Tak Setanding Melati II

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman. Bagi yang terlepas episod pertama ni linknya, https://iiumc.com/tak-setanding-melati/

Terima kasih semua yang memberi komen positif, membina, dan kepada yang menyelar tindakan aku bercerita di sini, pun terima kasih. Aku terima dengan hati terbuka pandangan semua orang.

Aku ceritakan pekerjaan aku untuk kalian faham personaliti dan latar belakang aku. Aku dibentuk untuk jadi seorang yang tegas, telus dan kuat. Tak boleh cengeng kalau kena marah, bila salah, kena tegas betulkan secepatnya.

Kerja dalam bidang perubatan membentuk jati diri dan peribadi aku sebegitu. Tak boleh lama rasa kecewa, kena cepat cepat move on kalau buat silap.

Kawan sekerja kata aku kata “soft hearted malignant MO”. Benda dah betul, tak susah pun nak tolerate. Cuma perkara salah kita takde kompromi. Kerja kita main nyawa orang beb.

Menjawab persoalan dan komen kalian, bunga sebagai hadiah bersalin, buat mertua, ketahuilah waktu berpantang ni memang perasaan ibu muda sangat fragile. Tolonglah jaga perasaan dan masa anak menantu anda.

Aku baca semua komen, tapi takde siapa pun sentuh pasal larangan nabi untuk keluar rumah waktu senja. Ada jin nama Ummul Sibyan. Google sendiri ok.

Walaupun aku ni doktor, tapi aku percaya ada jin setan waktu senja maghrib akan ikut masuk rumah dan baby ni makhluk yang sangat takde hijab.

Sebab tu mak aku bising kenapa nak melawat time2 maghrib sedangkan janji waktu Zohor. Pulak tu bawa bunga. Bawalah buah ke, pati ayam ke, pampers ke, hadiah baby ke. Yang ada function. Praktikaliti tu mesti ada. Bunga, dah kering, buang. Maybe orang kaya memang celebrate macam ni. Keyword : Practicality. Wallahualam.

Ok. Ada satu peristiwa, sebelum kelahiran Kakak, aku pergi shopping barang baby. Alhamdulillah so far kandungan Kakak ni sangat sihat, takde satu komplikasi pun. Kami pergi scan jantina baby.

Excited sangat bila dapat tau anak sulung kami perempuan. Aku pun berangan lah, beli la baju baby girl. Masa tu dah 7 bulan pregnant. Tapi Amri tak nampak happy pulak.

Aku tanya, awak tak suka baby girl ke? Awk nak baby boy anak sulung ye?

“Bukan. Saya happy je as long as baby sihat. Tapi saya taknak awak excited sangat. Kalau baby kita tak lahir macam mana? Saya ada saudara yang baby dia meninggal masa dalam kelahiran.”

YA ALLAHHHHHH!!

Spesis joykiller ni memang wujud. Sampai ke tahap 7 bulan pun rasa baby ni tak lahir ke? Aku pujuk hati… Bukan la tak percaya qada’ qadar tapi yakinlah kalau kita berusaha berdoa selalu Allah akan menjaga kandungan ni inshaaallah sihat baby lahir nanti.

Aku faham Amri ni sayang aku, tapi kenapa cara dia sayang aku ni pelik ya? Kenapa nak fikir worst case scenario berbanding best events? Takpe lah. Aku telan je lah. Mungkin itu cara dia berfikir elak aku terlalu gembira nanti nangis kemudian hari. So lepas kejadian tu, aku tak beli barang baby lagi. Terbantut rasa excited nak beranak.

Bila Kakak lahir, parents aku cakap, Melati, rasanya dah kena upgrade kereta. Kelisa tak sesuai nak bawa budak berjalan jauh. Kang nak melawat atok nenek sebelah sana. Kesian Kakak.

Aku bagitau Amri, betul jugak. Nanti nak letak stroller, beg baby, beg kita, boot kecik, safety la apa. Kena upgrade. Tapi Amri cakap tunggu dulu. Takde duit lagi, walhal Amri dah pun kerja 3 tahun dah masa tu.

Jadi aku pun beli je la kereta pakai zero downpayment pakej tu untuk beli Persona. Sesuai la untuk famili sebab boot dia besar. Haha. Lagi pun aku nak masuk kerja as HO mesti nak guna kereta juga.

Eh dua bulan lepas aku beli kereta, tiberrrrr Amri pun beli jugak! Saga. Adui. Aku macam eh, kenapa ya tambah komitmen serentak? Kenapa beli sedan jugak? Kenapa tak beli masa aku minta dia beli kereta aritu?

Kalau kata nak tangguh, cakap la tunggu dua bulan lagi ke apa. Pening gila aku nak selesaikan persoalan ni. Boleh pulak dia beli kereta secepat tu. Aritu kata takde duit. Hmmm.

Then, aku masuk HO. HO takde cerita sangat sebab busy yang amat. Jadi drama2 swasta dari famili Amri aku tak amek port. Kerja 6 hari seminggu, kadang 7 hari seminggu termasuk postcall.

Terus terang cakap aku balik rumah memang terbongkang tidur je. Aku tengok anak aku pakai whatsapp je sebab waktu pergi dan balik kerja memang Kakak tengah tidur.

Weekdays, ibu ayah yang jaga Kakak, weekend baru Amri take over. Bukan nak cakap apa, inilah pengorbanan mak ayah suami dan anak2 untuk nak ada doktor dalam family.

Alhamdulillah dia memang ayah yang baik untuk anak² aku. Kali ni aku puji Amri. Dari mandi tukar pampers, sampai masak bubur suap makan dia sabar layan. Even weekend pun dia buatkan susu Kakak waktu malam.

Masa HO susu aku kering la weh. Tak sempat nak pam, stress penat kerja. Jadi memang terpaksa tukar susu tepung seawal 6 bulan. Aku tabik spring kesabaran Amri melayan anak kecil kami.

Sejujurnya, masa aku HO, memang tak rupa isteri orang sebab aku sejenis komited dan sangat dedikasi terhadap kerja yang aku buat. Aku akui aku silap kat sini sebab letak fokus penuh pada latihan HO. Tapi kalau tak pass HO, aku takde lesen nak kerja. Hmmmm. Dilema gila.

Aku habis HO on time dan lantik naik MO pada tahun 2019, jadi aku beli rumah kat Melaka ni. Sebab aku fikir, sampai bila nak menempel dengan mak ayah aku, dah ada anak, kena manage rumah sendiri. Berbeza Amri. Masih duduk rumah parents lagi. Masa ni kami dah 5 tahun berkahwin dan masih PJJ.

Alasan Amri, dia belum mampu beli rumah sebab kat KL RM2500 gaji nak makan ape. Aku pun ok je lah, dah terbiasa urus diri sendiri dan Kakak dengan rutin kami berdua di sini. Perenggan seterusnya aku nak main sentimen gaji. Netizen tolong bersabar jap.

Wahai netizen sarjana budiman, aku bukan merendahkan suami aku, aku nak korang faham, engineer yang kerja dengan private company, basic kecil gila. Takde komisyen, walaupun projek mega ke, over the sea pun, takde dapat apa percent pun sebab diorang worker je. Makan gaji.

Bukan aku tak minta dia lompat company, tapi 5 tahun dia kerja kat company tu, dia comfort gila. Masuk suka hati, balik suka hati yang buatkan dia tak nak cari kerja company lain. Comfort zone, regardless gaji RM2500 naik sikit jadi RM2800 kot masa tu.

Lepas dua tahun HO, gaji aku dah cecah RM6k, duduk Melaka hulu ni muai la untuk aku dengan kakak. Amri masih beri aku RM250 sebulan, sebab dah ada anak, dia add on RM250 lagi untuk Kakak.

Dah 4 tahun kahwin, aku nak progress dalam perkahwinan. Jadi bila aku beli rumah, Amri tercabar. Aku beli Feb 2019, boleh pulak dia beli rumah Nov 2019. So maksudnya? Boleh la kan? Selama ni dia yang tak nak beli rumah walau apartment Selangorku pun. Haihhh.

Faham tak aku menggeram dan menggetus dalam hati, kenapalah dia boleh beli rumah lepas aku beli rumah? Terus aku teringat kejadian masa beli kereta. Suka betul dia nak menambah komitmen serentak. Tak ke bengong?

Hmm takpelah. Bila dah ada rumah sendiri, aku keluar dari rumah parents aku. Tup tup jugak masa tu COVID. Masa tu engineer tak kerja kan, jadi tugas dia jaga famili aka househusband. Aku pulak masa tu dah start burnout kerja di KKM, terus aku ambil keputusan untuk berhenti KKM dan kerja di klinik lain.

Berbekalkan sikap Amri yang aku tengok boleh harap dalam menguruskan rumah tangga, aku terlupa trauma aku dimalukan depan adik2 Amri masa berpantangkan Kakak 4 tahun yang lepas. Tu yang sangkut COVID babyboy, Adik. Alhamdulillah, sepasang dah anak aku.

Ok, kali ni mertua hantar bouquet buah. Alhamdulillah hihihi belajar dari pengalaman lama kot. Masa kelahiran Adik ni, mereka takleh melawat sebab takleh merentas negeri.

Waktu berpantang tu Amri yang jaga. Kesian betul aku tengok dia pagi petang siang malam jaga aku. Alah, korang pun mesti terharu jugak kan laki korang sayang korang sangat lepas korang beranakkan anak dia. Hihihi.

Jadi untuk ambil hati Amri, aku hadiahkan dia jam tangan yang agak mahal la untuk dia sebab aku tengok jam dia kokak dah.

Aku? Takpe lah aku takdapat apa pun hadiah sebab pada ketika tu, aku faham kondisi dan kedudukan kewangan Amri. Aku terharu dengan kebaikan Amri. Terharu dia jaga aku sebab kali ni aku beranak czer. Sakit dia lagi sakit dari beranak normal.

Sehinggalah 1 malam, aku terjaga susukan Adik. Aku nampak dia tertidur dengan phone kat tangan. Aku baca text dia. Laaaa dia layan WeChat weh. Main mesej geli geli.

Masa tu aku marah, rasa dikhianati. Tapi aku pujuk hati, sebab aku tengah pantang kot dia ni taktahan. Tapi kalau dia nak, nak cakap je la aku boleh buat benda lain untuk legakan dia. Sakit hati weh. Kita jaga emosi dia, dah bagi hadiah semua. Dia sedap layan perempuan lain. Terus aku rasa nak ungkit. Esoknya aku confront dia. Saya cuma nak keras je takde keluar apa². Wadafuk.

Aku tak nak gaduh, takut susu takde. Tapi kesilapan terbesar aku ialah aku diamkan masalah ni sebab taknak gaduh kecoh2. Berbekalkan pengetahuan perubatan aku, aku make up s3x masa tu baru 8 minggu lepas bersalin. Tolong jangan kecam. Masa tu aku fikir, aku tak nak laki aku buat dosa kalau aku boleh buat pahala. Bila fikir balik, bodoh juga aku ni. Hmmmm.

Fast forward, kami pergi umrah satu famili lepas border antarabangsa dibuka. Oh kali ni sebab aku memang niat nak keluarkan duit iLestari iCitra KWSP tu untuk buat umrah. Kat Mekah aku doa sungguh-sungguh untuk aku dapat bahagia yang terbaik dunia dan akhirat. Selfish sikit doa ni. Sebab aku rasa aku berhak bahagia.

Masa ni akhir tahun 2022. 7 tahun dah kami berkahwin. Aku mula rasa penat semua benda Amri nak berkira. Kena bahagi dua. Sedangkan aku perlukan suami yang qawwam dan melindungi, yang berfikiran jauh dan matang, yang mampu jaga maruah aku esok hari.

Kalau saya kaya, saya tak berkira. Itu jawapan Amri. Bila aku minta dia pindah ke Melaka, dia taknak. Isteri kena ikut suami. Nanti orang kata saya kena queen control.

YA ALLAHHHHH!

Gaji aku 6k kat melaka, hidup mewah. Kat KL 6K sesak tak jumpa matahari nak hidup. Sampai bila nak risau nanti apa orang kata? Dari buat kad kahwin sampai dah beranak dua! Letih.

Selesai umrah, bulan Feb 2023 abah Amri ajak famili day di Terengganu. Aku tak setuju, sebab Feb tu monsoon lagi. Bahaya. Tapi aku kena kecam weh dengan adik ipar aku weh. Hai… Ingatkan lepas kerja klinik, lagi senang nak apply cuti. Asik keje je.

Aku diam je. Geram. Ingat aku kerja pentabiran ke? Aku kerja bahagian servis. Kerja kena hadir. Nak assess pesakit. Bukan boleh buat kerja remote. Hmmm. Amri pujuk aku, katanya kalau vacation famili aku, dia follow je kenapa vacation famili Amri aku keberatan nak sertai?

Ya Allah…. Modal balik umrah pun tak kumpul lagi, nak pergi vacation pulak. Kalau nak support 100% xpe. Ni modal sendiri. Aku memang taknak la join. Vacation family aku, memang parents aku tuang minyak book hotel.

Kat sini dah jelas beza nilai kekeluargaan. Parents aku ada provider minds, manakala parents Amri pula membentuk if you want, you work for it. Tapi dah gaya takde duit, kena buat gaya takde duit. Isunya bukan sebab saya tak join famili awak, tapi takde duit.

So aku biarkan anak² dengan Amri ke Terengganu tu. Aku bekalkan RM300 buat jajan diorang. Oh mind you guys, Amri masih bagi RM750 pada aku as nafkah (RM250/head). Sekali betul tekaan aku. Memang bot tergendala. Takde perjalanan ke pulau sebab hujan monsoon laut bergelora.

Jadi famili Amri tukar plan bercuti ke Pangkor! Yang ejen Terengganu pulak tak bagi refund, tapi boleh tukar tarikh ke Jun. Amri setuju pulak tu.

Weh, sumpah aku bukan cop duit. Amri tak ukur baju di badan sendiri. Kalau dah vacation 2-3 bulan sekali, tu bukan healing, tu bukan family day. Tu namanya jalan makan angin lepas pencen. Kita ni punyalah kerja bagai nak rak. Memikir mana nak cari duit.

Macam macam odd jobs aku buat, dari jual mamasab ke amway. Jadi runner, buat coaching untuk team diet kurus. Amri? Alasannya doktor memang senang buat duit, orang percaya sebab title Dr. Hmmm. Geram aku. Dah tu kau?

Akhirnya aku ambil keputusan untuk rujuk kes nafkah ni kaunseling. Atas aduan tanggungjawab nafkah, tidak sekufu dalam pengurusan hidup dan pemikiran serta campur tangan mertua dan ipar.

Sorry sempat tulis sampai sini. Nanti aku cerita apa reaksi famili Amri lepas aku mengadu pada pejabat agama.

InshaAllah, doakan aku kuat. Aku nangis laju laju sebab sayang pada perkahwinan yang aku bina atas dasar cinta, tapi aku tak sanggup makan hati seumur hidup.

– Dr Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Saya setuju dengan pendapat Melati, utk suami berpindah kerja di Melaka hulu sb lower living cost. Banyak je post engineer di melaka ni sb bny industrial zone.
    Yg saya kesalkan, kena Amri mcm nak bersaing dgn melati dlm soal beli kereta & rumah. Eeermmm….wierd man…dgn isteri sendiri pun jeles…

  2. Semoga dipermudahkn segala urusan Dr. Melati…sesungguhnya seumur hidup tu tempoh tu yang sangat lama untuk terus makan hati.

  3. geram betul ye dengan Amri ni, nak menyenang hidup sendiri je, pada saya lah kan, kalau mentua dengan ipar duai buat hal dengan kita, suami lah kena bela kita and jadi wiseman, ini x, macam xde function as suami je.

  4. amri ni perangai dia ego tinggi, takleh tengok bini lebih. bini beli kereta baru ko beli jugak, dia beli rumah, tiber ko pon dandan mampu beli rumah. menanti part 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *