Tak Semua Orang Boleh Jadi Kaunselor

Assalamualaikum. Kisah yang aku nak ceritakan ini adalah pengalaman aku pertama kali berjumpa dengan kaunselor beberapa tahun lepas.

Ketika itu aku merupakan pelajar tahun akhir disebuah universiti awam Malaysia.

Rasa kosong, berat dan tepu pada waktu itu sudah menjadi sebati dalam diri aku. Sehingga pada satu tahap aku rasa mati itu memudahkan. Dan pada Ketika itu aku tahu, aku perlu cari bantuan.

Bertahun-tahun aku cari kekuatan nak bercakap tentang apa yang aku rasa ini pada seseorang, dan pada tahun akhir universiti, aku jumpa kekuatan itu sebab bebanan yang aku pendam selama ini menjadi semakin teruk.

Dengan kudrat yang tersisa, aku melangkah lemah ke unit kaunseling universiti.

Dalam masa yang sama, aku berlawan dengan perasaan dalam diri menyatakan bahawa masalah aku adalah normal dan aku patut batalkan rancangan aku ini.

Masya Allah, nak lawan perasaan ini pun dah penat, bayangkan betapa sikitnya tenaga yang tinggal untuk pergi berjumpa kaunselor tersebut.

Lama aku berlegar-legar dikawasan unit kaunseling memikirkan yang masalah aku ini tak penting. Alhamdulillah, perlahan-lahan aku tolak pintu tersebut dan masuk kedalam.

Aku agak terpinga-pinga sebab tak tahu apa yang harus aku jangkakan. Ada seorang staf menyapa aku dan tanya adakah aku nak buat appointment.

Aku mengiyakan dan dia bagi aku borang untuk aku isi. Antara isi borang tersebut adalah soal jawab yang lebih kurang macam DASS.

Hampir semua yang aku tanda pada borang tersebut mengiyakan apa yang aku rasa sekarang. Lalu aku dibawa berjumpa seorang kauselor. Seorang wanita. Sangat lembut perwatakannya.

Setelah berkenalan ringkas, dia mula bertanya kenapa aku datang pada hari ini. Aku tak dapat jawab, aku terus menangis. Bukan yang setitik dua air mata, tapi yang macam air terjun. Tak boleh berhenti.

Kalau aku boleh ringkaskan, perjumpaan itu isinya adalah menangis semata-mata. Begitu sedikit penceritaan. Mungkin kerana bertahun aku tak pernah menangis dihadapan orang.

Dan sesi tersebut diakhiri dengan kauselor tersebut memberikan nombor telefon kepada aku. Beliau bagi tahu bahawa aku boleh call bila-bila masa sahaja jika nak bercakap dengan dia.

Jadi pada malam itu aku tak dapat tidur, sekali lagi aku menangis yang teruk tanpa sebab, dan pada pukul empat pagi aku buat keputusan nak mesej kaunselor tersebut untuk sesi seterusnya.

Lepas subuh kaunselor itu balas, tapi malangnya dia tak dapat nak jumpa aku esok kerana beliau tiada di universiti, jadi beliau cadangkan aku berjumpaa seorang lagi kaunselor.

Aku setuju sahaja kerana aku betul-betul tak penat dengan perasaan ini. Dan pada tengah hari itu aku ke bilik kaunselor tersebut.

Aku mula bercerita tentang apa yang aku rasa, perkara yang aku tak pernah cerita pada sesiapa.

Malangnya, setiap apa yang aku ceritakan, dialog balasnya hanyalah, “awak tak boleh rasa macam tu, awak dah tahun akhir, nak exam akhir, fikirlah mak dan ayah dikampung”.

Dia tanya CGPA aku berapa dan bagitahu, “awak kena berusaha lebih lagi ni, awak dah nak exam”. Dan untuk pengetahuan semua CGPA aku atas dari 3 pointer.

Hampir setiap apa yang aku luahkan, jawapan yang diulang hanyalah itu. Seolah-olah menyerang aku dan meletakkan semua kesalahan atas aku.

Aku tak minta nak ada rasa macam ini. Dan tujuan aku datang kesini adalah untuk meminta tolong.

Aku tak pasti sama ada itu adalah jawapan yang sepatutnya kaunselor berikan, tapi pada waktu itu aku marah. Hilang rasa nak meluah.

Dalam hati aku “aku tahu perasaan yang aku ada tu salah, sebab itu aku nk jumpa kaunselor, sebab aku tak tau cara nak baiki”. Tapi pada akhirnya aku jadi lebih marah.

Jadi pada pertengahan sesi, aku tak tahan, aku keluar dari bilik kaunseling tanpa ada apa-apa penutup.

Bayangkan, ketika kaunselor tersebut tengah bercakap, aku berdiri dan keluar. Aku cuma cakap yang aku ada hal lain dan terus keluar dari bilik tersebut. Sumpah aku tak tahan.

Dan itulah kali terakhir aku berjumpa mana-mana kaunselor. Aku ingat lagi masa aku keluar dari unit kaunseling tersebut, aku tanya pada Allah, “kenapa setiap kali aku jumpa kekuatan, hasilnya jadi lagi teruk.”

Betul, aku tak boleh nak nilai semua kaunselor sama rata, mungkin bukan rezeki aku lagi nak berjumpa dengan seseorang yang sudi mendengar tanpa menghakimi.

Dan kalau ada yang tanya kenapa aku tak set semula appointment dengan kaunselor pertama, pada waktu itu rasa pengharapan itu telah mati semula.

Tiada lagi kekuatan untuk kumpulkan tenaga dan jujurnya aku takut sekiranya dengan kaunselor lain pun jika aku dapat jawapan yang sama, aku takut aku lagi jatuh. Sumpah sakit apa yang kauselor itu cakap kat aku.

Sekarang aku masih lagi hidup pada zahirnya, tetapi dalam masa yang sama mati.

Aku tak tahu apa yang diajar dalam pengajian jurusan kaunseling, tapi yang aku tahu bukan semua orang boleh jadi kaunselor.

Hati-hati dengan perkataan anda kaunselor, ada jiwa yang amat terkesan dan ada juga jiwa yang amat terkilan.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *