Untuk part I, (https://iiumc.com/tak-suka-orang-berbulu-dada/).
Aku tak perasan yang confession first tu tersiar sebab dah beberapa hari aku submit, ingat admin tak siar kan…
Aku cerita panjang habis terus sebab tak nak sambung ber sesional, nanti ada yang marah.. Ini bukan kisah rumah tangga ye, tapi kisah cinta and crush yang melibatkan interracial and different nationality… lain bangsa, agama, budaya and negara..
Tak suka tak payah baca.. Mungkin ini sesuai bagi yang suka baca love story je…
Yang suka hal rumah tangga and baca masalah2, jangan baca nanti merentan… Hak aku untuk share dan hak anda untuk tak payah baca kalau tak suka, haha…
Nanti dah baca sumpahkan aku syaithoon and pergi mampus pula.. ish2 kenapa la hidup suka sumpah org, tak takut ke berbalik dekat diri sendiri macam kisah aku ni hihi…
Apa aku cerita ni DEMI ALLAH S.W.T betul, bukan imaginary dunia tipu2, memang Ralph tu wujud, dia foreigner, my ex officemate, jalan cerita dan dia suka aku… Tapi macam aku cakap la ada yang aku lupa and ada juga aku tukar contoh nama… well, kalau tak percaya pun tak apo..
Tapi jangan tuduh aku buat confession tipu ya.. Tak pasal2 engkorang dah fitnah aku… Jangan sebab tak berlaku kat korang, korang cakap orang lain penipu…
Di dunia ni bukan hanya wujud cerita suami bedebah, mertua api neraka, gaduh kerja rumah tugas siapa je..
Cerita2 love story yang nampak mengarut pun sebenarnya memang wujud dan mungkin next time turn korang pula…
Yang komen cakap geli tak senonoh coz tajuk bulu, maksudnya korang juga sama dengan mentality aku di zaman bbnu dulu.. Ramai Melayu yang mentality macam ni..
Tapi bezanya aku fikir macam tu di zaman aku bbnu, bukan zaman dewasa macam sekarang… Sekarang otak aku dah matang.. Korang je yang dah berusia tapi masih pemikiran dangkal… ehe
Sebut bulu dada atau bulu2 je, terfikir sxx je… So kita sama2 stop judging people okay.. Bulu dada bukan la indication yang dia kuat sxx, perogol atau peraba…
Memang ada banyak bangsa di muka bumi ni yang jenis berbulu so stop judging people okay…
Banyak juga hint yang Ralph buat untuk tarik perhatian aku tapi aku banyak fikir.. Walhal dia tak buat apa pun, sentuh aku pun tak, cakap notti pun tak… Cakap pun properly je…
Tapi dia silap coz awal2 masa kami start baik dulu, dia ada cerita yang dia pernah couple and stay together dengan gf dia, a Russian.. 3 4 years jugak relationship deme… Lama dia single lepas gf tinggalkan dia…
Cerita tu dah stuck dalam otak aku yang ex gf Ralph was a Russian.. Sebut Russian women, aku imagined bikini, sexy, hot… So aku kept in mind yang aku ni tak selayak untuk Ralph…
Aku tak nak Ralph compare kan aku si Melayu totok VS a Russian women… Jauh sangat aku ke belakang…
Aku tak kisah tentang life dia stay dengan ex gf dia tu sebab aku open je coz dia bukan Islam and dah terjadi sebelum kami kenal tapi yang aku bear in mind, ex dia was a Russian girl… Russian beb uhu..
Pompuan ni mudah insecure tak bertempat and susah nak lupa ingatan, so lelaki tak payah la nak cerita ape2 yang boleh trigger walau pun masa kau cerita tu kau tak expect kau boleh jatuh cinta dekat pompuan tu…
Ralph pernah tanya aku tentang sex before kawin…Aku cakap aku tak buat sebab Islam kan, faham2 la… So my preference, kawin je baru boleh buat…
Dia explained agama dia pun tak boleh juga tapi faham2 je la… Dia nasihat aku tak payah terlibat dengan tu sebab aku nice girl… Nanti kalau jumpa lelaki yang salah, aku yang rugi… Cari lelaki yang betul2 serious nak kawin dengan aku je…
Aku ni memang pakai heel tinggi2. Sometimes dia suruh aku pegang tangan dia bila mana nak crossing road @ longkang… Aku tak nak sebab risau terjatuh sayang..
Kalau berjalan dengan dia mesti aku gap sikit sebab orang memang selalu pandang2 kami…
Aku risau orang fikir aku ni sugar baby coz dengan umur 38, Ralph nampak berusia compare dengan aku… Tapi tak tua sangat la, macam abang and adik je… Dia pun masa tu nampak muda lagi…
Ralph pernah tanya aku, aku tak kisah ke jalan dengan dia? Selesa ke orang pandang macam tu?
Aku tipu, aku cakap aku okay je… Biar la orang nak pandang pun…
Dia cakap bagus la macam tu sebab mungkin nanti kami akan lebih lama berdua so kita akan selalu jalan ke mana2 berdua… Aku kena biasakan diri..
Aku tak tahu lagi apa maksud dia masa ni… Naive nya aku masa tu…
Dia cakap dia pun tak tahu kenapa dia datang kerja dekat Malaysia ni, dah la gaji sikit dia dapat…
But then he said he realized that he came to Malaysia because God has sent me for him… Rupanya bakal isteri orang Malaysia, ingat orang mana la jodoh dia sampai dah tua tak kahwin2…
Aku kalau dengar ayat manis punchline dia ni memang aku akan gelak je la… Lawak sangat aku rasa..
Tak masuk dalam hati aku sebab aku awal2 dah set boundary yang dia tu foreigner, bukan Islam dan maybe sex oriented…
Aku taknak terlibat dengan percintaan atau scandal kat office…
Dia pernah ajak aku keluar dinner, aku cakap aku tak keluar malam… Dia cakap bagus la macam tu sebab tak elok perempuan keluar malam2…
Instead aku ni setakat nak keluar makan ke shopping ke aku okay je… Cuma aku tak nak keluar dengan dia…
Dia ajak aku buka puasa pun aku tolak sebab aku cakap lepas berbuka nak solat masa singkat Maghrib tu… Dia cakap betul juga tu..
Dia pernah cakap kat aku yang kami supposed to hang out berdua di luar waktu kerja supaya lebih kenal each other…
Walau kami selalu spent time berdua tapi dalam waktu kerja, tetap rasa dalam keadaan formal…
Dia cakap dia look older and tak smart bila pakai seluar slack and kemeja kerja..
Serious, aku imagined dia ni macam orang tua atuk atuk yang ke hulu ke hilir pakai slack and kemeja je sebab aku tak pernah jumpa dia di luar waktu kerja…
Memang betul apa dia cakap tu sebab memang otak aku assumed dia macam tu.. Sama pulak pemikiran kami…
Dia tanya aku, aku suka tak lelaki pakai seluar jeans pendek, t-shirt and sneakers? Sebab dia style macam tu kalau casual…
Aku cakap aku tak suka lelaki pakai seluar jeans pendek, aku suka lelaki pakai jeans panjang… uhu
Kesian dia.. Jahat betul mulut aku dulu… Aku cakap macam tu sebab aku nak deny and tak nak dia mengayat aku…
Dia cakap takpe la kita dating je la dulu, nanti aku tengok sendiri suka atau tak suka appearance dia in casual tu…
Keluar sekali je pun… Pergi makan2 je… Kalau aku selesa baru pergi shopping atau tengok wayang… Dia janji tak buat apa2.. Dia betul2 nak kenal aku more than a friend…
Aku cakap aku tak nak dating dengan dia… Ralph ni patient sangat, tak putus asa ambil hati aku….
Serious, aku risau betul kut terjatuh cinta dengan dia especially sebab agama kami berbeza…
Ralph ni agama sama dengan boss… Setiap hari bila masuk office, Ralph akan berdiri depan patung agama dia tu and buat gerakan tangan as a blessing…
Tak lama pun ritual tu, dalam 10 saat je dia depan patung tu and once a day je…
But that daily routine seemingly distracted me to get to know him…
I thought he’s religious or pious person… So please Leya, don’t falling in love on him…
Kalau aku tak nampak dia buat ritual agama dia tu maybe it could be fine tapi masalahnya setiap hari aku nampak dia sembah patung tu…
Bila aku nampak dia buat tu aku akan pandang lain buat2 tak nampak…
So as the precaution aku setting otak aku yang ramai lagi Melayu dekat luar yang boleh di buat suami.. Just don’t dealing with Ralph…
I don’t want to burden my head with interfaith conflicts or contradiction of worship… Aku nak bercinta yang chilling and happy ending je…
Aku dengan dia memang rapat cuma aku takde la nak lebih2… Kadang2 bila lepas solat dan dia tak nampak aku pakai makeup, dia suruh aku makeup sikit sebab dia takut nanti balik office dengan muka barefaced, orang tau aku singgah solat.. Dekat office tu ada mata2…
Dia cakap dia susah hati kalau tengok aku in trouble… Dia kan pernah buat aku trouble…
Dalam kereta sebelum aku masuk surau aku akan wipe makeup dekat muka aku sambil borak2 dengan dia…
Dia penah tanya kenapa kena buang makeup kalau nak solat?
Aku cakap nanti sebelum solat akan ada ambil wuduk, wuduk tu basuh guna air… Kalau ada makeup, skin tak kena air, solat jadi tak terima..
Bila aku bawa beg telekung dia tanya bawa apa dalam beg tu? Aku cakap nak solat, baju kena tutup tak boleh nampak certain part of bodies… So kena pakai pakaian khas solat bagi tutup habis…
Dia tanya abaya ke, dia tahu abaya… Aku cakap yang putih besar tu.. Dia cakap oh tau yang tu…
Benda yang tiny2 macam tu pun dia nak ambil tahu..
Aku explained, perempuan tak sama macam lelaki.. Perempuan banyak sikit rules… Sebab tu aku lambat sikit keluar dari surau…
He asked me, kalau lelaki tak rumitkan nak solat? Baju macam dia pakai kerja ni boleh je terus pakai solat kan?
Aku rasa soalan tu quite cute… But aku jawab elok2, betul tu…baju macam dia pakai kerja ni dah boleh terus bawa solat dah.. Tak payah tukar…
Ambil wuduk kat tempat lelaki tu, lepas tu terus je pergi solat… Senang je kan.. Sebab tu lelaki cepat je solat… Perempuan je susah sikit especially yang baju tak patuh syariah sangat.. uhu
Dia cakap okay la kalau senang macam tu… Tak susah sangat…
He asked me, aku tak rasa burden ke dengan solat ni? Dia yang sekejap pagi2 tu pun rasa malas nak buat… ehe rupanya yang 10 saat tu pun dia rasa malas nak buat…
Aku cakap tak ade la… Aku solat dari kecik umur 9 10 tahun, so dah biasa… Kalau tak solat lagi la aku rasa tak sedap hati and guilty… Quran pun setiap hari aku baca start dari kecik…
Sebab tu dia akan ingatkan aku tentang solat bila rasa aku belum solat… Dia akan tanya nak singgah masjid tak..
Kalau aku period and malu2 nak jawab, dia cakap tak perlu malu la.. Dia perlu tau tentang tu sebab itu melibatkan aku… Dia kena banyak tahu and learning about me…
Aku rasa funny dah kenapa nak learning about me… Tapi aku hanya fikir sebab kami kerja sama2 je la.. ehe
Dia pernah cakap nak bawa aku datang negara dia during winter.. Tempat dia best bila snowfall…. Dia cakap boleh kita buat orang salji sama2…
Aku tak sangka Ralph boleh cakap nak buat orang salji dengan aku… Quite funny aku rasa sebab dia dulu garang, asyik jeling nak manyalak je tengok aku…
Aku cakap aku tak suka salji.. aku suka panas macam Malaysia ni je…
Punya la aku try hard and setting mulut aku untuk cakap teruk2 supaya dia terasa hati and menyampah kat aku..
Walhal bila dekat luar tu ketiak lekit kembang, mandi peluh…
Selalu je kami lepak borak2 sambil pasang aircond kuat2 dalam kereta…Aku cakap panas sangat luar tu rasa letih..
Dia pun selalu concerned bila aku panas coz dia cakap aku bertudung mesti panas… Aku cakap kalau panas pun aku tak boleh buat apa, kena pakai tudung juga sebab Islam tak boleh tunjuk rambut.. Banyak aku cerita tentang Islam kat dia…
Itu pasal kalau rambut aku terkeluar dia cepat2 tegur suruh masukkan rambut tu balik… ehe
Satu masa tu, masa kami tengah jalan berdua, Ralph tanya aku… Kenapa aku tak bagi peluang untuk dia kenal aku more than a friend?
Sebab agama ke?
Aku cakap ya, agama kita tak sama..Tu aku tak nak kenal dia lebih2… My preference adalah sesama Islam je..
Aku mungkin suka dia tapi berbeza agama ni aku rasa BIG NO sangat.. Aku tau yang aku tak mampu nak handle emosi bila couple dengan orang berlainan agama.. Baik aku angkat bendera awal2..
Then he asked me, means kalau dia Islam aku boleh accept dia la ya?
Aku cakap aku tak boleh jawab soalan tu… Risau nanti dia masuk Islam, aku tolak pula sebab bulu dada dia.. uhu
Aku betul2 tak selesa bila dia start topik hati dan perasaan ni… Aku suka kami borak happy2 je…
Later dia cakap like… tahu tak sebenarnya agama ni just a part of cultural je macam hierarki system…
Religion is only a heritage from one generation to next generation…
I’ve got my religion from my parent’s root instead you get yours from your parent’s root…
Religion is not even a thing for me so please don’t be so pessimistic…
Literally when we found someone that we love with but at the same time we have to choose between religion and love, we’ll definitely choose the love… Love would be the first place because the strong feeling and willing… Religion doesn’t the matter, so you understand?
Itu la first time kami berborak secara serius tentang topik agama… Dia masa tu macam dah stress dengan aku sebab aku asyik cakap kita tak sama agama, kita tak sama agama..
That time dalam hati cakap boleh pula dia sama kan religion dengan culture… Religion is belief… Tapi bila dah dewasa ni, bila fikir semula sebab dia anggap culture la probably yang jadi mudah untuk tarik dia masuk Islam…
Masa tu aku yang bodoh ni pergi cakap, Islam tak boleh macam tu… Islam mesti kahwin dengan Islam je, cinta no 2… Malas nak cakap lebih2 macam tak tau nak pusing kat mana… ehe
Aku terfikir yang dia sedang nak pengaruhi aku untuk ikut macam Indon yang tak kisah interfaith marriage tu…
Dekat Indon kan orang Islam selamba badak je kawin dengan orang agama lain tanpa tukar agama… Cinta yang lebih penting.. Agama letak tepi..
Aku fikir Ralph nak pengaruhi aku untuk buat macam tu…
Aku tak rasa Ralph nak masuk Islam sebab dia pun seems sangat sayangkan ‘tuhan’ dia… Setiap hari dia doa dekat depan patung tu…
Beberapa bulan lepas tu, bila dah dapat gaji aku decided berhenti kerja.. Aku bla macam tu je sebab bengang dengan company…
Team aku mesej and call pun aku tak angkat sebab takut kena sue coz ada agreement tak boleh berhenti kerja…
Then dorang cakap dorang just nak tanya apa cerita je… Dorang tak bagitahu boss pun.. After dengar tu baru la aku pickup call…
Aku cakap aku fade up kerja situ… Aku rasa aku dah tak ada future dekat situ…
Dorang faham and cakap bagus la tindakan aku sebab aku pun muda lagi… Better cari better opportunities…
But Ralph terasa dengan aku coz aku bla tak bagitau dia, tak say goodbye to him…
Dia cakap dengan segala bonding antara aku and dia, aku boleh pergi macam tu je tanpa say anything pun kat dia…
Aku cakap sorry.. Aku takut nak inform dia sebab aku takut dia bagitau boss… Dia cakap aku memang tak percayakan dia.. And bagi aku dia tu meant nothing… Aku cakap sorry sangat2…
Then dia stop tak ada mesej atau call aku.. Tapi ada jugak la sesekali dia text rindu aku, dia dah tak ada mood nak pergi kerja sebab aku tak ada…
Aku ignored atau replied smile je…
1 day dia call aku… Aku tak angkat tapi dia suruh angkat juga sebab ada hal penting nak discuss…
Aku pun jawab la call tu.. Dia cerita life dia bergaduh dengan boss… Dia cakap dia dah managed to resign sebab tak nampak masa depan dia dekat company tu… Gaji pulak underpaid…
Dia nak pindah France, kawan dia adjustkan kerja dekat sana… Aku cakap baguslah berhenti for the sake of future… Better kerja je dekat France daripada menghadap orang tua tu…
Later dia cakap, dia tak boleh lupakan aku… Dia jadi hilang semangat bila aku tak ada dekat office, otak jadi mess…
Bila tengok meja aku yang kosong tu dia rasa lost and miserable sangat… Dia tak boleh tengok meja aku…
Dia cakap please kawin dengan dia… Dia tak nak kami pisah macam ni…
Dia nak aku always be with him sebab dia betul2 sayang aku.. Macam2 lah dia puji aku… Aku ketawa je dengar sebab fikir tak habis2 dia nak manis mulut mengayat aku… Aku cakap nonsence..
Suddenly dia marah aku dengan suara yang agak tinggi… You’re 23 and supposed to understand what does love mean.. Dia cinta aku susah sangat ke nak faham… Dia tak main2…
Selama ni yang dia cakap dia suka tengok aku, boleh accept kekurangan aku, tak sabar hari Isnin nak jumpa aku, memang betul dia meant it….
Dia cakap dia call tu memang nak propose aku untuk kawin dengan dia… Dia nak kawin dengan aku…
Terperanjat gila aku coz biasanya orang start dengan couple dulu tapi dia terus ajak kawin…
Bila baca pengalaman orang, aku rasa betul la yang foreigner ni kalau dia nak kita memang dia nak kawin cepat2…
Ralph minta aku ikut dia stay dekat France sambil tu dia akan buatkan business untuk aku.. Kami sama2 business tapi dia akan kerja juga…
We’ll start a family and raise our children in France, okay Leya? uhu
Tentang business, dia akan keluarkan modal… Aku tak payah keluar sesen pun… Dia tau aku broke tak ada duit..
Dia cakap aku tak payah kerja dah… Dia boleh tanggung stakat gaji 1500 aku tu.. Ralph ni level2 manager, dekat Russia dulu gaji dia almost 400k rub a month… 400k rub tu dekat 30k duit kita uhu…
Aku time tu dah terdiam tak tahu nak cakap apa.. Masa tu aku memang tak fikir nak kahwin lagii.. Muda lagi kut baru 23 tahun…..
Aku nak cari pengalaman kerja dulu sebab aku ada cita2 aku sendiri…
Masa muda ni la nak cari pengalaman cepat2 tanpa tanggungjawab berat..
Ralph memang la rushing sebab dah end 30’s…
Aku just grad, ada hutang Ptptn, baru keluar kereta… Furthermore banyak lagi benda yang aku belum achieve dalam hidup ni… Baru mulakan hidup dalam dunia sebenar..
Kalau dia tinggalkan aku dengan anak2 dekat negara asing, apa aku nak buat? Dengan aku tak ada duit, tak ada kerja, tak ada pengalaman kerja sangat..
Dia pulak memang reject to work in Malaysia sebab gaji suck dia dapat .. So aku memang takkan duduk Malaysia ni…
Umi abah aku mesti tak benarkan aku kawin and ikut orang asing duduk merantau entah mana2..
Dia pulak jenis pindah randah macam2 negara.. Aku risau juga kalau dia duduk Russia semula sebab dia cakap Russia tu best sangat…
Bukan kata nak duduk Russia, nak sebut Russia pun aku takut kena bom… Otak narrow minded bbnu aku dulu memang tak boleh dibendung2 bodohnya…
Aku pun masa tu fikir, aku takut dia pulak yang tarik aku masuk dalam agama dia bila dah kawin..
Aku ada baca kes murtad sebab ikut bf macam kes Aisyah Bukhori, Lina Joy, Fatimah…
Itu la, masa tu aku jarang jumpa artikel tentang kawin foreigner yang bahagia and agama kekal terjaga.. Tak terfikir nak stalk facebook orang yang kawin foreigner…
Yang ada pun negative stories je aku baca… Bawa lari ke Lombok, isteri terkandas di Nepal… Orang pun suka kecam kalau kawin foreigner.. Itu yang aku risau sangat…
Then aku cakap, kami tak sama agama, aku tak boleh kawin dengan dia.. Islam kena kawin dengan Islam je…
He said if i say yes, dia akan proceed bincang tentang agama pula and nak jumpa abah umi aku..
Tentang agama dia cakap aku jangan risau asal kan kami boleh kawin je… Dia dah tak kisah agama2 ni…
Dia faham aku sayangkan Islam sebab aku solat and bertudung, aku mestinya tak boleh tinggalkan Islam… And he knows that orang Islam tak boleh kawin dengan non Islam…
Yang agama ni aku tak tau apa sebenarnya keputusan dia samada dia nak masuk Islam atau apa sebab aku tak cakap yes…
Tapi aku rasa dia nak masuk Islam sebab dia cakap asalkan kami dapat kawin, dia sanggup…
Tapi dia tak nak cakap dulu decision dia because maybe dia pun risau nak confess yang dia sanggup tinggalkan agama dia… Mungkin dia ada rasa guilty to mention it..
That’s why dia nak tunggu aku cakap yes dulu baru dia akan sedia nak bercakap tentang tu… Ini hanya prediction aku la..
I thought inilah maksud yang dia cakap dulu tu, we’ll definitely choose the love… dia sedia tukar agama kalau itu yang perlu dia buat untuk hidup dengan perempuan yang dia sayang… Bukan kawin interfaith macam Indon tu..
But i was consistantly said no… So kami tak discuss any further tentang religion tu..
As the conclusion, memang kami tak boleh be together sebab aku takut dengan macam2 perkara…
He said takpe la terima kasih sebab dah jadi kawan dia…. Dia akan ingat aku sampai bila2 sebab dia tak pernah kenal perempuan macam aku… Sedih pulak sebab aku dah abandoned his feeling…
Dia cakap aku solat dan aku perempuan baik, rasa young and calm bila dengan aku.. Yada yada…
Tapi bab solat tu, aku rasa macam terperanjat bila orang bukan Islam judge kita base on solat… Selama ni yang dia tunggu aku solat tu, dia observed and learning aku rupanya..
Lepas call tu selalu juga dia mesej aku cakap sedih sebab aku dah lupakan dia macam tu je…
Yezz, aku ignored dia macam tu je.. Teruk gila perangai aku…
After a few weeks, dia text aku yang dia dah resigned and nak leaving country..
Dan beberapa hari lepas tu, dia mesej yang dia dah selamat tiba di negara dia… Kalau aku nak ubah fikiran pun tak apa walau dia dah tak ada dekat Malaysia…
Aku tak tahu apa aku reply… Aku rasa aku ignore je mesej dia tu…
Bila ingat balik, aku rasa aku ni macam tak ada manner sungguh…
Kalau pun aku tak nak dia, i’m supposed to reject him in a proper way as an appreciation for his loves towards me..
Ini aku hilangkan diri terus coz bagi aku untuk dia cepat move on, aku tak perlu contact dia…
Aku rasa kalau kejadian ni berlaku masa umur aku dah matang sikit and zaman TT yang banyak story about the happy ending with foreign’s spouse, aku rasa aku akan simply sebut yes dah…
Tapi bila dah dewasa ni, apa yang aku boleh cakap kepada diri aku yang dulu is, Leya ko memang bodoh.. Mereput jela ko dengan gaji tak semenggah nak masuk i city main salji ais kisar pun tak mampu.. Orang kaya handsome mata hazel perangai elok baik pun ko taknak, ko nak apa lagi syaithon… Dasar pesimis otak gundal ko Leya uhu..
Tapi itu la, it’s only about time… We met at the wrong timing…
Nasihat aku, tak salah kita bagi peluang kepada orang bukan Islam untuk kenal kita, bincanglah heart to heart jangan pendam macam aku, discuss hala tuju hubungan dengan dia and tunjuklah imej Islam yang sopan sentiasa…
Mana tau ada kawan dekat office yang crush dekat kita bila nampak kita ni ada positive vibes.. And jangan suka judge luaran orang… Jumpa family berbincang betul2 jangan pandai2 assume yang family tak terima…
Time flies… Memang betul pepatah orang lama, hati2 kalau tak suka seseorang, sebab orang itu la akhirnya yang kita akan jatuh cinta…
Dulu dekat sekolah, aku pernah menyampah dengan budak gengster yang selalu kacau aku bertahun2… Budak handsome gila, player bola tapi gengster… Asyik cari gaduh je dengan aku..
Turning point bila ada sekali tu dia tenung aku sambil senyum manis gila, sekelip mata aku fallen in love on him.. Mendesup perasaan tu datang dari mata turun ke hati.. Sekejap je Allah boleh bolak balikkan hati aku… ehe
Aku bagi surat dekat dia dulu hingga eh eh tercouple pula kami ni.. Siap dia bagi duit belanja sekolah and bagi aku macam2 benda, dia anak orang kaya…
Rupanya dia crush dekat aku dah lama sebab tu kacau aku… Lelaki, gengster sangat tapi bendul takut nak confess… Perempuan juga kena start dulu… My first love…
Lama aku cari dia semula sebab nak settled satu unsettled business yang dah bertahun aku berteka teki.. Hingga benda tu solved beberapa tahun lepas ni je bila dia tiba2 di add masuk ke dalam Wa group kelas…
Berdebar gila bila admin group announced yang ahli baru tu adalah dia sebab bertahun aku cari dia tapi tak jumpa…Tanya orang pun orang tak tau dia ada mana.. Nak cerita panjang pulak..
Dah besar, Allah nak uji aku dengan perangai skeptical aku terhadap orang berbulu ni pula..
Aku bersyukur sangat aku tak anti atau menyalak dengan orang bercawat.. Kalau la aku menyalak dengan species ni, takkan la aku akan bertemu secara bertalu2 dengan geng cawat pulak… Jenuh nak control mata supaya pandang depan je…
Alhamdulillah aku ter anti species yang kategori helok rupa paras.. Itu yang muncul depan aku orang species bulu ni je… Sebab aku tak suka asalnya..
One more time, aku kenal dengan orang species lebih kurang Ralph lagi…Tapi dia dari negara lain, Islam, grad Malaysia and tinggal dekat2 kawasan aku kerja…
Macam Ralph muka quite confusing bangsa apa tapi yang lelaki baru tu muka Arab betul, lagi tebal bulu2 haha…
Lepas borak hal kerja, aku dengan dia jadi kamcing sampai asyik nak berjumpa… Macam2 kisah suka duka juga aku dengan dia ni..
Cuma suka untuk aku remind, kalau ada di sini yang berkenalan dgn orang Islam belah2 timur tengah, please tanya dulu tentang pegangan dia tu either dia sunni, shia, liberal atau modern…
Coz dunia sekarang, orang Islam di negara sana atau banyak negara lain termasuk Malaysia, sedang menyelinap unsur2 yang agak berbeza dari nilai Islam sebenar…
Ini pengalaman aku lagi sekali terbabit dengan lelaki berbulu, cerah tapi masih ada unsur berkaitan agama walau dia Islam…
Kali ni aku memang dah sayang dia tapi macam shocked sikit bila dia cerita tentang lifestyle @ culture his family yang berbeza dengan culture aku…
Tapi malas la aku nak sambung tentang ni sebab orang cakap tak pekdah confession aku… Cerita rumah tangga lagi pekdah ye dok..
Thanks for your reading…
– Leya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit