Tak Senang Jadi Bijak & Baik

Its cost you a lot bila kau bijak & baik. Sound like angkat bakul sendiri kan but wait..

Sekarang mostly orang familiar dengan perkataan Narcissistic. Untuk label orang toxic lagi² Narsis bukan semudah dia tak senyum dekat kau, kau dah boleh tuduh dia toxic.

Bukan juga harini dia buat perangai taik, esok dia dah patut kena label Narsis. Its took a long and deep observation & repeating pattern takkan menipu.

Dan mostly pada awalnya ramai tak faham pun Narsis tu macam mana sedangkan bertahun tengah hadap!

Dia ingat dia orang baik yang selalu memaafkan / ada tinggi empathy / penyayang / bigger heart tapi hakikatnya dia terlalu naif untuk faham permainan dunia. Sampailah what Narsis were doing hit them so hard!

Rasa tak ada buat jahat atau berniat sekalipun dekat orang, masih salah pada Narsis. Dah bagi lebih, masih tak cukup pada Narsis. Selalu bersangka baik (toxic positivity) tetap jadi bahan fitnah Narsis.

Dari satu fasa ke satu fasa yang lain, tetap si Narsis juga tak salah. Yang tak salah pulak dibebani rasa bersalah.

Masa ni iman kau teruji sama ada nak terus buat baik atau balas jahat dekat si Narsis. Klu pilih jadi baik, terasa macam kena buli. Tapi takkan nak jadi jahat? Kan aku baik tapi apa tu definisi baik?

Betul ke kita dah faham apa tu jadi baik? Kalau pilih balas balik, disinilah rantaian toxic terus mengalir dalam keluarga yang tak berkesudahan.

jadi jangan senang sceptical dengan orang yang dapat kesan si Narsis. lagi² klu dia ada knowledge about those Narcissistic cycle behaviour, lagi senang dia detect. Dia ada dua kemungkinan bila sesorang melabel someone Narsis;

i) sama ada yang label ni nak tutup salah sendiri (which is dia lah the real Narsis yang cuba blame shift kesalahan dia) atau

ii) dia cuba bagitahu someone ni bahaya, jadi hati²! jgn masuk perangkap atau dia cuba bgtau “i am the real victim. Help me, believe me”

So orang yang bijak, sentiasa akan siasat bila sampai sesuatu berita. orang bodo akan terperangkap dengan si Narsis punya game.

Betul la 1 statement yang aku pernah baca, lagi banyak kau faham pasal psikologi, kau akan sedar semua orang dewasa ni tengah bawa beban trauma masing².

Trauma tu diterjemah dengan perlakuan sehari². Sampai 1 tahap kau boleh jangka apa dia lalui masa childhood dia.

Trauma tu boleh buat seseorang rasa taknak orang lain rasa benda sama. Sedangkan ada sebahagian orang rasa trauma tu orang lain perlu rasa yang sama!

Tapi hidup ni ada pilihan. Dengan dunia yang lebih terbuka & maklumat di hujung jari, lagi lah bukan alasan untuk gunakan all those trauma untuk buat jahat dekat orang. Tapi untuk jadi baik it cost u a lot!

Yela takkan nak masuk syurga macam tu je tak ada struggle. Dan setiap dari kita adalah ujian buat satu yang lain. Jadi tak cukup sekadar bijak kenal narsis & baik (people pleaser) untuk masuk syurga sebab narsis boleh heret kau jadi jahat macam dia.

Bayangkan dalam sebuah keluarga, si ayah jadi Narsis sebab masa kecik dianak tirikan, kahwin pulak dengan wanita yang juga Narsis disebabkan pola asuh yang terlalu memuji/menangkan dia.

Bila terlanggar pintu, disalahkan pintu serupa pintu tu ada otak! Bila ada anak, lagi suka anak tu bodo supaya senang manipulate sebab bersaing dengan pasangan sendiri anak sayang siapa lagi.

Bayangkan 1 rumah ada blok barat ada blok timur dah macam politik donia. Dua² gila kuasa. Mendonia kau nyah!

Aku percaya orang macam ni kawin pun sebab nak bagitahu dia laku/ pandai tackle pasangan (manipulative)/ nak tunjuk dia tak problem sebab dia boleh kawin sama macam orang normal lain/ rasa diri terpaling special sebab ada orang minat sedangkan orang manipulative (mulut manis) dengan berckp ikhlas dia tak boleh beza.

Kalau boleh beza pun apa dia peduli asalkan dia dapat manfaat yang dia nak yang selalu dikisahkan self image dia lah. Hak anak untuk dapat mak/bapa yang baik dia tolak tepi.

Bila ada anak, dibesarkan tak kenal emosi sendiri tapi lebih membesarkan emosi makbapak. Maka jdlah anak² yang suka menipu, dengki, nampak macam humble tapi sebenarnya pengecut berkata benar sebab nak menangkan emosi makbapak tadi.

Maka terbentuklah culture toxic dalam keluarga tu dibawa dalam masyarakat. Bila bertambah ahli keluarga lagi havoc lah cuz Narsis love chaos! tapi pentaksub/ si pengecut terus² mengangkat orang² Narsis.

Yang nampak semua game ni pasti kena palau. Tapi sampai bila nak menangkan narsis? Yang tak faham senanglah cakap,

“Kenapa tak terus terang. Kau lah toxic!”

“Kau yang sensitif, dia okay je dengan aku”

Beb, sama ada kau tak pernah jumpa the real Narsis atau kau bodo tu je

tapi sampai bila kita yang bijak ni nak gunakan kebijaksanaan kita pada tempat yang sia-sia—Narsis drama?

So jom lah kita heal diri kita. Being confidence on the truth. Persetankan Narsis & kuncu²nya. Kita guna bijak kita ni untuk buat idea bisnes ke, cabar buat benda baru, cabar cari environment baru (hijrah) supaya kita boleh attract those positivity & healthy people.

Its hard to those had the real experience. But life is too short to entertain Narsis drama and its impact

Buat baik berpada-pada. Buat jahat jgn sesekali

You are not nice. You are a people pleaser. Wake up!

Dulu aku sangka jadi baik ni orang semua suka. Bila ada yang tak suka tu maksudnya aku belum cukup baik. tapi bila tambah kebaikan semacam diambil kesempatan.

Sekarang baru faham, mana mungkin orang baik disukai orang jahat. Sekarang aku faham kenapa Nabi dibenci sebahagian manusia. Its cost a lot to be kind & clever.

Kita selalu fokus untuk buat baik tapi kita selalu abaikan “Nahi mungkar”. Its irritated their demon sampai sanggup fitnah, adu domba. Tula pasal kita cenderung jadi people pleaser. You are not real humble.

Lets focus on our success!

– Maiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *