Tak Tahu Apa Yang Aku Nak

Salam panggil aku Aloe Vera, aku nak meluah, sebenar nya aku rasa problem aku takda lah besar kalau compare dengan masalah orang lain, cuma aku nak kurangkan beban pikir masalah dalam kepala.

Umur aku hujung 30an perempuan, belum berkahwin. Aku dari kecil ada masalah trauma dengan childhood aku. Broken family, aku benci perangai bapa aku layan mak aku, bengis dan bapak aku kahwin 3 tak berlaku adil.

Jadi aku ada perasaan takut nak kahwin atau tak berminat nak kahwin. Aku takut senasib macam mak aku. Aku malas nak pikir serabut, aku selesa duduk sendirian dan buat apa yang aku nak.

Aku kerja biasa biasa je, cukup untuk makan pakai aku dan bagi parent kat kampung.

Aku ada pasangan duduk di Borneo umur 40an single juga, non muslim, aku nama kan Andrew. Kami dah berpasangan selama 4 tahun lebih.

Kami tak duduk sama, aku duduk di KL, cuma dalam setahun ada 3-4 kali jumpa dan spend time sama, sekali jumpa tu maksud nya dalam 1-2 minggu macam tu, aku ambil cuti atau dia gilir gilir.

Kami masing masing sibuk kerja tapi hari hari pasti akan video call dan gayut lama. Boleh di katakan dia macam best friend aku dan rutin kami dua sama. Banyak kali juga dia ajak kahwin dan duduk di sana tapi aku berat hati. Dia tak boleh duduk di KL sebab nature kerja dia.

Aku pikir kalau kahwin banyak tanggungjawab aku nak ajar dia pasal agama dan lain lain. Dia pun tahu Muslim setakat tak makan babi dan tak minum arak je, lain lain tak tahu. Kawasan dia di besar kan tak ada Muslim pun. Jadi aku serabut nak ambil pikir pasal tu.

Andrew layan aku baik dan provide juga apa apa yang aku nak, apa yang aku takda dia usahakan tapi tak lah mewah, mungkin sebab dia dah berumur dan tahu tanggungjawab.

Dulu masa mula mula kawan ingat suka suka aja, pasti akan break up, tapi ntah macam mana boleh bertahan sampai 4 tahun lebih. Kami tak pernah gaduh isu besar, isu isu kecil biasa dan tak gaduh panjang.

Sebelum dengan Andrew ni aku dulu ada kapel dengan pasangan muslim, aku nama kan Ariz tapi dia layan aku teruk. Pemalas, makan duit aku, bossy, tak jaga emosi aku, kira biawak hidup.

Bayangkan aku yang dah childhood trauma dapat pulak orang yang macam ni, makin depress aku. Lepas 2 tahun kapel, kami putus, aku syukur kami just bertunang je tak jadi sampai kahwin. Dia pun dah kahwin dengan orang lain dan ada anak.

Seumur hidup aku 2 orang ni je aku couple. Zaman sekolah, zaman uni tak pernah couple serious. Cinta monyet crush aja.

Aku buntu nak teruskan ke tak dengan Andrew ni, sebab kami tak ada masalah apa apa sebenarnya. Masalahnya dia nak kami kahwin sebab dia nak kami duduk sama, take care each other, tapi aku ntah lah, aku yang banyak bagi alasan untuk lengah lengahkan taknak kahwin.

Oh ya ibu bapa Andrew dah meninggal cuma ada dia dan kakak dia je. Kakak dia dah berkahwin dan tinggal di borneo juga. Andrew pun sunyi, nak sangat kami kahwin dan aku tinggal dengan dia.

Aku pula, di hati aku, aku masih berharap dapat jumpa pasangan muslim, aku berangan nak pergi umrah sama-sama, solat raya bersama, salam cium tangan suami tapi aku tak jumpa lagi.

Aku tak nak kahwin dengan non muslim dan pikul tanggungjawab untuk suami dan anak anak mengajar pasal Islam sebab aku pun bukan perfect.

Tapi aku pun takut aku tak jumpa yang layan aku lebih baik dari Andrew. Sebab bagi aku Andrew ni sempurna kecuali berlainan agama je. Dia ok untuk convert tapi sekadar convert je kot aku rasa.

Selain tu, aku pun takda reason nak bagitahu Andrew aku nak break up. Kami kawan baik yang setiap hari akan mencari satu sama lain (call dan update aktiviti harian, tempat luahan).

Dalam masa yang sama kalau aku putus kan hubungan dengan Andrew, aku ok je kalau hidup single sendirian. Sebab aku tak suka semak dengan lelaki yang salah. Aku nak dekat kan diri dengan Tuhan, nk perbaiki bacaan solat dan tajwid ngaji.

Ok ke, perlu ke aku putus dengan Andrew? Walaupun dia tak tahu apa punca aku nak break up. Setiap hari aku pikir benda ni, kadang kadang aku aku sedih dengan diri aku.

Itu jelah luahan aku. Terima kasih yang sudi membaca. Jangan lah kecam aku ya, aku boleh terima kalau orang bagi nasihat yang baik baik.

– Aloe Vera (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. sis ni complicated la. jangan selfish, kalau rasa tak boleh go dgn dia better berterus terang. jangan bagi harapan kat orang.

  2. aku rasa better ko hidup single forever lah.. semua serba tak kena.. kalau kahwin nnt sikit2 blame suami.. sian suami tu..

  3. Kalau andrew tu beria nak kahwin, tengok effort dia utk belajar tentang islam. Kalau dia ada usaha, doa, solat minta dgn Allah smg dia jodoh. Tp kalau effortless, dan sis pun kata x mampu nk ajar dia ttg islam, mungkin berterus terang lg baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *