Assalamualaikum. Terima kasih admin approve confession aku…
Harini aku sedih sangat. Setelah beberapa tahun kahwin dan struggle untuk survive akhirnya aku dan suami decide nak beli rumah.
Dia terperangkap dengan personal loan atas dasar tolong, dia keje kerajaan aku surirumah. Tak perlu laa aku jelaskan lebih detail. Yang mana faham tu faham laa.
Nak di jadikan cerita aku dengan excitednya cerita laa kat akak aku.
Tahu jawapan dia, dia cakap mampu ke bayar. Dengan nada sindiran. Kebetulan dalam proses beli kereta. Sejujurnya aku sangat terluka dengan kata-kata dia.
Aku ingatkan dia akan tumpang gembira ye laa selalu dia kongsi berita gembira I’m happy for her. And layan jee cerita diaa. Aku sangat tidak sangka itu jawapannya.
Yee memang aku tahu terlalu mendadak keputusan aku. Tapi aku tahu apa yang aku buat. Dah berbulan aku kaji, tanya orang sana sini dan belajar fahamkan proses beli rumah agar tak tertipu. Aku bukan sebodoh tu.
Walaupon hartanah nie luar bidang aku. Aku mencuba beli keta. Kalau lepas, lepas laa kalau tak tangguhkan dulu. Dah bertahun kami pakai keta kecik keta terpakai. Lagipula aku beli keta sedan yang paling murah.
Rumah pon aku beli di bawah kelayakan suami aku. Rumah terpakai sajaa tak semahal mana komitmen kami tak lebih 40% gaji pokok. Laki aku pon ade perkerjaan sampingan.
Aku menangis semenangisnya. Aku tahu dulu aku susah ada pinjam duit mak. Aku tak pernah lupaa dan aku sentiasa ingat. Aku sedar diri berhutang dan aku cuba bayar. Kami pinjam dalam RM3k. Aku cuba bayar sikit-sikit bila ada duit lebih.
Mak aku tak pernah persoalkan dan mak aku faham. Aku pon tak boros enjoy. Tak pergi bercuti pon. Sekali je pernah pergi bercuti sepanjang 7 tahun kawin. Dan aku faham situasi suami aku.
Aku pon cuba bagi tau kakak aku sorang lagi mintak doakan aku dapat beli rumah. Aku nak pergi tengok nanti. Dia pon jawab ok jee. Takda tanya detail.
Ok aku fahamm dahh.. Tak semua orang ada perasaan I’m happy for you. Walaupon bila dia bercerita kegembiraan dia kita tumpang gembira.
Pengajaran untuk harini. Macam manapun aku syukur aku ada kawan yang sentiasa sokong aku, bantu aku, nasihatkan aku dan mendoakan aku. Aku tak minta bantuan wang ringgit pon tapi tanda sokongan korang buat aku gembira sangat.
Ayat kawan aku buat aku terharu sangat dia cakap dia tumpang gembira. Kebetulan dia pon dah ada rumah sendiri.
Mujur mak aku tak mengecewakan aku. Kalau tak aku pon rasa macam takde keluarga. Mungkin aku nie tak penting untuk diaorang. Lebih baik aku berhenti bercerita tentang hidup aku.
Aku tau dah aku melukut di tepi gantang bukan orang penting dalam hidup diaorg tapi tu laa degil jugak, kadang terlalu mencuba.
Kalau akak aku terbaca nie harap dia faham bertapa terlukanya aku. Harap dia buat taktaw la lepas baca confession nie.
Tapi tak rasa dia baca sebab dia tak minat baca benda macam nie. Ada dia ws aku perbetulkan balik kata-kata dia. Aku pon jawab ok sajaa.
Aku malas nak cakap pape. Malas nak gaduh. Dan malas nak panjangkan perbualan.Aku anggap jee macam tak dengar kata-kata tu. Biasa la adik beradik gurau kasar. Aku tak simpan dalam hati dah sebab kau pernah kata itu adalah diri kau, cakap lepas.
Aku dah biasa sebenarnya dari dulu cuma tu laa maaf kata-kata kau haritu tersiat dalam hati aku. Yang pasti aku akan jadikan pengajaran untuk tidak ceritakan semua benda.
Tapi semua tolong doakan aku di permudahkan urusan pembelian rumah dan kereta yaa. Tahuu impian aku apa? Aku nak bawak bawak mak dan kakak oku aku jalan-jalan. Tidur rumah aku dengan selesa.
Sekarang aku pakai keta kecik tak muat wheelchair masuk bonet. Duduk kuaters kecik dan bertingkat pulak takda lift. Susah nak ajak mak and kakak aku datang rumah.
Sebelum nie ada jee mak aku and kakak aku datang rumah aku bawak jalan-jalan. Tapi jarang sangat last datang 2 tahun lepas.
Aku kalau boleh nak mak and akak aku senang dan selesa datang rumah aku. Aku pulak mudah la kan nak bawak mereka keluar jalan. Rumah aku di kawasan peranginan. Aku taknak harapkan suami aku sebab dia bekerja.
Aku berangan lepas anak-anak aku ke sekolah aku nak ajak mak and akak aku lepak sarapan kat luar lepastu jalan-jalan pusing di tepi pantai ambil angin.
Malam pula boleh lepak pantai. Nak ke pasaraya pon senang. Petang pon boleh lepak santai depan umah sambil minom kopi.
Tolong yaa doakan aku ya.. Dah berhari-hari aku susah nak tidur fikir dan berangan nak beli rumah excited sangat huhu… Tapi dalam masa sama berdebar-debar…
Sekian sorry terpanjang pulak confession aku..
– Melukut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga tercapai impian sis dan Allah permudahkan segala proses Aamiin..
Wahai melukut percayalah. Kalau kita baik dan sentiasa sangka positif tak semua orang begitu terhadap kita.
Walau kita sentiasa mendengar dan mendoakan kebaikan adik beradik sendiri tak semestinya mereka juga sama.
Dalam adik beradik ada ja pendengki. Dia nak sentiasa terpaling. Antara semua adik beradik dia suka jika ada adik yang tak berjaya. Dia tak tolong ajar pon cara nak berjaya sama sama media. Sebab apa? Sebab dia busuk hati tak mahu kau lebih daripada dia.
Ada juga mulut MENCECEH setiap adik beradik yang dia berjumpa setiap kali berkumpul pasti ada nama yang dia mesti sebut jadi bahan untuk burukkan. Setiap kali berkumpul sekeluarga pasti ada seorang adik beradik yang dia bahan MERENDAH RENDAHKAN.
Percayalah betina atau jantan mulut capoi begitu DIA NAK TUTUP BURUK DAN KISAH SILAM SENDIRI itu setiap kali depan mak abah si seorang itu jadi mangsa. Mangsa dia mestilah yang paling miskin. Adik beradik yang senang dan kaya dia puji sebab mudah dia minta tolong kah kah kah kah kah kah kah nampak hati busuknya itu khuenz?
Dalam dunia ini yang terpaling berkokok acah bagus tunjuk bagus itulah paling syaitan! Baca sahaja luahan orang lain di dalam ini. Semua begitu.
Jadi jikalau nak capai sesuatu DIAM SAHAJA DAH BERJAYA biar mereka adik beradik pendengki tahu sendiri. Yang penting kau bayar hutang ibu tuh cepat. Lepas tu bayar rumah. Lepas tu pandailah kau niaga cari wang.
Biar kejayaan diamkan mulut jahat adik beradik toksik pendengki dan kawan musuh dalam selimut yang kau tak sedari
Tp soalan tu valid. kereta dan rumah serentak? Its a valid concern. Sy akan tnya soalan yg sama dgn adik sy kalau sy tahu beban kewangan drg. Bukan x bagi drg merasa ada harta sendiri, tp xnak drg menjerat diri sendiri. Msg ke? Atau ckp f2f, kdg2 tone kita baca x sama.
Tp apa2 pun semoga urusan sis dipermudah.