampak masa tu, tapi tak tegur. Dosa kami sama anda dapat.

Jangan lupa ada yang mencatat. Berdosanya aku, benda tu berlarutan untuk dua tahun sampai lah aku berhenti dan kerja di tempat lain. Zam pun aku dah terputus hubungan.

Dekat tempat baru pun, aku cuba nak bawa budaya ponteng yang Zam semai ni untuk melepak di tempat awam tanpa segan silu tapi sebab tiada yang mahu.

Hanya selepas perintah berkurung, yang mana pergerakan disekat, baru aku terdetik, maksiat yang aku buat tu sesuatu yang sia-sia. Kerana hakikatnya aku bukan orang yang sebegini.

Solat fardu aku pun tunggang terbalik, tapi aku tak bangga tunjuk depan semua orang yang aku tak solat. Yang tahu je tahu.

Aku bersyukur sangat, Tuhan jentik hati aku masa aku masih bernafas lagi dan muda sebelum usia mencecah 40, Tuhan masih bagi aku kesempatan bertaubat.

Sekarang ni, bukan je solat jumaat, solat fardu pun aku tak lalaikan lagi seperti dulu.

Pesan aku pada yang muslim, siapa yang meringankan tuntutan solat, sila beringat yang bila-bila masa, kematian boleh menjemput.

Setelah banyak nikmat yang anda dapat dari Tuhan, nikmat mana lagi yang kau nak dustakan?

Tolong jangan jadi seperti aku.

– Dah Sedar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Org awam tak berdosa atas kebodohan yg kau sendiri pilih. Mencegah maksiat ada tiga, melalui tangan, mulut atau hati. Sekadar membenci maksiat yg kau buat tu sudah mencukupi. Jgn nk libatkan orang lain

    • Sekadar penambahan, 3 tu bukan pilihan nak tegur cara yg mana. Sebetulnya, kalau kt nampak maksiat, hendaklah tegur dgn perkataan atau lidah, kalau takboleh@tak mampu, tegur dgn perbuatan atau anggota kaki dan tangan. Kalau tak mampu, baru tegur dgn hati yakni doa dan benci maksiat tu, tp itu adalah selemah2 iman.

  2. apa punya mangkuk, dah sedaq solat jumaat tu wajib bagi lelaki, boleh kata dosa hang org lain dapat sebab tak teguq, samdol….

  3. Wait. Kenapa pulak public nak berdosa sekali dengan you? Yang tak solat tu you. Better jangan play victim…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *