Tak Seindah Suria II

Assalamualaikum kepada semua warga iium confession. Mr K disini. Terima kasih kepada yang mengikuti kisah Suria. Terima kasih juga kepada yang sudi komen. Positif dan negatif semua aku terima dengan hati terbuka. Niat asal tak nak sambung Tak Seindah Suria II tapi bila tengok like 1.6k maksudnya ramai la yang sudi baca. Kalau tak banyak like aku malas sambung. Haha. Giler like jugakk ko.

Aku harap cerita Suria boleh diambil iktibar baik lelaki mahupon perempuan. Ada la komen cakap aku pilih perempuan tak cantik sebab takde pilihan, bukan beb ko ingat bidadari aku tak cantik ke? Dia cuma tak pandai make up macam Suria je. First and last aku tengok dia bermake up masa sanding dengan akad nikah hari tu. Terkesima aku. Cantik. Kalah Suria.

Ok, sebelum aku cerita pasal pertemuan aku dengan isteri, aku nak cerita sedikit pasal Suria selepas kami dah clash. Aku tak pernah block dia kat whatsapp, facebook, hatta kt insta. Ada la lepas clash dalam sebulan gitu, dia whatsapp yang dia menyesal perbuatan dia sebelum ni. Senang cerita nak ajak couple balik la. Aku tanya satu soalan je kat dia Shuib mana? Dia bagitahu Shuib dah menghilang macam dulu. Alasan sebab Suria ajak dia kahwin. Haihh. Lelaki ni pon satu.

Aku pon nasihat kat Suria bertaubat la, Allah maha pengampun. Aku bukan nak mengaibkan dia, kalau korang nak tahu dia dah bersama 7 lelaki sebelum ni. Dia cerita semua kat aku. Yang paling aku tak leh terima boleh pulak dia buat benda haram ni dalam kereta. Tahu dengan sape? Dengan penjual COD barang yang dia order. Dia tak kenal pon laki tu tapi sebab laki tu pandai bodek. Dan aku rasa bersyukur Allah jauhkan aku dengan perempuan ni. Allahuakbar

Selepas aku ceramah kaw-kaw, dia senyap. Langsung tak whatsapp aku dah. Kat insta, facebook pon aku perasan takde post gambar-gmbar selfie dah. Dia sejenis insta famous jugak like ribu riban. So, kalau sehari takde gambar dia macam pelik. Aku fikir dia dah insaf kot. Nak dijadikan cerita, masa cuti raya cina tak silap aku. Aku balik kampung. Sebelum ni kan aku pernah bagitau yang kampung mak dia tu kampung aku. Mungkin Allah dah takdirkan aku jumpa dia. Masa lepak kt warong, dia lalu depan kedai jalan kaki dengan sorang perempuan aku tak tahu sape. Semua mata tertumpu kat dia, aku pon tertoleh dua kali. Terkejut weyy. Dia dah tak macam dulu. Aku tak tahu nak describe macam mana. Muka penuh jerawat, kening dia dah macam takde.

Balik je rumah, mak aku dah bising suruh teman dia pergi kenduri. Cuti-cuti ni jadual kenduri dia memang full. Nak tak nak aku kena jadi driver la. Dipendekkan cerita kat kenduri pulak terjumpa mak suria ni. Dia nampak aku terus senyum macam mengejek. Aku pon tak tahu kenapa. Masa tu mak aku dah masuk ke dalam khemah. Aku je terkial-kial kat parking. So, mak Suria datang dekat aku. Tanpa salam dan perkenalan dia terus sindir Suria dah tak cantik kamu tak nak layan dia la ye? Lepas dengar aku macam ternganga sikit haa?? Aku clash ngan dia masa dia cantik lagi kot.

Aku balas Takde jodoh cik, cik tanya la anak makcik sendiri ape jadi. Aku terus pergi. Aku tak nak aibkan anak dia. Sebab tak puas hati aku tanya kawan Suria kenapa dia jadi macam tu. Rupanya diaa tersalah pakai produk. Aku pelik la perempuan dah cantik nak pakai produk mende lagi. Aihhh. Korang yang perempuan jangan nak mandai pakai produk tak diiktiraf, jadi macam suria, korang tanggung sendiri. Tak lama lepas tu, aku balik umah sewa, baru je nak aman. Mak aku call. Balik sekarang!! Tanpa bagitau sebab mak aku bagi arahan. Aku macam terpinga-pinga jap. Kenapa pulak ni? Terus siap-siap, 2 jam perjalanan, sampai la aku kat kampung. Baru je matikan enjin, adik aku jerit dari depan umah, mak kat umah makcik Nah!! Makcik Nah ni mak Suria. Aku cepat-cepat hidupkan enjin. Umah aku dengan dia dalam 5 minit je.

Sampai je depan umah Suria, aku keluar kereta dengar Suria menangis. Kuattt. Aku berlakon tenang, dalam hati cam nak pecah jantung. Bagi salam je, semua mata tengok aku. Tak abis semua jawab salam, mak aku tarik. Khairul, kau kena kahwin ngan suria. Aku terkejut beruk. Kenapa?? Semua diam. Dengar suara Suria je teresak-esak. Ayah suria menjampuk. Suria mengandung. Tapi kenapa aku? Aku pandang Suria yang tak macam Suria dah. Aku terus jawab Sepanjang sy dengan Suria sy tak pernah sentuh dia pakcik. Semua senyap. Tak lama lepas tu mak suria cakap kami tahu, tapi kami nak mintak tolong. Lepas dengar macam tu, aku mintak maaf, aku tak dapat tolong. Aku terus tarik tangan mak aku tinggalkan umah tu.

Rupanya mak aku ingat aku yang bertanggungjawab buat benda tu. Haihh. Mak aku pon satu lagi percaya orang luar dari anak sendiri. Tapi dalam masa yang sama aku sedih dengan ape yang jadi kat Suria. Dia cantik, pandai tapi disebabkan nafsu hidupnya musnah. Mungkin dia sendiri pon tak tahu sape ayah kepada anak yang dia kandung. Lepas dari kejadian aku tak tahu kisah Suria sampai sekarang. Mak aku bagitau dia dah tak dibenarkan balik ke kampung tu.

Ok, sampai situ kisah Suria. Sekarang aku nak cerita pasal bidadari aku pulak. Aku gelarkan dia Cinta. Cinta ni macam aku cakap tak pandai make up. Natural beauty. Sebenarnya cinta ni kawan kepada adik kawan aku. Haha. Macam jauh je ikatan tu. Tapi dah jodoh wey. Masa tu aku teman kawan aku pergi hantar barang kat adik dia, kebetulan adik dia pulak bawak member dia iaitu Cinta. Dipendekkan cerita 6 bulan kenal, masuk meminang, tunang sebulan terus kahwin. Nak tahu kisah Cinta pulak? InsyaAllah kalau aku rajin aku cerita lagi. Dah penat menaip. Maaf mana yang kurang. Terima kasih sudi membaca. Membaca jambatan ilmu. Assalamualaikum.

– Mr K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *