Assalamualaikum. Saya A, wanita berusia 28 tahun. Saya dah bercinta dengan boyfriend saya, Z sejak dua tahun lepas.
Sepanjang hubungan kami, boyfriend saya melayan saya dengan baik. Soft spoken.
Tapi, ada beberapa perkara yang buatkan saya semakin tawar hati dengan dia. Semuanya bermula sejak saya melihat archive ig dia 8 bulan yang lepas.
Rupa-rupanya, dia masih simpan lagi post-post lama dia dengan ex-girlfriend, M. Dulu, mereka bercinta selama 7 tahun sebelum putus kerana masing-masing tak boleh kawal emosi.
Melalui archive ig, saya dapat melihat macam mana Z melayan ex dia dulu.
Z sanggup travel jauh untuk berjumpa M. Bagi surprise masa birthday dan anniversary. Selalu bagi bunga. Post gambar sweet2 dengan caption panjang2 yang menggambarkan rasa cinta mereka.
Point to be noted, Z sanggup kerja part time untuk bagi surprise kepada M ketika mereka masih belajar.
Kawan kami berdua juga pernah beritahu saya, Z memang jenis yang suka bagi surprise kepada girlfriend. Z juga selalu bawa M berjumpa dengan keluarganya.
Tapi dengan saya, saya tak dapat semua itu. Surprise pun tak, bunga apatah lagi. Anniversary kami hambar. Bunga pun tak nampak, surprise apatah lagi.
Bahkan, saya yang beria untuk menyambut anniversary kami. Masak dan sebagainya. Z pernah minta maaf dengan saya kerana tak mampu bagi apa-apa.
Katanya, dia tiada duit. Tapi, dia dah kerja tiga tahun kot. Saya pun tahu kewangan dia macam mana. Lebih daripada mampu. Takkan la beli bunga rm20 dekat pasar seni pun tak boleh.
Saya dah pernah bagi hint yang saya nak bunga tu, end up tak dapat juga. Bukannya saya nak yang mahal2. Untuk ex dia dulu, bukan main lagi. Siap travel empat lima jam naik bas nak bagi surprise.
Masa birthday saya pun, saya yang travel ke negeri Z bekerja untuk berjumpa dengan dia. Kalau ikutkan archive, dia yang travel beria. Siap bawak bunga yang dia sendiri gubah pulak tu.
Saya pun tak pernah tahu dia pandai gubah bunga. Bukannya tak tau buat, tapi dengan saya tiba-tiba auto tak tahu bercinta.
Gambar dekat ig pun, saya yang kena paksa Z post (lepas penemuan archive ig). Sampai menangis-nangis saya merayu. Sumpah, masa tu saya rasa insecure gila.
Tu pun dua bulan selepas tu baru dia post. Tanpa caption ya. Dengan ex dia, caption panjang berjela. Dia dah padam archive ig tu, tapi posts tu masih menghantui saya sampai sekarang.
Saya rasa saya petty sangat bila buat macam tu, tapi saya tak boleh stop nak compare. Apatah lagi, cara dia berbeza sangat.
Saya pun pernah ada ex dan love language saya pun adalah gift giving. Dan cara saya treat Z dengan ex saya sama saja. Bagi hadiah, masak, sambut tarikh-tarikh penting.
Jadi saya tak boleh nak hadam kenapa dengan saya, Z lain sangat.
Sebelum saya jumpa archive tu, saya tak kisah pun sebab saya ingatkan dia memang jenis tak buat benda-benda sweet macam tu. Terima seadanya la waktu tu.
Saya pun pernah tangkap Z stalk ex-gf dia masa dia dengan saya. Bila saya confront Z, dia kata dia cuma nak tahu sama ada ex dia bahagia tak sekarang sepertimana dia bahagia dengan saya.
Kemudian baru saya tahu, Z kenal dengan saya hanya selepas sebulan break dengan ex tujuh tahun dia tu.
Lagilah saya tak boleh brain. Dulu, saya ambik masa bertahun nak move on daripada ex saya yang sekadar dua tahun lebih bercinta tu.
Macam mana tujuh tahun bercinta, tapi nak move on dalam sebulan saja? Dahlah dia jenis suka bercerita pasal ex dia.
Kalau berbual dengan dia, dalam sebulan tu adalah dalam dua tiga kali dia throwback. Sampai saya rasa dah kenal ex dia tu luar dalam walaupun tak pernah jumpa.
Satu-satu Tuhan tunjuk dengan saya dan saya jadi insecure. Z ni dah betul-betul move on dengan ex dia ke? Atau saya ni rebound saja? Tapi takkanlah rebound sampai dua tahun?
Dia layan saya baik saja, tapi bila jumpa semua ni, saya tahu dia boleh jadi lebih daripada tu.
Tapi entah kenapa dengan saya, dia tak buat semua tu. Kadang-kadang saya rasa saya ni tak layak untuk dapat yang terbaik daripada dia dan saya yang beria sangat.
Tolonglah bagi pendapat. Saya dah buntu sangat.
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit