Terima kasih admin sekiranya confession ini dipublish. Sebenarnya aku malas nak confess tapi aku dah tak tahan. Dah tak tahu dekat siapa untuk aku luahkan perasaan ini.
Aku lelaki bujang berumur pertengahan 20-an & berbadan besar. Aku masih tinggal dengan mak bapak walaupun aku dah bekerja. Pendapatan aku bersih RM3k. Kalau korang nak kata aku riak, tak kisah la. Korang bukannya kenal aku pun. Aku tinggal di bandar pentadbiran. Mak bapak aku masih bekerja dan lambat lagi nak pencen. Kedua-duanya kerja kerajaan.
Tujuan aku tulis ni sebenarnya aku nak cerita pasal mak aku. Mak aku ni seorang yang mulut laser, mulut joyah, kuat maki and jenis yang lidah tajam. Biasa lah orang Melaka. Kebanyakan je tak semua. Entah berapa kali dah mak aku hina fizikal aku gemuk. Bukan itu aja, ada je lah benda dia kata yang buatkan hati aku terluka.
Lagi 1 mak aku ni suka compare2 kan aku dengan anak orang lain. “Tengok si A ni dapat kerja kerajaan. Senang je. Sebab dia kurus la tu lepas tu pandai bercakap. Kau ni pulak bila nak kurus? Macam mana nak dapat kerja kerajaan dengan badan besar gemok macam ni?”. Setiap kali ada budak2 yang sebaya dengan aku dapat keja gomen, itu lah zikir dia. Bagi dia, kerja kerajaan itu menandakan seseorang itu sudah berjaya dalam hidup.
Lepas tu mak aku selalu kata aku kedekut. Seolah-olah aku tak pernah bagi apa2 kat dia. Untuk pengetahuan semua, setiap bulan, lepas aku dapat gaji aku akan belanja mak bapak aku makan. Paling koman pun tom yam & siakap 3 rasa. Kadang2 western. Tengok la selera masa tu. Tak pernah miss setiap bulan.
Lepas tu, aku ada bayar jugak bil unifi yang mencecah RM170 setiap bulan. Nasib baik astro dah potong. Rumah aku pakai Unifi TV je. Plus, aku pun ada bayar Netflix RM30 sebulan. Bapak aku suka sangat tengok cerita Netflix. Mak aku pun kadang2 layan jugak.
Sekarang kan nak dekat raya, mak aku start complain “kau tengok si N tu, siap belikan mak dia baju raya walaupun gaji kecik”. Untuk pengetahuan semua N tu seorang perempuan yang duduk kat kampung. Tak ada komitmen langsung. Pergi kerja bapak hantar, balik kerja bapak jemput. Gaji dia boleh kata 50% untuk family 50% untuk diri sendiri.
Aku sebagai lelaki aku dah start simpan duit untuk kahwin atau beli rumah. Tengok keadaan macam mana nanti. Berikut aku senaraikan komitmen aku. (Gaji bersih RM3K).
PTPTN – 200
Kereta & minyak – 600
Unifi & TV – 200
Insurans – 150 (mak aku beli insurans ni masa aku study lepas aku dah kerja dia suruh aku bayar).
Unit Trust – 200 (aku terbeli unit trust ni masa aku mulaa2 start kerja).
ASB – 270
Kutu – 300
Belanja bulanan untuk diri sendiri – 400
Bil telefon – 50
Saving – 400
TOTAL : RM2770
Baki : 3000 – 2770 = RM 230
Dengan 230 tu la aku belanja mak bapak aku. topap belanja mana yang tak cukup. beli sabun mandi, ubat gigi etc. Kadang2 mak aku suruh pergi kedai beli itu ini, aku beli kan je. tak mintak pun duit balik.
Untuk pengetahuan korang, kutu tu aku main sebab nak bayar insurans & renew roadtax kereta. Aku menyesal beli kereta walaupun aku beli axia je. Sebab aku boleh je pakai motor pergi kerja tapi mak aku dok hasut aku beli kereta. Itu pun dia suruh aku beli toyota vios. Aku cakap aku mampu beli axia je. Sebelum beli kereta kena ingat, akan ada belanja lain lagi iaitu minyak, servis & insurans.
AKu dengan mak aku dah banyak kali dah gaduh sampai tak cakap 3-4 hari. Bukan aku je, kakak aku, bapak aku n adik aku pun pernah gaduh besar dengan mak aku. Ni semua gara2 mulut dia yang takde insurans tu. Beli insurans mahal2 tu boleh pulak. Kakak aku dah kahwin, menyewa dengan laki dia lebih kurang 20km dari rumah aku. Adik aku pulak tengah belajar kat U. So, kat rumah aku sekarang bertiga je.
Ada sekali tu bapak aku dah sampai satu tahap nak pukul mak aku. Lepas tu ada jugak bapak aku bersumpah tak nak makan masakan mak aku. untuk pengetahuan korang, kat rumah ni bapak aku yang selalu masak. ada sekali tu bapak aku penat buat OT lepas tu dia suruh la mak aku masak. mak aku masak tapi mulut dia dok complaint itu complain ini. siap sindir2 lagi. Tu yang bapak aku tak tahan sampai bersumpah macam tu sekali.
Bapak aku pun pernah gak gaduh dengan mak aku sampai nak pukul lah. Bayangkan bapak aku yang pendiam, mesra tetiba jadi macam tu. Aku kenal bapak aku macam mana. Kalau betul lah dia pukul mak aku, aku tak kan salah kan bapak aku. Lantak lah orang nak kutuk bapak aku dayus ke ape, aku sanggup back up bapak aku. Sebab bagi aku, mak aku ni memang pandai mendera psikologi orang.
Entah la, aku rasa aku dah tawar hati. Aku jadi sensitif and cepat panas hati. Aku rasa macam nak keluar dari rumah ni. Aku sumpah dah malas nak hadap kerenah mak aku. Kadang2 tu aku tertekan & stress sampai aku tinggi kan suara kat mak aku. Sebab nak balas balik kata2 dia yang menyakitkan hati tu. Tolong aku please. Apa patut aku buat? Aku tak mampu. Aku tak kuat.
– Anak Derhaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit