Hai semua. Ni 1st time aku menulis di ruangan ni. Maaf kalau bahasa yang terterabur.
Aku sudah berkahwin, anak 2 orang. Gaya biasa-biasa sahaja sampaikan emak selalu tegur, kenapa tak berhias.
Sebab mama selalu tengok aku dengan t loose, seluar jeans jenis palazo, kasut asal boleh je. Tapi aku selesa macam 2.
Aku juga seorang yang senang hilang berat badan tapi susan nak naik kembali.
Balik ke point asal. Baru-baru ni, aku masuk bilik bos untuk hantar dokumen. Memang tugas hakiki la kiranya walaupon tak selalu kena masuk bilik bos.
Bos aku tegur aku. 1st time dia tegur dan aku terus rasa sangaaaaaatttttt tak selesa dengan teguran dia.
Dia kata, kenapa badan nampak kurus sekarang ni?
Kalau dulu nampak berisi, nampak lawa lagi..
Nada dia biasa tapi aku ~~~~~~~~~~
Aku terus diam, apa yang dia cakap lepas tu memang aku tak masuk sangat, sebab aku hilang fokus..
Sambil tu, aku tarik baju aku untuk tutup walaupon aku tau baju tu takkan boleh meregang.
Memang nampak aku tak selesa dan kalau boleh nak terus keluar dari bilik dia.
Info – baju yang aku pakai tu. memang uniform yang di peruntukkan untuk pekerja, tudung menutup dada serta belakang badan, berhandsock serta bersarung kaki.
Canggung teruk rasanya sekarang ni.
Dengan tugas aku memang akan masuk hantar dokumen sekali sekala.
Rasa tak boleh nak tengok muka bos.. MALU..
Mungkin aku kena berlagak biasa selepas ni,
Tapi aku takut dan MALU..
Ke perlu ke aku tukar saiz uniform aku ke saiz yang lebih besar dari sekarang?
– Tenuk (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sila guna KBAT.
1. boleh report for sexual harassment
2. ignore and move on
3. komen badan dia pula
4. ikut suka ko la dik asal jgn post isu kecil yang boleh minta pdgn HR ke kwn2 pejabat ke
boleh guna otak pilih mana option yang sesuai.
Klaw dlm perkhidmatan awam (kerajaan), ada satu seksyen atau pon ‘clause’ dlm panduan tindakan tatatertib, sesiapa juga x bole menegur ‘fizikal’ seseorang sehingga membuat dia x selesa waktu bekerja dsb.., perkara ini spt yg org skrg kata “body shaming”, n klaw pkerja tu melaporkan kpd pihak atasan atau pihak HR, pegawai tu (x kira la bos ke, sapa ke), bole dikenakn tindakan tatatertib dan jika benar dia bersalah, akn dihukum.. org skrg xmau amk tindakan, sbb malu, atau xmau ‘bising2’.. atau pon bila ln kli dia tegur mcm tu, or berjumpa skali lg, nyatakan yg awak x selesa ditegur begitu dan x mahu perkara itu disebut lagi.. awk kna ‘tegas’ krn prkara ini melibatkn perasaan x slesa n juga maruah diri awak, klaw x mau ianya berulang lgi.. wallahu a’lam..