Tak Sesempurna Bayangan

Assalamualaikum, Hi! saya salah seorang pembaca IIUM Confession.

Selalunya saya jadi pembaca dan tukang share artikel saja tapi malam ni tergerak hati nak tulis artikel berkaitan pengalaman sendiri. Cukup kenal saya sebagai E.

Sebelumnya saya seorang ibu yang berkerjaya dan mempunyai dua orang anak, berumur dalam pertengah 30-an.

Saya percaya apa yang bakal saya kongsi ini ramai mak-mak lain diluar sana mengalami apa yang saya alami. Bezanya cara macam mana kita nak atasi.

9 tahun yang lalu saya merupakan seorang executive untuk beberapa kilang popular di utara tanah air.

Kerjaya sebagai exec di sana agak mencabar tapi saya enjoy sebab usia masih muda dan dapat belajar banyak hal baru dalam bidang yang saya ceburi.

Seiring dengan usia yang semakin meningkat dan perubahan dalam kehidupan (baca berkahwin), tuntutan dan kehendak juga turut berubah namun ia bukan satu alasan cuma tanggungjawab dan tumpuan kita juga berubah mengikut keadaan semasa.

Fast foward, bulan Julai 2021 lepas berbincang dengan suami saya buat keputusan untuk berhenti kerja sebab situasi tak mengizinkan.

Berbelah bahagi antara anak dan kerja. Anak sulung saya bakal ke darjah 1 dan urusan persekolahan dia agak rumit jadi saya ambil keputusan untuk berhenti dan bagi tumpuan sepenuhnya pada anak-anak yang sedang membesar.

Suami saya bekerja sendiri jadi jadual dia tak menentu. Jika saya tidak lagi bekerja urusan anak-anak akan jadi lebih mudah sebab kami memang jenis stand alone family. Betul urusan anak-anak semua teratur seperti yang diinginkan.

Jangan salah faham ya masih ada juga ibu-ibu yang bekerja boleh uruskan anak-anak dengan baik.

Cuma dalam hal saya, saya sendiri yang selesa dan bersetuju untuk resign dan jaga anak sebab tak mahu susahkan sesiapa. Tapi itu bukan la isunya disini.

Isunya saya terlalu ambil mudah emosi post-resignation saya. Ingatkan saya dan bersedia dari segi fizikal dan mental tapi lain pulak jadinya.

3 Bulan sebelum resign saya dan siapkan fizikal dan mental, selalu cakap dekat diri sendiri bukan senang jadi housewife sepenuh masa,

Saya juga beli barang-barang yang saya nak dalam wish list sebelum resign konon-kononya lepas ni kena berjimat sebab dah tak ada income bulan-bulan. End up last day saya on Nov 2021. Happily resign ya, hehe.

Start dari situ perjalanan hidup saya sebagai full-time house wife bermula,

Awalnya seronok sebab dapat duduk dengan anak-anak, boleh masak, boleh hantar anak sekolah, boleh masak untuk suami dan semua benda yang saya tak buat dulu saya dapat buat.

Yes, kat sini boleh kata saya ada “Me Time” lepas anak-anak pi sekolah dan suami keluar bekerja.

Saya ada masa lebih sikit boleh tengok shopee, lazada, layan live orang tu orang ni, live orang jual itu jual ini. Kat rumah kan sambil sidai baju pun boleh layan apa… and… jack pot. Kat sini krisis emosi saya bermula.

Bila ada masa atau tertengok live, tersuka, terbeli dan banyak la ter.. ter.. Saya tu. Masa awal-awal saving masih ada dan saya tak loket nak membeli sedangkan saya terlupa yang saya dah takda pendapatan sekarang.

Nama pun wanita ada 9 nafsu dan 1 akal. walau tudung dah ada 1 almari masih di bilang takda tudung nak pakai. hehe..

Dulu time kerja tak dapat nak layan semua ni. Kalau masa yang ada pun boleh scroll socmed saja, baca berita sikit lepastu sambung buat kerja. Balik rumah busy nak tengok anak-anak, kemas rumah, masak and macam-macam penat and tidur.

Memang tak sempat nak tengok live panjang2 sampai sejam dua.. Nak layan live dekat ofis memang kena hamuk la dengan bos nanti. Jadi bila kat rumah rasa free and enjoy dengan time sendiri.

Dulu saya tak pandai membeli dekat shoppee dan lazada tapi bila ada banyak masa banyak pulak benda nak dibeli.

Masa berjalan laju masuk 3 bulan jadi full time mom saya rasa stress sebab tak boleh barang-barang yang saya nak lagi sebab saving dah makin susut.

Memang keinginan nak membeli tu kuat sangat2. Yelah masa kerja dulu apa nak at any time pun boleh beli kalau shopping bukan2 pun tak kesah sebab duit sendiri. habis hujung bulan masuk lagi, hehe.

Tapi sekarang nak apa kena tahan dulu..kena bertahan guna kuasa yang paling maksimum lagi tapi kadang2 tertewas jugak sebabnya time tu la muka naik jerawat banyak, itu rosak, ini rosak,

Kasut koyak, beg putus, tengok mangkuk tu cantik, periuk tu bagus, dan yang paling tak menahan tiba-tiba dah tak kerja boleh pulak jadi peminat emas, masa berduit tak minat pulak.. aduhh eh banyak pulak kisahnya.

Dulu masa kerja pakai aja la apa yang ada janji boleh masak and makan. Jujur suami mampu bagi kalau saya mintak duit nak guna tapi saya sendiri rasa tak sampai hati nak guna duit dia untuk beli apa kemahuan saya.

Kadang2 rasa nak gamble ja mintak yela duit suami duit kita juga kan.. hehe tapi tiap kali tengok suami balik keja letih hajat tu sampai dekat anak tekak je tak mampu nak luahh dengan kata-kata sudahnya beli guna duit saving sendiri.

Mesti ada mak-mak yang faham perasaan saya ni. Teringat sorang member saya ini yang awal lagi lalui krisis emosi ini, bila dia bercerita dekat saya nak beli itu tak boleh, nak beli ini kena hold dulu jawapan saya mudah “alah..apa susah mintak la dekat laki hang”,

Tapi masa tu dia ia kan saja mungkin dia dah tau itu yang saya akan cakap. Nah.. Sekarang ayat makan tuan..Rupa-rupanya hal ni berat ya mak-mak.

Kita dah biasa berduit untuk jangka masa panjang dan tiba-tiba kita terpaksa tukar gaya hidup dalam keadaan terkejut asbab keputusan kita sendiri dan ia bukan sesuatu yang mudah.

Kalau tak kena gaya mau meroyan jadinya sebab saya sendiri sampai terkena anxiety.

Kat sini bukan nak cakap saya menyesal berenti kerja malah saya rasa lebih seronok bila attach dengan suami dan anak-anak full time.

Cuma saya kadangkala saya gagal mengawal kehendak diri dan emosi saya. Pernah suami tanya kenapa stress? U kan dah tak kerja. Saya cuma mampu senyum saja.

Bukan tak nak berkongsi dengan suami tapi saya dah tahu jawapan dia dan saya tak menafikan itu cuma kehendak diri semata-mata.

Walau berapa banyak list kehendak mahupun keperluan yang saya buat dan asingkan saya masih rasa saya patut beli itu atau ini ikut keperluan semasa saya,

Atau dengan erti kata lain saya perlu jana income sampingan untuk tampung ‘penyakit’ ni. Saya tak pasti saya masih lagi berperang dengan emosi dan tercari-cari cara yang sesuai untuk atasi masalah ni.

Untuk sementara saya bertahan dengan nasihat dan kata-kata semangat kawan-kawan yang dah lalui sebelum saya.

Apa yang saya boleh pesan dekat sini jangan ambil mudah untuk hal-hal yang tak pernah kita lalui, jangan cakap untuk benda yang kita belum pernah rasa, sekadar bayangan saja tak mencukupi. Nanti akhirnya akan makan diri sendiri.

Mak yang berkerja pun hebat sebab dia boleh buat 2 benda dalam 1 masa, mak yang sentiasa di rumah juga hebat sebab mampu buat kerja rumah dari pagi bangun sampai malam non stop.

Mak orang yang paling lewat tidur dan yang paling awal bangun. Bagi saya yang merasai kedua-dua pengalaman ini memang kagum dengan semua wanita yang ada dekat muka bumi ini. Tahniah Anda Semua hebat..!!

Hingga saat saya menulis ni saya masih berjuang dengan krisis emosi ni dan berharap ada titik penyembuhan kelak, saya tak pasti kalau ini satu penyakit psikologi tapi apa pun,

Tolong doakan saya ya yang masih berjuang menetang emosi yang bukan-bukan ni.. Terima kasih sudi baca luahan saya. See u again :)

– E.K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *