Assalamualaikum… Aku Leya bukan nama sebenar…
Disclaimer: Maaf tak tahu nak letak tajuk apa…
Confession aku ni base on real story yang pernah terjadi dalam hidup aku… But mungkin ada yang aku kurang ingat dan info yang aku tukar atas reasons tertentu…
Dan maaf kalau ayat aku tak sedap dibaca sebab tak pandai nak mengarang…
Aku dapat kerja sebagai salesperson dekat 1 company wholesale…
Tak lama lepas aku masuk, ada sorang staff baru masuk juga tapi dia handle bahagian corporate sales dan hypermarket…
Aku namakan dia sebagai Ralph lah ya, bukan nama sebenar.. Ralph ni foreigner dari satu country nak dekat middle east sana…
Fair skin and hidung mancung.. Umur dalam 38 tak silap aku… Aku masa tu dalam 23 tahun..
Walau sama dalam team sales, kitorang memang tak bercakap sebab dia ni macam kerek sikit dan pendiam..
Nak tengok dia senyum pun susah and dia macam muka orang yang stress… Muka tak happy setiap masa..
Tak lama lepas tu aku kena ikut dia pergi meeting sebab aku kena belajar macam mana cara nak listing barang masuk hypermarket…
Aku drive sebab dia tak ada kereta and tak tahu jalan apa semua… Mula2 aku takut juga dengan dia sebab nampak dia tegas gila.. So kami banyak diam je…
Kadang2 ada je benda yang macam dia tak suka aku buat dan macam nak marah… Pandang aku pun kelat semacam.. Senyap je kami dalam kereta…
Aku just cakap ‘sorry sir , sorry sir’… Aku panggil sir sebab dia kira manager la.. Takut betul aku masa tu sebab muka dia memang macam tak puas hati je dengan aku…
Dia kadang2 jeling je tengok kaki aku sampai ke tak sampai untuk tekan clutch… Aku ni tinggi range 140, drive pula Viva manual…
Bila dah selalu bawa dia ke mana2, satu hari nama aku naik dalam meeting.. Bos tegur aku mengular pergi solat…
Aku cakap aku tak mengular, aku singgah solat… Bos aku ni pun foreigner bukan Islam…
Religious jugak orang tua ni sebab dalam office memang ada cabinet khas untuk dia letak patung agama dia tu…
Rupanya bos tanya tentang aku dekat Ralph.. Ralph cakap dia stuck sebab terpaksa tunggu dalam kereta masa Leya singgah solat…
Maybe Ralph nak guna kereta company ke apa tak tahu la..
Bengang betul aku masa tu… Dalam meeting tu aku pandang je Ralph dan Ralph pandang je aku kena marah dengan bos… Sakit hati aku tengok dia..
After meeting tu, Ralph confront aku dan cakap maaf sangat2.. Dia tak sangka itu akan jadi big issue… Dia beritau bos pun sebab bos tanya aktiviti aku sebab kami keluar sama2…
Aku cakap dekat Ralph takpe la… Bukan salah dia lagipun dia kena buat report tentang aku.. Salah aku juga sebab keluar solat lama sangat dekat 30 minit…
Perempuan, nak solat kan macam2 kena buang… Lepas solat nak touch up pulak.. Aku salesperson in beauty, so memang kena makeup dan sentiasa kena kemas menarik…
And masa confront tu baru kami luahkan issues yang kami salah faham sepanjang keluar sama2 especially tentang gaji aku yang tak sampai RM1500 and claim…
And baru Ralph luahkan masalah dia yang selama ni dia tak happy sebab bos dah bagi gaji rendah dari sepatutnya… Patut dapat in dollar tapi bos bagi dalam duit kita, tu dia sakit hati sangat…
Nak fight ambil lawyer quite difficult sebab dia datang sini bukan through agent tapi direct company. Dia kenal bos pun melalui kawan2…
Tak sangka kena tipu…
Dia cakap dia akan kerja dulu dekat company tu sementara dapat kerja dekat Europe semula…
Sebelum ni dia duduk Russia dalam 5-8 tahun, kerja dalam bidang import… Dia incharge barang2 dari negara dia bawa masuk Russia…
Ralph ni pandai cakap Russia juga..
Obviously, start from that day, Ralph jadi makin baik dengan aku.. Muka dah tak ketat, ada senyum2 dengan aku… Bila keluar pun kami dah banyak borak and ketawa….
Aku kadang2 tersasul nak tercubit atau tersiku dia sebab dia suka mengusik and main tenung2… Tapi cepat2 aku control tarik tangan..
Dia cakap kalau nak cubit, cubit je la… Aku cakap tak boleh, kita haram pegang… ehe..
Biasa dalam 1 minggu mungkin dalam 3x kami akan dapat task sama2 and akan spend 4 to 6 hours berdua dekat luar…
Dia tak garang pun sebenarnya.. Cuma bila ada problem and kurang kawan, dia jadi stress…
Bila keluar sama2, bila nampak masjid masa waktu zuhur dia akan cakap ‘Leya, you want to go pray right… You don’t worry, i can wait you in the car.. Don’t worry about the old man, i won’t tell him.’
Aku cakap thanks sebab faham situasi aku… Aku betul2 hargai…
Ralph cakap selama ni dia salah faham and looking down on me.. Dia ingat aku tak pandai buat kerja sebab appearance aku macam budak sekolah…
Errm, kalau aku tak pandai buat kerja tak ada la masa appointment ada boss2 nak sailang aku supaya kerja dengan dorang…
Honest speaking, aku masa dekat universiti dulu budak MLM.. haha.. Macam2 MLM aku join dan semua college perempuan aku masuk untuk promote…
Berkobar-kobar nak kaya punya pasal… Pernah juga aku dapat berpuluh2 downline bawah aku…
Tapi itulah, lama2 aku rasa MLM ni mengarut dan semakin tak kena dengan jiwa aku sebab ada terbaca penjelasan ustaz tentang hukum MLM… Aku stop terus sampai sekarang..
Bila dah grad, aku letak experience MLM tu dalam CV, banyak majikan yang ambil aku kerja… Tak kisahlah kerja supervisor ke, admin ke, salesperson ke…
Alhamdulillah aku senang dapat kerja, sebab MLM tu consider as working experienced.. Tak sangka gila aku…
Aku dapat kalahkan candidate lain sebab pengalaman MLM aku ni je… Tapi aku ni style suka lompat2 kerja… Selagi tak dapat jadi M40 atau T20, aku terus lompat.. huhu.
Kerja sales ni best sebab tak duduk office.. Aku dapat banyak tips tau kalau kebetulan berjumpa dengan owner premis… Pernah sorang boss tu bagi aku tips 50 ringgit..
Terharu aku hingga tiba2 jerit dekat owner tu, betul ke bagi saya duit ni? Ketawa owner tu..
Mesti dia cakap kesian budak ni.. Mesti broke sengkek sebab happy sangat… 50 ringgit tu lepas belanja dapur untuk seminggu tau…
Dengan Ralph, aku nampak macam budak sekolah bila berdiri tepi dia sebab aku nampak kecil je… Tapi soal kerja aku commited and bersungguh2… Ralph pun kagum tengok cara aku bercakap… Salesgirl kan… ehe
Dia cakap honestly mula2 dulu dia tak puas hati kenapa lah bos ambil aku ni kerja.. Moreover aku sorang je perempuan bahagian sales..
Staff perempuan yang lain semua dekat department lain, bukan sales…
Ralph cakap dia prefer untuk kerja dengan perempuan yang matang dari segi body language, cara bercakap and physical appearance… Aku ni nampak tak matang dia cakap.. Tak kena taste dia…
Dia cakap first time nampak aku terus hilang mood dia nak datang kerja… Dia cakap betul, dia tak tipu.. Itu yang dia rasa awal2 dulu…
Terus aku jadi singa nak telan dia bila dengar dia cakap macam tu…
Dia ketawa and cakap jangan la marah sangat… Itu dulu la… Sekarang dia happy sangat dapat kenal aku… Kalau tak jumpa boleh jadi rindu.. Nak tidur pun dia ingat aku…
Nak tersembur air liur aku dengar… Terus aku rasa malu gila and masukkan muka aku gelak dalam file… Dia jenguk aku, aku ketuk dia…
Mungkin sebab itulah mula2 dulu dia macam menyalak je tengok aku yang jenis blur2 takut tengok dia.. Betul lah, memang dia tak suka aku dulu…
Aku ni pendek, badan gemuk sebab berat aku lebih kurang 45kg… Serious, bila kau jadi orang yang pendek, ada certain orang akan fikir kau ni tak matang, tak cekap dan buat kerja main2…
Tempoh hari pun ada cerita yang mak mertua reject menantu gemuk pendek masa wedding… Kesian kami yang pendek ni… Kenapa lah tak pandang kami sebagai golongan yang cute miut je.. ehe
Okay berbalik kepada Ralph, bila dah selalu keluar sama2, aku dah tak takut dengan dia… Selalu juga kami bergaduh mulut sebab ada berselisih pendapat… Tapi biasanya dia la yang mengalah….
Well, style dia ni kalau dia nak marahkan aku dia akan naikkan suara sikit, jeling and pandang lain… Dia bukan jenis baran atau cakap kuat… Dia jenis cool je… End up dia akan cakap ‘ok it’s up to you’.. Macam tu je..
Lama-kelamaan aku tengok dia dah start happy.. Dah join kami yang team sales ni borak sama2…
Dalam team sales, aku dan Ralph je yang bujang… Dorang yang lelaki ni suka sangat borak lucah tapi aku memang lari tak masuk campur bila dah start borak benda kotor macam tu..
Ralph malu2 nak borak benda macam tu and ketawa je sambil pandang2 aku… Aku akan sound dia like “why are you looking at me? I’m not involving in man talk”..
Mula2 dengan Ralph ni, aku macam tak puas hati sikit sebab bila jumpa orang Islam dia suka bagi salam..
Dia akan cakap ‘Assalamualaikum’ dan salam tangan macam cara kita yang orang Islam ni buat..
Aku rasa dia macam pergunakan Islam untuk tujuan business… Dia bukan Islam kut… Mana boleh bagi salam…
Kan ada orang cakap yang haram jawab salam dari bukan Islam… Aku rasa bersalah bila dengar dia bagi salam… Tapi ada yang cakap tak pe pulak jawab… Entahlah..
Tapi lama-kelamaan dia terangkan dekat aku yang dekat tempat dia budaya dorang memang macam tu..
Islam tak Islam memang jumpa bagi salam… Aku tak tahu negara orang sana macam tu.. uhu
Ralph pernah cakap dekat aku, dia nampak orang Malaysia ni especially Melayu and Chinese kurang ‘man’.. Aku tanya kurang ‘man’ yang macam mana?
Dia cakap especially Chinese, muka dan badan licin je takde face and body hair…
Dia tanya aku, aku suka type of Malaysian man yang tak ada bulu2 ke atau suka lelaki macam dia? Dia ni jenis orang yang berbulu..
Aku paling tak boleh bla bila tengok bulu dada dia yang dah nak dekat leher tu… Geli geleman and aku fikir dia ni macam Romeo sangat…
Kalau pandang dia dan tertengok bulu dada dia yang lebat tu, aku mesti nak tergelak tapi aku cepat2 cover…
Bulu dada dia memang lebat sebab masih nampak walau dia dah button kemeja dia hingga tinggal 2nd button atas tu… Skin pulak cerah…
Memang nampak jelas.
Dulu-dulu aku fikir lelaki ada bulu dada ni miang… Tak tahulah apa yang ada dalam fikiran aku masa zaman noob dulu…
Ralph ni kalau nak tengok muka dia ni iras2 Bradley Cooper masa 30an… Tak tua, tak muda.
Cara dia senyum and cara pandang macam B.C tulah… Rambut ketak2 ombak tu pun sama… Aku selalu cakap dalam hati Ralph ni rambut serabai masuk kerja, tak mandi ke…
Dia ni handsome tapi itulah zaman tu macam2 aku fikir…
Aku cakap dekat Ralph yang aku tak suka lekaki yang ada bulu2 sebab taste aku memang aku suka orang Melayu je.. Orang Melayu memang susah nak tengok yang berbulu…
Dia terperanjat and cakap, dia fikir orang perempuan suka bulu2 macam western guy sebab nampak lebih ‘man’…
Aku cakap mungkin perempuan lain suka tapi aku tak suka…. Aku suka Melayu je…
Tapi serious, masa tu memang aku tak suka lelaki cerah @ putih sebab nampak lembik and tak suka yang berbulu… Aku suka lelaki gelap kulit Melayu sebab bagi aku lebih man…
Tall, dark, handsome lah kiranya taste aku… Aku suka macam Fahrin Ahmad tu, macho je… Zaman tu memang aku rajin layan Tv3…
Lelaki bermisai berbulu ni aku geli sebab aku fikir kalau nak minum air, mesti air terlekat2 dekat misai…
Kalau kahwin dengan lelaki berbulu dada, nak peluk dia mesti muka jadi miang macam kena bulu buluh bila terkena dada dia..
Kalau nak ciu* pula, bila misai laki terkena muka kita, mesti rasa geli and potong selera… So as the conclusion, memang aku tak suka lelaki berbulu..
Mungkin sebab circle aku yang boleh dikatakan kawan2 100% Melayu… Sekolah and universiti pun majoriti Bumiputera so memang muka Melayu jelah yang aku jumpa dari kecil…
Nantilah kalau admin post ni baru aku sambung…
– Leya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit