Tak Sengaja Musnahkan Rumahtangga Orang

Hai semua. Terima kasih sudi baca luahan ini. Aku perkenalkan diri sebagai Heidi (bukan nama sebenar), perempuan berusia lingkungan 20an.

Dengan luahan ini aku harapkan komen-komen yang baik dan bukan kecaman, kerana apa yang akan aku luahkan pasti mengundang kemarahan ramai terutama para wanita.

Segalanya bermula di tempat kerja aku. Aku bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat. Syarikat aku terlibat dalam memberi nasihat consultant kepada banyak construction companies. Ini adalah pekerjaan pertama aku.

Di syarikat aku bekerja terdapat beberapa orang jurutera lain-lain bidang dan juga jawatan-jawatan lain yang dibahagikan mengikut department dan team dengan tugasan yang berlainan.

Dari semua, hanya aku seorang perempuan kerana industri ini memang didominasi oleh lelaki. Ramai yang bertanya bagaimana aku boleh terlibat dengan pekerjaan sekarang kerana perwatakan aku agak lembut, berkulit cerah dan agak cantik.

Team aku hanya terdiri dari dua orang jurutera, iaitu aku dan seorang lagi yang aku namakan K. K berusia 30an, sudah beristeri dan mempunyai seorang anak.

Oleh kerana kami dari bidang yang sama, kami memang ditugaskan bersama.

Pekerjaan kami memang akan melibatkan pergerakan luar di mana kami perlu melakukan site visit dan perjumpaan bersama wakil-wakil syarikat lain yang terlibat dalam projek pembinaan yang sama. Ini menyebabkan aku perlu keluar bersama K secara kerap.

Tahun lepas, syarikat kami terlibat dengan sebuah projek di satu lokasi beberapa jam dari HQ. Projek ini adalah sebuah projek construction yang agak besar dan memakan masa yang lama. Seperti biasa kami ditugaskan untuk tugas-tugas consultation yang berkaitan.

Oleh kerana lokasi projek di kawasan yang agak pedalaman serta tanah tinggi, satu-satunya cara untuk sampai ke lokasi adalah dengan menggunakan kenderaan 4WD.

K memang diberikan sebuah kenderaan syarikat jenis 4WD untuk kegunaan peribadi dan kerja. Oleh itu, kami memang terpaksa menaiki kenderaan sekali, dan ini bukan kali pertama.

Sebelum ini juga kami biasa akan bergerak sekali cuma bukan dalam pengetahuan wife K kerana memang betul-betul atas urusan kerja.

Cuma kali ini apa yang berlaku telah menyebabkan wife K berasa curiga dengan kebersamaan kami. Aku memang tahu K sudah berkeluarga dan aku langsung tidak punya niat untuk mendekati K. Niat aku hanyalah untuk tujuan kerja sahaja.

Wife K mula merasa curiga apabila melihat perbualan whatsapp antara aku dan K. Whatsapp kami memang atas urusan kerja,

Cuma ada beberapa kali aku memberikan emoji heart/love kepada K. Niat aku hanyalah sebagai tanda terima kasih kepada K kerana tolong scan dan hantar dokumen kerja, lukisan drawing kepada aku.

Memang aku selalu guna emoji heart sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan perempuan serta dalam group whatsapp. Aku tidak bermaksud aku suka kepada K dengan emoji tersebut.

Wife K bertambah curiga apabila melihat ada rambut perempuan ditempat duduk kereta. Dan itu memang rambut aku. Biasalah kalau naik kereta mesti ada rambut yang tertinggal di tempat duduk.

Aku warnakan rambut dengan highlight warna perang. Jadi bila wife K lihat gambar-gambar aku di Instagram, memang dia tahu yang itu rambut aku.

Bila wife K curiga, K maklumkan kepada wife yang dia kerja dengan aku. Jadi wife K tahu aku siapa, dan juga Instagram aku. Tak susah pun nak tahu sebab kerap je rakan kerja lain tag gambar-gambar kami semua di Facebook dan Instagram.

Pada awalnya aku tidak tahu pun yang wife K curiga, kerana K tak pernah beritahu. Ya lah, takkan nak beritahu. Oleh kerana kami kerap travel bersama untuk ke site projek, dan dalam seminggu ada dua atau tiga kali, kami terpaksa teruskan juga walaupun wife K curiga.

Ada beberapa kali aku tinggalkan barang-barang aku dalam kereta K, ada yang aku tertinggal dan ada juga yang memang sengaja aku tinggal sebab barang-barang kerja.

Aku pernah tertinggal rantai leher yang aku pakai dalam kereta K. Rantai leher itu memang aku terpaksa tanggalkan sebelum masuk ke site kerana aku khuatir akan terjatuh dan hilang. Apabila pulang, aku terlupa rantai tersebut dan ini menyebabkan isteri K bertambah curiga bila lihat rantai tersebut.

Aku faham je, kalau aku pun, aku tak suka. Tapi aku kan naik kereta tu kerana kerja, bukan saja-saja. Kereta aku memang tak boleh masuk ke kawasan site. Lagipun kereta K memang kereta company.

So K beritahu aku yang wife dia curiga dengan kami berdua kerana aku tertinggal rantai dalam kereta. Aku pun cakap ‘Sorry tak sengaja, beritahu la wife awak saya tertinggal rantai tu’. Aku ingat selesailah di situ. Kemudian aku ulangi kesilapan sama.

Oleh kerana kami banyak trip ke site, aku tinggalkan beg yang ada dokumen dan barang-barang kerja di dalam kereta. K pun tahu kerana beg tu berat jadi dia kata tinggal ye la dalam kereta. Cuma dalam beg tersebut aku masukkan juga baju-baju aku.

Tahulah, site projek kan berlecah dan berselut, jadi kadang-kadang selepas pergi site aku salin pakaian, dan memang aku bawa pakaian spare. Wife K dapat tahu bila lihat baju aku dalam beg dan bertambah marah.

K beritahu aku yang wife dia marah bila lihat pakaian aku. Aku mohon maaf banyak-banyak dari K. Aku kata lepas ni aku akan pastikan tak tinggal apa-apa. Aku minta K sampaikan permohonan maaf aku kepada isterinya.

Aku fikirkan semua terhenti di situ tapi tidak. Selepas kerap travelling bersama, kami semakin rapat. Untuk melalui kawasan di site projek, kadang-kadang kami terpaksa lalui titi kayu kecil mengelakkan lopak-lopak air.

Jadi kerap kali aku terpaksa dapatkan bantuan K untuk pegang tangan aku dan bantu aku untuk melepasi titi-titi tersebut.

Mula-mula seperti tidak ada apa-apa perasaan. Sehinggalah satu hari apabila K memegang tangan aku, aku merasa seperti ada satu perasaan yang aku tak boleh jelaskan, seolah-olah aku mempunyai perasaan terhadap K.

Aku cepat-cepat bantah perasaan tersebut dengan memikirkan bahawa K sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Aku pun tidak pernah teringin kepada suami orang.

Wife K bertambah curiga apabila suatu hari aku post gambar di Instagram, gambar makanan dan minuman. Ya kami singgah makan bersama dalam perjalanan pulang.

Aku tidak bermaksud pun untuk dating dengan K. Aku cuma minta K singgah di RnR untuk aku salin pakaian kerana pakaian dan kasut aku terkena kotoran di site projek. Cuma alang-alang dah singgah kami makan di café.

Seperti biasa aku akan snap gambar makanan dan post di Instagram. Dalam gambar tersebut ada dua minuman. Jadi terang-teranglah kantoi dengan wife K yang kami keluar berdua. Padahal aku tak bermaksud pun untuk keluar berdua dengan K. Memang silap aku.

Wife K tidak puas hati dengan apa yang berlaku dan DM aku di Instagram. Aku maklumkan kepadanya yang memang aku yang khilaf dan aku tidak bermaksud pun untuk berdua dengan suaminya dan kami hanya singgah dalam perjalanan pulang.

Wife K minta aku untuk ke site sendiri dan tidak mengikut K. Aku jawab baiklah, aku akan cuba cari kenderaan company yang lain. Malangnya tidak ada, kerana semua kenderaan digunakan.

Oleh kerana kami terpaksa juga ke site, aku dan K terpaksa beralah, pergi bersama dengan tidak memberitahu wife K. Cuma kali ini aku pergi dengan kereta sendiri dan tinggal kereta di luar. Cuma untuk ke dalam aku tumpang kereta K.

Kali ini kami ke site agak lama iaitu 2 hari dan tidur di kabin yang disediakan untuk pekerja kontrak. Oleh kerana kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan air terjun, kami ke sana bersama pekerja-pekerja lain yang tinggal di situ pada sebelah petang.

Dalam perjalanan pulang ke kabin, melalui jalan denai yang agak licin, aku tergelincir dan terjatuh. K yang berada di belakang bantu aku untuk bangun.

Waktu ini, pekerja-pekerja kontrak yang lain sudah pun berada di depan. Sewaktu aku bangun dengan berpaut di lengan K, entah bagaimana ia berlaku, dalam keadaan separa waras, kami berpelukan dan disusuli dengan ciuman.

Selepas beberapa saat, aku jarakkan diri dari K dan terus berjalan di hadapan. Kami hanya diam tidak berkata-kata sehingga sampai di kabin. Apa yang aku dah buat ni? Aku sedar aku dah terperangkap dalam cinta dengan suami orang.

Keesokan pagi aku menumpang K untuk keluar dari site dan menggunakan kereta sendiri untuk pulang. Dalam perjalanan pulang aku buat keputusan untuk healing di Genting Highlands, kerana jaraknya tidaklah berjauhan.

Di sana aku lihat ada beberapa orang juga dari site yang singgah di shopping di situ. Kebanyakan mereka dari company lain yang terlibat dalam projek sama. Sewaktu aku berjalan di deretan kedai, aku terlihat K juga ada di situ. Aku teragak-agak nak tegur atau tidak.

Dalam pada itu, K terlihat aku dan aku pun terpaksa lambai dan senyum. K keluar dari kedai dan kami berjalan bersama. Dia mahu belikan barang untuk anak katanya.

Kali ini aku tak dapat elakkan lagi perasaan aku. Aku rasa K pun sama. Kami berpegangan tangan dan spent time together sampai petang. Aku belikan hadiah necktie untuk K kerana dia belanja makan. Kalaulah wife K tahu apa yang berlaku…

Aku menipu K dengan mengatakan aku harus pulang, walaupun niat asal aku nak tidur di sana. Aku takut kami akan melakukan lebih dari berpegangan tangan jika bermalam di sana. K menghantar aku ke kereta, kami berpelukan sebelum berpisah.

Instinct isteri K amatlah kuat. Perbuatan kami diketahui. Dia dapat tahu yang aku belikan necktie kepada K. Entah K cerita atau ada orang sampaikan. Aku dapat rasakan rumah tangga K bergolak, dan akulah puncanya. Tidak pernah terlintas difikiran aku dari dulu untuk bercinta dengan suami orang.

Wife K DM aku bertanya apa yang berlaku antara aku dan K dan dia minta untuk berjumpa aku. Kami berjumpa berhampiran dengan pejabat company. K tidak ada, yang ada hanya isteri dan anaknya. Wife K tanya jika aku sayangkan K.

Oleh kerana aku jenis yang tak biasa menipu, aku ambil sedikit masa dengan tergagap untuk jawab tidak. Wife K tahu aku menipu dan paksa aku jawab betul-betul. Aku jawab tidak dengan nada perlahan. Dari situ memang dah kantoi yang aku sukakan K.

Wife K beri amaran untuk aku tidak mendekati K lagi, jika tidak dia akan hebahkan kepada semua orang termasuk ibu bapa aku. Sudah tentu aku takut.

Selepas beberapa minggu berfikir, aku buat keputusan untuk cari kerja di tempat lain. Tapi hati aku sangat berat kerana kerja sekarang sudah sesuai dengan aku dan aku memang minat dengan kerja ini. Kenapalah aku tersuka dengan suami orang pula.

Untuk aku tukar department dan stay di company sekarang adalah mustahil. Aku pun tanya bapa aku jika dia tahu ada kerja kosong dalam bidang berkaitan di mana-mana syarikat. Bapa aku bekerja di sektor korporat dan ada ramai kenalan. Aku hantar beberapa resume.

Selang beberapa bulan aku dipanggil interview. Interview tersebut amat meyakinkan kerana mereka nyatakan akan hantar surat tawaran dalam masa dua minggu. Aku pun beritahu K yang aku akan berpindah ke company lain. K terkejut dan rasa bersalah. Kerana dia aku terpaksa berkorban.

K pujuk aku untuk tidak berpindah dan dia akan cuba bertindak professional dan tidak ada hubungan perasaan dengan aku. Aku katakan tak apa, lebih baik aku berpindah kerana aku sendiri pun takut untuk bercinta dengan suami orang.

Buat kali terakhir kami keluar bersama. Oleh kerana ini kali terakhir, aku luahkan perasaan aku kepada K yang memang aku sukakan dia. Aku pegang erat tangan K dan beritahu supaya lepas ini kita jangan berhubung lagi.

Mata K bergenang. K mencium tangan aku dan paksa aku untuk tidak berpindah. K cuba memeluk dan mengucup bibir aku. Aku tolak dengan perlahan dan tinggalkan K dari kereta.

Beberapa hari kemudian, aku terima surat tawaran kerja dari company baru. Malangnya, selepas dihubungi company baru, aku diminta untuk bertugas di pantai timur, beratus kilometer jauh dari di mana aku tinggal sekarang.

Memang aku tahu company ni ada di beberapa tempat cuma aku tak sangka pula kena kerja di tempat yang jauh. Sudahlah aku perempuan, takkan nak pindah jauh2. Apa pula kata parents aku nanti. Jadi aku terpaksa tolak tawaran kerja tersebut dan terus kerja di company sekarang bersama K.

Oleh kerana aku dah pernah luahkan perasaan aku kepada K, hubungan kami memang betul2 seperti pasangan couple, dan aku tak dapat elakkan lagi kerana terpaksa bekerja sekali. Selama beberapa bulan kami sangat mesra. Aku sentiasa rindu untuk berjumpa K setiap hari.

Setiap malam aku tidak sabar untuk kerja keesokan hari, berbual sambil K belai rambut dan pegang tangan aku. Selepas aku reject tawaran kerja tersebut, setakat ini kami sudah check-in di hotel dua kali ketika trip kerja. Cuma iman aku masih kuat dan kami belum terlanjur.

Aku katakan kepada K yang aku belum bersedia ke arah itu. Tapi aku tak pasti sampai bila aku boleh bertahan begini kalau kami asyik berjumpa dan bersama.

Setelah beberapa bulan, aku terima panggilan interview dari company lain. HR company ni memang beritahu yang mereka setuju untuk ambil aku bekerja dan lokasi pun tidak jauh dari tempat aku tinggal. So aku beritahu K yang kali ini memang aku kena pindah. Aku kesiankan isteri dan anak K.

Tapi malangnya surat tawaran yang aku terima tawaran gajinya jauh kurang dari gaji aku sekarang, cuma ada beberapa kelebihan lain.

Jika aku terima, ini akan menjejaskan komitmen perbelanjaan bulanan aku. Dan kurangnya bukan seratus dua, tapi hampir seribu. Company lain yang aku hantar resume masih belum ada maklumbalas.

Sekarang aku dalam dilema, patut atau tidak aku pindah? Aku memang nak pindah tapi tak adil untuk aku kalau gajinya sangat rendah dari gaji aku sekarang. Tapi kalau aku tak pindah, aku tak boleh janji yang aku boleh bersikap profesional dan jauhkan diri dari K.

Sebelum ni pun kami sudah gagal untuk kawal perasaan kami berdua sampai ke tahap yang tak sepatutnya. Selepas ini, kalau terus berjumpa tak tahulah apa yang akan terjadi. Semoga kami dijauhkan dari perkara tersebut.

Jadi pembaca-pembaca semua, apa yang perlu aku lakukan? Tolonglah bagi nasihat yang berguna dan jangan kecam aku. Aku pun tidak tahu yang aku akan terjebak dalam masalah ini.

– Heidi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

25 Comments

    • Nafsu semua tu. Awak sayang dia ikhlas. Dia sayang awak sebab nafsu. Kalau dia ikhlas, dia akan berani bawak awak jumpa isteri dia dan x buat maksiat dengan awak

  1. Daripada Wanita Benci Penyundal kepada Penyundal (Confessor),

    Patut confession boleh dipendekkan kepada, “Saya bercinta dengan laki orang a.k.a Penyundal. Saya tahu saya akan dikecam tapi tolonglah saya buntu!”

    You are a degenerate of a human being. You are exactly what is wrong with this world. Dah menyundal senyap2 sudah. Ni siap buat confession dimana malumu? Dah tentu2 tau salah, dah tentu2 tau akan kena kecam what do you expect?

    Rubbish confession.

  2. Eeeeee geramnya perempuan ni! Berhenti!!!! Tukar kerja sekarang juga! Tak payah nak cari mcm² alasan utk taknak berhenti. Jauhla, gaji rendahla. Yg sebenarnya mmg ko tak nak pindah kan!

    Sampai bila ko boleh bertahan? Tak lama. Syaitan tengah masuk jarum banyak2 dekat ko dgn K supaya BERZINA. takde istilah terlanjur. ZINA. Dosa besar. 100 sebatan atau rejam sampai mati.

    Allah sebut JANGAN HAMPIRI ZINA. Jgn keluar berduaan. Dari keluar berdua, jadi pegang2, peluk², cium² akhirnya zina. Tolonglah! Bertaubatlah. Dosa zina satu, dosa merosakkan rumahtangga org lagi. Hidup ko tak akan tenteram sampai mati.

  3. macam cerita Reddit ataupun watpad je

    but if is true, you ought to be ashamed of yourself. you have no dignity. you have no compassion. you have no conscience

    if you really wanted to end the relationship as you have mentioned many times, you would have accepted the less paying job and adapt your expenses according to the new salary. but no, you chose to reject the offer. and now what?

    do you sleep well at night, dear heidi?

    • Betul lah orang kata menjaga IKHTILAT itu sangat penting. IKHTILAT ni bukan setakat dari segi pergaulan je. Bila kita chat dengan berlawanan jantina pun, ada batasnya juga. Kalau boleh, JANGAN terlalu MESRA sangat bila kita chat dengan berlawanan jantina. Tak perlu nak send apa2 sticker atau emoji yang comel. Chat benda yang penting dan chat bila perlu sahaja. Kalau kita chat dengan sesama jantina, tak ada masalah kalau nak letak sticker/emoji yang comel2. Tapi bila chat dengan yang berlainan jantina ni, tolong lah ELAKKAN send sticker/emoji tu semua. Nampak mesra sangat. Awak mungkin anggap emoji love tu sebagai tanda ucapan terima kasih, tapi bagi K emoji love tu mungkin membawa maksud yang berbeza. Bila dah selalu sangat dapat emoji2 macam tu, hah..mestilah K tu suka kan? Dia akan mula jatuh hati…

      Mungkin orang akan kata kita ni macam dry sangat..tak sporting la apa semua bila chat. Tapi, itu lah caranya kita nak menjaga IKHTILAT bila chat dengan yang berlainan jantina ni. Ramai sangat orang yang terlepas pandang tentang perkara ni. Dari segi pergaulan mungkin mereka jaga, tapi dari segi chat…tak ada batas pun. TERLALU MESRA SANGAT.

      Harap2 kita semua dikurniakan kekuatan untuk menjaga IKHTILAT dari segala aspek.

      Lebih baik awak tukar je tempat kerja baru sebelum semuanya terlambat. Terima je tawaran kerja yang baru tu walaupun gajinya lebih rendah. Percayalah, ALLAH adalah yang mengurniakan rezeki buat kita. Rezeki Allah tu luas bukan setakat duit je. Kesihatan, kecantikan, keluarga bahagia, ada kenderaan, tidur yang cukup, rakan sekerja yang baik, dipermudahkan urusan pun salah satu bentuk rezeki juga. Jadi, fikir- fikirkan lah. Ingat, hidup di dunia ni cuma sementara je. Dunia ni hanya tempat persinggahan dan akhirat adalah tempat yang kekal. Bertaubat lah atas kekhilafan yang awak dah lakukan sebelum ni. Kifarah is real ya. Cepat atau lambat je. Boleh jadi kifarah atas kelakuan kita tu tidak menimpa diri kita sendiri tapi ia akan menimpa orang lain. Boleh jadi keluarga, adik- beradik, kawan atau anak sendiri. Kita tak tahu kan….NauzubillahiminZalik. Semoga dijauhkan….

  4. Bertaubatlah jika benar orang Islam. Lelaki kalau iman dia senipis bawang, memang macam tu. Tak perlu cantik pun, dah disua-sua tiap hari, tergolek lah. Sebab takde orang lain. Kau dan dia je. Setan la duk teman korang. Kau kan, kalau laaa kalau kau kahwin dengan K pun, beranak-pinak, kau rasa tanpa taubat dosa kau, hidup kau aman ke? Tak. Ada kirafah. Ada balasan untuk kau. Hidup kat dunia ni sekejap je. Tengah buat maksiat, kau mati (contohhh) kau rasa? Aku pernah hadap perempuan macam kau dalam rumah tangga aku. Sebijik alasan macam kau bagi- tak berniat, tak bermaksud..tak itu tak ini. Play victim. Org indon cakap – sok suci. Saja nak nampak kau tak bersalah mana. Eh, dah memang kau dan K tu buat salah pun. Aku pun cakap kat perempuan yang menyondol ni nak jumpa parents dia- menangis dia merayu jangan. Tahu malu, takut. Aku simpan semua bukti dia menggatal. Anytime je aku boleh malukan dia. Tapi aku cakap, aku akan simpan aib dia. Aku pun boleh bercerai dengan suami tapi aku cakap kat perempuan tu, sebab aku berjuang jaga maruah,aib suami serta hak anak2 aku, aku bertahan, dan jangan cabar aku. Anak2 aku perlu ayah. Jadi aku bagi chance kat suami. Aku boleh faham keadaan isteri K. So penyondol dan peruntuh rumah tangga orang macam kau, aku nasihat satu je – bertaubat! Pindah la keje! Banyak alasan.

  5. Ni antara ciri2 penyondol.
    Jgn carik nahas.dah tau laki org blah laaaaa.atau kau tahan kan napsu serakah kau tue…jgn kacau lakii org

  6. Kau yg bagi ruang. Sebab tu lama2 jadi macam tu. Bagi emoji heart la mesra la. Tak reti sikap profesional kerja ke. Mula2 lg dah kena letak batas. Reply bila perlu. Emoji tak yah. Tu laki org bukan kawan perempuan

    • Allahu sedih betul baca,umur sebaya anak2 aje ,jauhi dari cari kerja yg kena berdua2an mcm ni..gaji rendah pun xpe la janji ada keberkatan kat situ ,zina ni hutang tahu tak dosanya sampai makbapa pun tak selamat kat alam satu lagi..bunga2 zina dah ada if not mustahil check in hotel..kena sebat 100x dn si lelaki lak rejam sampai mati ya bukn rotan lagi..buat apa lahir kt dunia jika nak masuk neraka?bikin malu kedua ibubapamu itu didik pndai2 macam ni pula hasilnya..perempuan zaman skrg tak kuat iman ya kena istri yg gila send
      sihir ke atau org siram acid kat muka kamu ke baru nyesal dah trlambat sudah..so stop segera ni penyakit cari sendiri ni..

  7. Jalan utk hindar maksiat telah Allah buka, TETAPI manusia tetap mencari alasan agar dia dapat terus bermaksiat.. Pilihan di tangan anda Heidi. Allah beri tmpt kerja jauh, agar dpt dielak maksiat yakni terus putus hubungan, Allah beri gaji kurang sikit, boleh je adjust cara perbelanjaan & kurangkan apa yg xperlu. Jgn terikut lifestyle sgt lah… Namun, alasan demi alasan manusia cipta agar terus dpt bergelumang dgn maksiat. fikir fikirkanlah..

  8. You jaga tak hubungan dengan Allah? Solat 5 waktu ?

    Islam tekankan untuk JAUHI ZINA, maksudnya don’t even start.

    Ini dugaan untuk you, sebenarnya yang paling berat untuk hadap ujian ni adalah you. Sebab ni tanda-tanda istidraj, banyak nikmat yang indah, you rasa you own this world, kerjaya okay, relationship haram ni pun you rasa happy to the extend yang you yakin, it will turns out okay. Itu la istidraj, istidraj ini paling takut sebab seolah2 Allah tak sayang dekat kita.

    Perempuan ini jaga la mahkota yang satu. Anak perempuan I baru 6 tahun tapi saban hari I berdoa Allah lindungi la mereka dari segala kejahatan makhluk akhir zaman, elak’n dari kekejaman dirogol oleh lelaki jahat. Tapi alangkah sedihnya hati seorang ibu yang sedari kecil cuba melindungi tetapi you bila dah besar, ada otak yang jauh lebih pandai untuk berfikir, semudah itu berikan mahkota seorang wanita buat lelaki yang pandang rendah mahkota you.

    I boleh nampak bertapa you tak hormat langsung dengan si isteri, sebegitu juga lelaki tu tak hormat mahkota you yang satu. Dua-dua sama.

    Last pesanan, kalau ada rezeki you jadi seorang isteri, baca balik confession you buat ni & letak diri you dekat tempat si isteri yang berkali-kali bagaikan cuba terbaik minta you hormat keluarga mereka tetapi berkali-kali itu juga you tetap sombong. Ini la istidraj.

  9. aku tak boleh terima part terjatuh, terpeluk, tercium…… tak boleh brain. pindah je lah kak oiii pg pantai timur tu. Banyak sangat alasan nya. Sebab tak nak jauh dgn K kan? Jauhilah zina kak. Benda dosa mmg buat excited

    Pesanan untuk K pulak, kepala otak kau lah K. Kau dah ada isteri & anak dkt rumah tu. Pergi kerja sila bawa otak sekali.

  10. HAHAHA ko sengaja je kan tinggal barang lah baju lah , padahal niat mmg sengaja nak sakitkan hati wife K..perangai sundal mmg gini , dah buat pastu taknak ngaku , acah ko baik la, tak mintak banyak la , tp aku doakan ko kahwin dan kena kifarah sama atau lagi teruk dari apa ko buat ni , ingat tu..

  11. Memang bulan Ogos musim perempuan sundal keluar beramai-ramai minta diludah ke.

    Kau aniaya si bini dengan anak anak dia, kau dengan jantan tuh, layak di sempitkan rezeki, di susahkan pekerjaan, di tambah dosa dosa besar, dimalukan di khalayak ramai, layak tak naik pangkat sampai pencen,

    Lastly, layak kena ludah kat sini juga kat luar alam maya.

  12. Ko kalau aku kenal ko siapa memanh aku tumbok muka ko wakilkan wife si K. Yg K tu pun kena potong punai dulu sebelum kena rejam.

  13. Ko bagi banyak alasan pulak ehh taknak tukar kerja. Kalau nak seribu daya taknak seribu dalih. Alamak play victim pulak ko. Dasar psycho. Ko post sini nak bg tahu wife K yg korang penah check in kan.. Harap wife K dapat tahu cepat lepas baca confession ni & dapat cepat buat report police atas gangguan rumahtangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *