Tak Semua Keputusan Berkahwin Itu Jalan Terbaik

Aku di fasa penat, tertekan, anxiety, depression aku sangat teruk selepas aku berkahwin. Aku betul-betul tahap dah terlalu penat, sebab aku memang membesar dari dalam keluarga yang tak menjaga mental, emosi anak-anak. Tak ada hubungan jiwa ibu ayah dengan anak.

Dari kecil, hidup aku sentiasa kena tunjuk, berlawan dengan orang, kena buktikan diri aku terbaik juga boleh lawan orang lain.

Bila kau tak berjaya, kau tak mampu… dia orang akan ketepikan atau kucilkan aku sehingga mempermalukan aku dekat saudara-mara atau sesiapa sahaja.

Aku nak belajar apa, kerja, pakaian aku apa, bentuk tubuh tak berisi, kena kurus sepanjang hidup… semua ditentukan. Sampai aku tak boleh bersuara kehendak aku, keinginan aku.

Bila bersuara aku akan dikecam, diheboh anak derhaka, suka melawan orang tua. Sedangkan aku ada pendapat aku, keinginan… tapi kalau tak boleh bercakap, apa yang aku cakap, apa aku nak tak salah dari segi agama, tak melebih-lebih pun.

Bila aku membesar, aku mudah attach dengan orang yang tunjuk rasa sayang dia dekat aku, perhatian keperluan emosi aku yang tak didengar dulu.

Walaupun lelaki tu awalnya berpura-pura perhatian, aku tetap akan mudah attach. Sebab apa? Aku memang suka orang tunjuk kasih sayang melalui perbuatan, bukan dari mulut.

Sekarang aku dah berkahwin. Dan “YESS” aku dah tertipu dengan lelaki yang lagaknya baik, nak sempurna di mata orang. Orang luar akan nampak dia macam sempurna sangat.

Bila tahun ke tahun aku berkahwin dengan dia, anxiety, depression aku makin teruk sampai sekarang dah jadi tak terkawal. Tengah makan, tengah buat kerja, tengah mandi… boleh datang serang, tak boleh nak bernafas. Dada ni rasa sakit, sesak macam orang dah nak mati.

Korang jangan ingat dan nampak orang macam ni kurang agama. Tak, tapi tak ya!! Orang macam kita orang selalu menangis dalam solat bila jumpa dengan Allah. Tidur menangis. Sebab kita ni hidup masih panjang nak berjumpa dengan manusia, nak kena hadap dengan manusia.

Nak tak nak, sebagai manusia, kau tetap perlukan ada insan yang dapat memahami kau, yang nak dengar luahan kau… tapi aku tak dapat nak luah perasaan aku dekat manusia, hanya dengan Allah.

Ada keluarga, tak ada rasa empati, tak ada hubungan emosi. Keluarga yang suka mengarah kehidupan. Bila aku senang, dia layan baik. Bila aku susah, perlukan perhatian, dia orang anggap aku ni beban, memeningkan kepala dia orang.

Jadi aku hanya ada siapa sekarang yang terdekat? “Suami” lah kan. Tapi suami lah juga orang yang sedang rosakkan mental aku sekarang.

Aku ada kawan, tapi bukan kawan yang boleh aku terlalu meluah, sebab susah nak meluah pada orang yang tak duduk sekaki dengan kita. Orang takkan faham.

Aku pernah dah nak bercerai. Masa tu aku dah tak boleh nak tahan hidup dalam keadaan suami suka menipu, tak jujur dalam perkahwinan. Terlalu berkira soal kewangan dan segala macam. “Aku terduduk, aku terfikir suami aku ni belajar dari ayah dia ke?”… dan itu lah yang aku nampak selama ni dalam keluarga suami aku.

Mak dia tak bahagia pun dengan ayah dia. Mak dia selalu mengeluh soal suami dia berkira soal duit, tak jujur dalam rumah tangga. Isteri sampai tak boleh tahu soal kewangan suami… ada rezeki lebih, tak ada rasa nak bersedekah pada isteri dengan anak-anak.

Orang dulu banyak berkahwin bertahan demi anak. Dan orang dulu juga banyak support anak perempuan bila nak bercerai. Dia akan suruh anak duduk tahan, sehingga jiwa batin anak perempuan tu terseksa.

Bila aku tengok kelakuan suami aku bila dia jadi suami, dia sedang layan aku macam mana ayah dia layan mak dia.

Dan betul, mentua perempuan yang tak bahagia dengan suami dia akan berisiko menjadi mentua yang bermasalah hati, bermuka-muka dengan menantu perempuan. Sebab dia tak suka anak lelaki tu bagi perhatian atau buat baik dengan isteri.

Setiap solat, aku dah tak tahu banyak mana aku selalu menangis, tak terkira. Bila jadi seorang “mak”, kau sepatutnya nasihat atau beri didikan supaya anak lelaki kau tak ikut sifat suami kau bila dah kahwin. Tapi memang kita tak boleh nak halang kalau anak lelaki kita mencontohi ayah dia.

Sebagai mak perlu tegur, perlu terima bila anak lelaki kita tu tak baik. Bukannya menyokong, bukannya memburukkan menantu… tak nak mengaku memang diri sebagai “mak” gagal dalam mendidik, beri nasihat kepada anak.

Banyak orang kita dari pengaruh dulu besarkan anak lelaki hanya baik dengan diri dia sahaja. Bukan membesarkan anak lelaki jadi suami yang baik untuk isteri, ayah yang baik untuk anak.

Suami aku, dia terlalu nak menjaga keterampilan, kena nampak baik di mata orang. Dia terlalu nak pandangan orang luar kena nampak dia baik.

Tapi realiti hubungan antara suami dengan isteri, dengan anak dia tak baik mana pun. Sehingga nak keluar, berpakaian… padahal pakaian dah sopan… dia akan pastikan nak kontrol, kena nampak sempurna supaya orang pandang baik dekat diri dia.

Aku tertekan, korang. Sejak aku kahwin dengan dia… dari awal aku hidup susah sehingga sekarang tetap juga susah tapi tak sesusah awal kahwin. Aku sanggup, korang, sebab yelah kahwin ni seumur hidup memang kena ada dengan suami susah ke senang.

Aku bekerja, dia ambil kesempatan bila kita dah tolong segala macam untuk kurangkan tanggungjawab dia. Makin hari aku sedar bila aku buat macam ni, dia jadi suami yang semua benda nak 50/50.

Kalau balik rumah keluarga dia, aku tolong keluarkan duit. Bila nak bawa aku balik ke rumah keluarga aku atau aku nak pergi mana-mana lah, dia akan cakap tak ada duit. Melainkan aku cakap “tak apa saya keluarkan duit”, baru dia akan bawa aku.

Jadi kat sini korang, aku dah nampak aku cuba nak keluar dari keluarga aku yang pertumbuhan toksik. Aku masuk berkahwin dengan suami dan keluarga yang toksik juga. Hasil tumbesaran dari narsistik.

Macam aku cakap tadi, aku mudah attach dengan orang yang tunjuk sayang dari perbuatan. Dan narsistik tu adalah keahlian dia berlakon nak mangsa jatuh dekat tangan dia. Dan dia mudah nak kawal…

Korang rasa aku tak makin tertekan ke?

Aku menangis taip ni… aku rasa seolah aku terperangkap dengan circle narsistik ni. Kesilapan yang aku belajar dari awal kenal, jangan mudah nak belanja, sanggup kongsi duit… nak kahwin kongsi duit… jangannn!!!

Hidup kau akan merana bila kahwin dengan lelaki macam ni, bila dah mula tunjuk tanduk dia. Orang akan susah nak percaya kau sebab dekat luar orang nampak dia baik, sempurna. Dekat mata keluarga dia, dia adalah anak lelaki “HERO”.

Bila kau cakap suami kau tak baik, kau menangis lah teruk mana pun… orang akan cakap kau emosi terlebih, suka tuduh suami, suka fitnah suami… suka fikir macam-macam.

Sebijik macam mana aku dulu kalau memberontak dalam keluarga aku… tak ada siapa akan percaya cakap aku yang mak ayah aku suka dera mental anak-anak.

– Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Ada suami, yg cara dia layan isteri & anak2, sangat berbeza dgn cara dia layan ibu/kakak2 (family members) dia. Contohnya lah, u pergi beli brg groceries sorang, sampai d rumah, suami u ada drumah, duduk d sofa, tgk hp, & xada nk tolong u angkat barang2 tu dari kereta. Tapi katalah bila u pergi rumah kakak dia dgn suami, & kebetulan kakak dia baru balik dari beli brg groceries, dan2 tu, suami u keluar tolong kakak dia angkat brg2 groceries dari kereta. Hurrmm… I feel u sis. The way he treat u dgn anak2, berbeza dgn the way he treat his mother & sister. Mesti u rs down.. i feel u. But apa i buat, i mohon Allah ubati segala kedukaan tu.. ngadu pd Allah, cerita semuanya pdNya, mohon Allah campakkan kesedaran dlm diri suami. Ngadu hari2 dlm setiap solat, sampai u puas hati.. letak Allah no.1 dlm hati u.. once u letak Allah no.1 dlm hati u, u takkan hirau nk kan perhatian dari makhluk lagi. u ada Allah, Allah jaga u, Allah akan ubati hati u terluka.& Allah akan cukupkan segala keperluan u. Tntg 50-50, tu pun u ngadu pada Allah, mana tahu Allah jentik hati dia, utk gerak hati dia mendalami tntg ilmu apa itu nafkah. Biasa yg suka nak 50-50 ni dia kurang ilmu agama tntg nafkah. I doakan u dipermudahkan segala urusan, diangkat segala ujian, & dikurniakan rezeki yang luas.. allahumma amin

  2. Yes betul bukan kurang agama, cuma iman kita lemah. Iman kan boleh naik turun. Penyakit dlman tu akan lebih kuat menyerang bila keimanan kita menurun. Jadi, apa yg kita perlu buat, kita cari amalan or wirid yg dpt membantu meningkatkan keiman sekaligus menguatkan iman kita kpd Allah, kena ada amalan setiap hari. Diam2 jer kita amalkan, doa kat Allah kita nak sembuh drpd penyakit dlman ni. Perjuangan sehingga sembuh itu lebih manis drpd menyerah kpd penyakit. Insya allah semoga bertemu jalan keluar buat akak ni.

  3. ko yg kawin dgn jantan sengkek pastu ko nk samakan laki lain dgn laki ko. ntah pepe. pe kata g mandi bunga buang nasib malang ko tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *