Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih aku ucapakan sebab sudi sediakan platform ni untuk meluah walaupun aku tak sure samada apa yang aku nak luah ni korang share atau tak kepada pembaca.
Apa yang aku nak tulis ni adalah berkaitan apa yang berlaku dalam Perkhidmatan Awam di Malaysia.
Mungkin apa yang aku lalui ni tak berlaku kat semua kakitangan awam, cuma apa yang aku nak sampaikan ialah kerja Gomen/ Penjawat Awam ni tidaklah seindah yang macam orang ramai tahu atau gambarkan.
Tekanan dia lain dari di Sektor swasta malahan bak kata senior aku dulu, “once kau accept kerja di sektor awam, sebelah kaki kau dah dalam tirai besi, sebelah lagi menunggu apa tindakan kau semasa bertugas sebagai penjawat awam.”
Aku ni merupakan seorang penjawat awam “Closed Service” di sebuah pejabat kerajaan di Ibu Negara.
Tujuan aku menulis ni sebab aku nak share benda yang aku tengah hadap di tempat kerja aku sebagai seorang penajwat awam.
Di Agensi tempat aku bekerja. Pejabat kami kini mempunyai seorang ketua yang dilantik di kalangan p3gawai dalaman.
Bagi semua kakitangan yang bekerja disini, kami semua tahu bahawa beliau bukanlah orang yang sesuai untuk mengetuai pejabat ini kerana integriti dan akauntibiliti beliau yang boleh dipersoal.
Beliau merupakan p3gawai kanan di pejabat ini tetapi kekananan beliau di pejabat ini juga wajar dipersoal.
Beliau terkenal sebagai seorang p3gawai yang malas, sering hilang semasa waktu bekerja, tidak suka memberi kerjasama kepada p3gawai lain atau ketua beliau,
Suka mensabotaj pihak atasan dan paling teruk, beliau mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa sejak sekian lama.
Ya, bunyinya seperti tuduhan tetapi itulah yang berlaku. Terdapat ramai saksi yang boleh tampil untuk melaporkan tindak-tanduk beliau tetapi pelik, tiada siapa yang tampil berbuat demikian.
Aku diberitahu beliau pernah beberapa kali mengubah keputusan mesyuarat yang telah dibuat dengan cara memanggil dan mengarahkan pihak urusetia untuk mengubah keputusan yang dibuat.
Bila aku tanya p3gawai tersebut mengapa tiada aduan dibuat, majoriti p3gawai-p3gawai ini mengatakan tiada bukti kerana beliau tidak pernah meminit apa-apa arahan yang dibuat melainkan secara verbal.
Sebagai orang bawahan, p3gawai-p3gawai ini tidak mempunyai jalan lain selain mengikut arahan yang diberikan,
Ianya kerana p3gawai dengan kedudukan yang tinggi di pejabat ini mampu membuat perkara yang boleh menyekat kenaikan pangkat, pengesahan jawatan, pengesahan kekananan p3gawai lain dan lain-lain.
Sebab apa? Sebab beliau p3gawai tertinggi di pejabat ini. Segala aduan kepada pihak yang lebih tinggi akan melalui beliau dan akan ditapis.
Untuk makluman juga, satu laporan kepada 5PRM pernah dibuat keatas beliau yang mana beliau telah ditahan tetapi dibebaskan beberapa hari selepas ditahan.
Dari sumber yang diterima pembebasan beliau telah dibantu p3gawai tertinggi didalam 5PRM sendiri juga yang mana adalah kenalan beliau.
Oleh kerana kejadian tersebut, semua p3gawai di pejabat ini kini amat takut untuk membuat laporan kerana takut p3gawai dalaman di 5PRM tersebut akan memberitahu kepada beliau nama p3gawai yang melapor jenayah yang dibuat ke 5PRM.
Jika beliau tahu, tak tahu lah apa yang akan terjadi kepada p3gawai yang melapor.
Kini, beliau merupakan orang nombor 1 di pejabat kami. Beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan beberapa orang Ahli Lembaga p3ngarah kami yang telah dilantik oleh seorang m3nteri.
Dipercayai, hasil hubungan “baik” beliau dengan Ahli Lembaga p3ngarah ini,
Ahli Lembaga p3ngarah ini telah melobi secara terus kepada m3nteri untuk melantik beliau sebagai orang No 1 Pejabat ini walaupun sebenarnya dari segi kekananan, akauntabiliti dan integriti beliau jelas tidak layak.
Di pihak JPA pula kuasa melantik p3gawai di Pejabat kami adalah kuasa m3nteri jadi siapa yang ingin dilantik m3nteri adalah hak prerogatif m3nteri. Oleh yang demikian akhirnya kini beliau adalah Boss No 1 Pejabat kami.
Setelah dilantik menjadi orang No 1, kami dapati terdapat satu perubahan besar berlaku di pejabat kami iaitu, Pejabat kami kini ibaratnya dikuasai oleh seorang Ahli Lembaga p3ngarah dan bukannya seorang kakitangan Awam.
Apa sahaja yang diminta dan diarah oleh seorang Ahli Lembaga p3ngarah ini perlu dipatuhi dan dipenuhi.
Hal ini bukan sahaja berkenaan operasi Pejabat bahkan segala kontrak-kontrak juga dikaut oleh Ahli Lembaga p3ngarah ini menggunakan kuasa yang ada pada p3gawai No 1 kami ini.
P3gawai No 1 ini kini ibarat Puppet, hanya mengikut sahaja apa yang dikehendaki oleh Lembaga p3ngarah ini.
Semua perkara dan keputusan perlu dirujuk kepada Ahli Lembaga p3ngarah ini yang kononnya membawa suara, mata dan telinga m3nteri.
So keputusan Ahli Lembaga p3ngarah ini adalah keputusan m3nteri katanya. Perkara ini amat menyedihkan kerana bila ini terjadi makanya tiada lagi keadilan buat semua.
Daripada sebesar-besar Kontrak perbekalan barangan hinggalah sekecil-kecil perkhidmatan sanitasi semua dikawal oleh Ahli Lembaga p3ngarah dan Orang No 1 ini.
Semua perlu dipastikan diberi kepada Syarikat yang ada kena-mengena dengan mereka ini. Mengapa ini terjadi? TERMAKAN BUDI!
Orang No 1 dah TERMAKAN BUDI Ahli Lembaga p3ngarah ini yang berjaya melobi m3nteri untuk melantik beliau menjadi Orang No 1.
Oleh yang demikian, Orang No 1 walaupun berkuasa terpaksa juga menurut apa sahaja yang diminta atau diarah Ahli Lembaga p3ngarah tadi.
Ibarat jika disuruh menjilat taik di jamban pun beliau sanggup demi mempertahankan jawatan yang diduduki sekarang.
Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada kami kakitangan bawahan. Sebagai orang luar, Ahli Lembaga p3ngarah ini tidak peduli berkenaan undang-undang, peraturan atau tatacara.
Beliau hanya mahu apa yang diarah kepada Orang No 1 dilaksana tanpa banyak soal. Semua perlu dibereskan. Semua perlu diselesaikan.
Jika perlu dilanggar peraturan, langgarlah. Orang No 1 hanya menurut dan ingin menjaga hati Ahli lembaga p3ngarah sehingga tergamak mengarahkan orang bawah membuat perkara yang salah (seperti biasa, arahan datang secara verbal, tanpa sebarang minit).
Kini, kami dibawah keliru dan tidak gembira lagi berkerja. Jika diturut, sekiranya apa-apa terjadi (audit/ laporan 5PRM/ polis) kami yang dibawah yang melaksana arahan yang akan dikenakan tindakan.
Jika tidak diturut, maka ada kakitangan yang akan menerima akibatnya daripada Orang No 1. Tidak sekarang, mungkin akan datang.
Beginilah nasib kakitangan awam bawahan tuan-puan. Ni mungkin perkara yang jarang dibincangkan dan telah tiba masanya untuk diperkatakan.
Kami kakitangan bawahan tiada tempat mengadu. Jika dibawa ke pengetahuan JPA, KPPA mahupun KSN, sure penyelesaian dalaman sahaja lah yang akan dibuat.
Jika nak dibawa ke Pengetahuan 5PRM, selepas apa yang jadi sebelum ini, kami rasa lebih tak selamat nak lapor sebab kami rasa 5PRM juga sama sahaja seperti jabatan kerajaan yang lain, fragile, penuh dengan CABLE, tiada integriti dan memilih. Kami buntu.
Kini, saya sendiri sedang cuba mencari kerja lain. Mungkin dengan berkerja di tempat lain dapat menghentikan rasa takut dan kecewa ini. Kekecewaan dan rasa takut untuk ke tempat kerja hari-hari terlalu tebal.
Orang cakap kerja gomen senang, datang jam 8, punch out jam 5. Hakikat sebenar kami p3gawai awam tidak seindah mana tuan-puan.
Bahkan kerja di sektor awam ini sebenarnya mengerikan. Bila pandang muka anak-anak yang masih kecil, rasa sedih Tuhan saja yang tahu.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tertekannya kami sekarang tapi tak dapat berbuat apa-apa.
Kepada korang semua diluar sana yang sering kata bertapa beruntungnya kami p3gawai awam, bolehlah berfikir semula. Tak semua beruntung.
Mungkin ada yang beruntung tapi dari apa yang saya sharekan ni, terdapat juga yang tidak beruntung malahan mungkin lebih rugi.
Sekian, coretan saya. Terima kasih kerana membaca.
– PA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit