Tak Tahu Malu

Assalamualaikum semua.
Aku seorang isteri dan juga ibu.
Alhamdulillah rumahtanggaku bahagia. Aku menulis di sini hanya untuk menegur sekaligus memberi peringatan untuk semua isteri2 dan ibu2 di luar sana termasuklah diriku sendiri tentang had / batasan kita sebagai seorang isteri dan juga perempuan tentang sifat malu.

Malu. Ye aku malu. Malu dengan segelintir isteri2 yang tidak tahu malu. Selamba2 je kau bercerita tentang kisah peribadi diri sendiri dan suaminya. Ye. Kisah dalam kain. Kisah dalam kelambu. Kisah dalam selimut!!!Alkisahnya.. aku seperti insan2 lain mempunyai group2 whatsapp bersama teman2 lain yang sudah berkahwin, yang mengandung, yang mempunyai anak. Tujuan group2 ini untuk berkongsi pengetahuan/info dan meminta pendapat tentang rumahtangga dan keluarga untuk kesejahteraan keluarga masing2.. Bukannya berkongsi kisah peribadi antara suami isteri.

Kisah antara suami dan isteri adalah hak kau suami isteri. Takperlu menceritakan kepada sesiapa sahaja terutama hal di atas katil. Apa perasaan suami sekiranya suami tahu sang isteri sesedap rasa berkongsi cerita peribadi, cerita asmaradanamu bersama kepada orang lain waima sahabat karibmu sendiri. Jahillah suamimu sekiranya dia mengetahui namun tidak menegahmu bercerita kerana perkara tersebut berdosa. Mungkin kau akan beralasan kau bukan saja2 bercerita namun untuk berkongsi cara2 untuk melakukan hubungan sesama suami isteri. Kau rasa sahabat2mu begitu jahil ke dalam bab bab seperti ini??? Kau rasa??? Mungkin kau akan kata niatmu bercerita untuk berkongsi ilmu. Ingatlah sayang, niat tak menghalalkan cara! Kalau rasa diri xpandai sangat carilah platform lain bukan berkongsi dalam group beramai2 sambil bersuka ria dengan topik tersebut.

Tak perlu kau berkongsi posisi apa yang kau lakukan dengan suamimu malam td. Tak perlu kau beritahu suamimu sudah lama xdapat.Tak perlu cerita yang kau baru selesai berasmaradana dgn suamimu berkali2 pusingan. Takperlu takperlu takperlu..! Mungkin ada yang akan kata aku ni xsporting.. Astaghfirullahalazim, sporting xkan membawa kita ke syurga malah sebaliknyaaaa, Na’uzubillahi min zalik. Mungkin ada juga yang kata kalau xnak tahu butang leave group kan ada… Ye, memang ada. Mungkin aku akan menekan butang itu tak lama lagi. InshaaAllah.

Kenapa wahai sahabat2ku..?? kenapa hilang sifat malu dalam dirimu..? sedangkan aku tahu kamu semua tinggi ilmunya..termasuk ilmu agama. Kenapa hilang sifat malu sedangkan kau tahu di dalam agama kita Islam terdapat larangan bercerita kisah suami isteri kepada siapa pun.. Sahabat2ku, ada di kalangan kamu bukan sahaja bergelar isteri tetapi juga bakal ibu dan juga ibu kepada anak2mu. Apa kau rasa sekiranya anak2 mu tahu ibu mereka suka bercerita hal2 begini??

Apa jua masalahmu, carilah orang yang benar2 kau percaya, kau harapkan untuk berkongsi meminta pendapat dengan niat menyelesaikan masalah tersebut,bukannya dengan suka2 kau bercerita tentang apa yang kau lakukan dengan suamimu dan apa yang suamimu lakukan denganmu. Wallahi,bukan niatku mengecam kau sahabatku, bukan juga iri hati, jauh sekali membenci namun aku sayangkan sahabat2ku…aku ingin bertemu kamu semua di syurga Allah…

Search la kuliah2 dari ulama kita tentang larangan bercerita kisah peribadi suami isteri. Semoga Allah buka pintu hati kau semua dan juga aku untuk menjadi lebih baik. Syurga itu mahal selayaknya untuk para bidadari solehah. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang beruntung.. Ameen.

#SangIsteri

– Sang Isteri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *