Assalamualaikum semua. Nama aku Melati. Doktor Melati. Berumur 32, berkahwin dengan engineer 37 tahun. Alhamdulillah kami punya sepasang anak, Kakak 7 tahun dan Adik 3 tahun.
Tugas aku sebagai doktor yang sibuk dengan oncall, membuatkan aku tinggal bersama dengan ibu bapaku. Suami pula bekerja di negeri lain. Balik hujung minggu.
Kami berkahwin atas dasar suka sama suka, sewaktu aku masih lagi belajar perubatan. Ketika itu, aku merasakan “takpelah kahwin muda, mudah semua serba serbi”. Parents aku dan parents suami pun tiada halangan.
Alhamdulillah, kerana kami berdua masing-masing anak sulung, maka perkahwinan kami disambut meriah.
Awalnya aku tak faham apa itu red flag dalam hubungan dengan keluarga suami. Rupanya, bermula sebelum kami berkahwin lagi.
Waktu tu, pertama kali aku melawat keluarga suami aku, Amri. Adiknya 3 semua perempuan, mama dia surirumah dan abahnya Pengarah di sebuah syarikat besar.
Not bad lah background famili dia. Masa berbual tu, ada perkara lucu yang buatkan aku ketawa besar! Terus mama dia tegur aku, “Aunty kan, kalau anak perempuan aunty gelak2 besar macam ni datang rumah orang, aunty tegur tau!”
Merah padam muka aku, tapi sebab masa tu aku nak cover malu, aku cakap je kelakar sangat! Jadi tergelak besar. Hmm. Malu weh kena direct tegur macam tu. Tapi takpelah. First time kan?
Nak jadikan ceritanya, lepas kami berkahwin, jarak antara majlis aku dan majlis di rumah Amri beza masa selang sebulan. Maka, aku pun tinggallah di rumah mertua sementara tunggu majlis kami.
Oh ya, since kami bernikah awal, Amri pun tiada rumah lagi dan tinggal bersama famili dia. Aku masa tu berserah je untuk sehidup semati susah senang bersama. Cinta kan buta?
Persiapan majlis kahwin di sebelah Amri disediakan oleh parents Amri, kecuali kad kahwin, yang mana aku tempah siap2 sama dengan kad kahwin sebelah aku.
Masa mama dia dapat kad tu, mama dia cakap, “Eh kalau kad macam ni nak bagi kat kawan2 abah mama, malu lah orang tengok. Takde cover ke envelope ke? Lipat2 ke? Simple betul! ” Aku kecil hati, sebab kad kahwin tu aku yang buat, modal pun dari aku yang student ni, bukan Amri!
Takpelah, aku pujuk hati, ni mungkinlah yang dinamakan adaptasi dalam berumah tangga dengan keluarga mertua. Aku pun terima je. Beberapa bulan lepas tu, aku mengandung anak sulung kami.
Kan kami tinggal di rumah mertua aku, kan? Aku memang mashaAllah malas sangat. Tak larat nak makan, tak larat nak melipat baju, tak larat nak diri lama. Mungkin sebab anak sulung, aku tak dapat adapt dengan situasi perubahan hormon mengandung tu.
Mertua aku pulak ada macam-macam aktiviti surau, komuniti. Maka, selalunya Amri akan belikan aku makan sarapan untuk aku makan lunch sekali. Dan pernah sampai ketika tu, aku makan nasi lemak basi sebab satu hari takde apa nak makan dan aku lemah sangat.
Zaman tu, takde lagi foodpanda grab ni. Aku call mak aku, nangis2 nak balik sebab aku rasa aku diabaikan dalam keadaan mengandung, Tak ada kereta moto nak keluar beli makan.
Amri masa tu serba salah. Dia tersepit, nak jaga aku tapi nak stay dengan orang tua dia. Anak lelaki tunggal, anak sulung Amri ni.
Pernah jugak aku lambat sidai baju, masa tu weekend, aku dengan Amri keluar beli barang dapur.
Tiba-tiba dapat whatsapp : Gambar baju kena bakar kat laman rumah. Caption : “Lain kali kalau reti membasuh harap orang lain nak sidai, jangan basuh.” Sumpah aku macam weh????? Kalau marah, jangan sampai merosakkan harta benda.
Lama-kelamaan kami buat keputusan untuk pindah keluar. Duduklah kami di apartment murah kat Puncak Alam.
Masa tu, hari-hari aku masak, bawakkan bekal untuk Amri pergi kerja jugak. Gaji dia RM2500 masa tu. Terfikir jugak aku ni sementara tunggu graduate, nak kerja. Tapi sebab perut dah boyot, siapa pulak nak ambil aku kerja?
Apapun, Amri alhamdulillah bagi nafkah RM250 untuk aku sebulan. Ok la kan? Parents aku pun sangat supportive bagi rm300 bulanan bantu aku hidup.
Beberapa bulan berlalu, tibalah waktu kelahiran Kakak. Aku dah pun berada di rumah parents aku. Masa tu, Amri punyai kereta Kelisa abahnya untuk dibawa kerja. Aku pun tak ada harta apa.
Masa aku berpantang, hari ke 3, parents Amri kata nak melawat aku dan Kakak. Aku bagitau kat mak aku, besan mak nak datang esok. Lepas zohor. Maka, mak aku pun beriyalah order makanan sedap2 sebab besan nak datang melawat cucu sulung.
Hari yang dinantikan, Zohor masuk Asar, Asar dah masuk senja. Salam masuk rumah pukul 7 malam.
So korang boleh bayangkan tak, berapa lama aku tahan dengar mak aku berleter bila besan nak sampai sepanjang hari tu? Alasan adik bongsu Amri lambat siap, jalan jem, cari hadiah??? Tak masuk akal betul.
Paling best, hadiah aku dapat sejambak bunga sempena melahirkan cucu sulung. Situasi masa tu so depressing. Aku nangis lepas mertua balik. Aku tanya Amri, bunga untuk apa ya? Orang baru lepas bersalin, dah la kita tunggu seharian kat rumah. Bunga untuk apa?
Amri jawab, “Kan selalu orang sakit dapat bunga, buah. Tu yang mama abah belikan untuk awak”.
Aku ketap bibir, sakit hati. Sumpah aku berbulu mata tengok sejambak bunga pada senjakala. Siap ucapan “terima kasih lahirkan cucu sulung kami.” Sumpah otak aku berbisik setan aku ni cuma kilang lahirkan anak je.
Beberapa minggu lepas tu, Amri ajak aku ke rumah parents dia. Saja bawa Kakak melawat atuk nenek sana. Masa tu Kakak 46 hari. Aku menyusukan badan. 3 hari kat rumah mertua, mama cakap, “Melati kalau nak beli barang, berjalan, keluar jelah. Mama boleh jaga Kakak.”
Aku masa tu ibarat pucuk dicita ulam mendatang, tergedik-gedik nak keluar rumah sebab lama gila aku berpantang tak jumpa dunia.
Sebelum keluar, aku dah siap marmet susu, risau kot Kakak lapar ke haus ke meragam ke at least ada standby susu. Aku pesan dah kat mama, nanti ambil je susu dalam peti sejuk tu, letak dalam air suam sekejap. Pastu leh bagi Kakak.
Aku keluar dalam sejam. Jalan-jalan sambil shopping kat Tesco masa tu. Balik tu, aku tengok Kakak minum air kosong!!!!! Aku terus campak beg shopping, dan refleks aku “Kenapa bagi Kakak air kosong???” Nada tertinggi sikit.
Korang faham kan mak-mak meroyan macam mana? Aku terus ambil Kakak dan bawa naik atas.
Amri pun naik atas pujuk aku, cakap mama terlupa susu dalam peti, tak mati pun kalau minum air kosong. Astagaa. Petang tu aku meroyan tak nak makan, aku peluk je Kakak. Takut nak tinggal kakak lagi.
Malam tu dalam lepas maghrib macam tu Amri pujuk aku, beritahu abah dan mamanya nak jumpa kat bawah. Aku cakap taknak, berkeras nak balik esok pagi. Amri pujuk juga dan aku pun turun.
Tengok kat ruang tamu, semua adik ipar 3 orang tu ada bersama abah mama.
Masa tu jugaklah abah dia bersuara, “Dalam rumah ni, tak pernah anak-anak tinggi suara dengan abah apatah lagi mama. Esok korang semua dah kawen, dah ada mertua jangan bawa perangai macam Kak Melati ni ke rumah mertua korang”.
F2ck3d! Nak tak nak, aku minta maaf depan semua adik beradik dan parents Amri. Tuhan je tahu betapa malangnya nasib aku dimalukan macam tu.
Malam tu aku maki Amri, aku cakap “Famili awak ni bodoh ke? Air kosong boleh sebabkan baby kita mati. Awak ni kawen dengan doktor awak tau tak?” Amri boleh pulak jawab “Saya ok je. Takde mati pun. Hidup lagi.”
“Sebab tu awak bodoh. Tak mati tapi bodoh!”
Masa ni aku dah terasa tak lama dah jodoh aku ni. Dengan toksik, ego macam ni. Betul-betul redflag. Tapi Amri pujuk aku bersabar. Dia minta maaf dan pujuk aku. Esoknya kami balik ke rumah mak aku.
Fast forward, aku graduate dan buat housemanship di Melaka, di area kampung aku. Zup zap cukup dua tahun aku buat houseman, alhamdulillah.
Ada lah macam-macam ragam dan pe’el Amri dan famili dia yang aku pejamkan mata semata-mata nak habiskan HO aku tu. Kalau aku layan drama gila diorang, rasanya HO aku jadi 3-4 tahun. So aku tak ingat apa event besar atau gaduh ke dalam masa dua tahun tu.
Diam tak diam, kami masih PJJ, dah 4 tahun PJJ. Antara request yang Amri minta ialah, untuk aku pindah ke KL, kembali duduk sekali dengan dia. Aku setuju, aku cakap MO nanti aku ikut dia ke KL. Tapi masa tu, Amri tak ada rumah lagi. Masih menetap dengan parents dia.
Aku terfikir yang PJJ ni je solution terbaik. Low living cost, and parents aku boleh bantu tengokkan Kakak bila aku oncall. Kakak pun mak aku bela sejak dari dalam hari lagi. So takde masalah nak hadap kerenah Kakak.
Tapi pada pandangan Amri, aku mungkir janji. Masa MO tu, zaman COVID. Rezeki Allah, aku ni frontliner di hospital, dekat rumah pun berjuang habis-habisan.
Maka, Dr Melati juga mendapat baby COVID! Alhamdulillah hahaha. Cuma bila jadi junior doktor di zaman COVID, penatnya lain macam.
Jadinya aku ambil keputusan untuk berhenti KKM dan bekerja di klinik lain, somewhere in Melaka juga, cuma daerah berbeza. Amri setuju je masa aku cakap aku nak berhenti KKM dan kerja klinik lain. Tapi dalam diam Amri marah rupanya. Sebab aku tak ikut ke KL duduk dengan dia.
Maka dengan itu aku ambil keputusan untuk pindah keluar dari rumah parents aku dan kerja di klinik yang berlainan daerah dengan parents aku.
Kat sini aku dah pun buat keputusan besar dengan meninggalkan organisasi kerja yang stabil dan ambil cabaran untuk berdikari dengan hidup menyewa di satu daerah asing, sendiri, dengan anak-anak!
Amri ni kerja dia sangat fleksible. Tak tentu waktu. Bila-bila masa boleh masuk pejabat, kadang ke luar negeri, keluar negara pun pernah! Engineer kan?
Aku terfikir kalau aku kerja kat KL, dengan famili mertua yang toksik, mampu tak aku survive kalau sorang diri tanpa dia in case aku kena oncall atau locum?
Amri basically nak aku kerja klinik waktu pejabat, walhal, kalau waktu pejabat pun, tetap ada pasif oncall, ada rotation yang kami doktor-doktor ni kena buat.
Aku pulak, dah jadi leader kat klinik aku ni. Banyak pergi meeting, banyak jumpa orang. Ada program kesihatan semua yang memerlukan aku untuk bergerak keluar pejabat juga. Kadang-kadang perlu balik lewat dan hadiri program hujung minggu.
Actually ada banyak lagi benda aku nak cerita. Tadi aku dah cerita kisah aku berpantang masa lahirkan Kakak kan? Nanti aku nak cerita kisah aku berpantang lahirkan Adik pulak. Tapi risau jugak kalau aku cerita panjang lebar nanti syok sendiri.
Boleh ke aku buat cerita Dr Melati Part II? Ni nak balik kerja pulak. Apa pun, aku nak move on dari kehidupan aku. Doakan aku kuat guys. Separuh mental dah ni. Hari-hari aku rasa nak lenyapkan diri.
– Dr Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dr Melati, hidup ini terlalu singkat… carilah kebahagiaan anda dan kekuatan utk anak2… insya-Allah
kate engineer tak kan duk umh mak ayah ag kot…teroknya perangai laki tu….
Umo 37 nk masuk 40 masih engineer ke? Tak naik lansung? Tak perform la tu.
pls sambung lagi sis….
Engineer RM250 je? Cari la kebahgiaan yang betul, sangat2 berbahaya hidup dengan laki begini sis
Stay strong Dr. Melati.
Hi melati . Harap awak post bahagian 2. Saya suka tgk awak bercerita. Jangan putus semangat. Jangan paksa diri kalau boleh. Awak sgt berpotensi utk maju demi diri sendiri dan anak2.