Aku nak singkap kembali kisah pengalaman aku kena belasah. Ya mat, kena belasah teruk. Ini semua sebab perempuan bernama Maria (bukan nama sebenar). Hubungan ini bertahan hanya 6 bulan.
Kerana seorang perempuan, lebam sana sini badan aku kena pukul. Tapi, aku tak ralat sangat bab sakit lebam tu. Cuma agak terkejut sebab tak pernah rasa kena belasah. Rasa macam jantan jugak la diri aku kena belasah teruk pun just lebam lebam je.
Perempuan. Kenapalah kau cantik. Aku faham wanita ialah makhluk ciptaan Allah yang Dia jadikan menarik dan menawan di mata lelaki. Aku minat tengok perempuan yang matanya luas, tajam, galak.
Ditakdirkan aku kenal Maria dengan mata sebegitu dan badan solid, memang aku takleh lupa dan mabuk cinta sayang pada dia. Dan kerana dia jugaklah, aku kena henyak.. cuma tak lunyai je. Binawe betul.
Kisah ni berlaku masa umur aku 29 rasanya. Aku berkenalan dengan Maria, seorang wanita, bekerja di sektor awam, usia 6 tahun lebih tua dari aku. Cantik Maria ni. Putih. Aku plak pantang nampak awek lawa and free hair plak, rasa minat nak kenal. Aku pun dah lupa macam mn detik awal aku berkenalan dengan dia. Tiba-tiba boleh get along dan berkawan.
Diringkaskan cerita, kami berdua start dengan berkawan pada awalnya dengan mesej dalam phone. Aku dan Maria ni jenis suka berborak. Mungkin sikap aku yang memang suka berborak dengan perempuan. Bukan nak test market tapi sembang dengan perempuan ni dia lain macam skit feel dia.
Bila dah lama, hubungan jadi mesra. So, start bersembang dalam telefon pula. Tempat aku kerja dengan dia dalam jarak 20km je. So, agak mudah nak berjumpa.
Awal-awal kenal dengan Maria ni kami boleh bersembang smpai ke pagi. Paling kurang sejam bila bersembang di telefon. macam2 topik dibualkan. Dapat pula kenal dengan si Maria ni yang agak cantik.
Bila dah mula keluar berdua, pegang tangan, manja mesra macam kekasih. Kadang time gila dia, dia keluar pakai skirt singkat. Parah. Kalau dia duduk dengan bersilang paha atas paha, cair mat. Laju je ajak g jalan-jalan sampai KL pun ada. Layankan Maria dengan hati yang tengah syok bercinta. Entah macam2 topik keluar masa tengah start minat kat Maria ni. Aku dah start intim dengan Maria.
Sejak bulan pertama kami berkenalan, Maria kata dia single. Aku pun takde la nak siasat sejauh mana pengakuan dia tu. Maklumlah, nampak dari segi perwatakan dia memang nmpk seperti mana golongan yang belum berkahwin. Cergas, nakal dan relax.
So aku tak suspicious tentang status dia walaupun musykil dari segi umur yang sedikit berusia dari aku. Perempuan cantik, solid tapi belum berumahtangga. Tak kan tak laku lawa2 macam ni. Takkan bertuah sangat aku ni masa tu.
Maria ni jenis kuat bekerja dan pandai bersembang. macam2 topik boleh dia kupas smpai seronok aku berborak dengan dia. Dan dia plak jenis seorang yang open. So, sebut aje apa topik nak sembang, dia boleh catch up sampai kau rasa terpesona dan tak perasan sampai berejam dok bersembang. Cuma ada seketika aku musykil.
Kadang-kadang masa tengah bersembang dalam telefon, Maria kata nak hang up sekejap and call balik semula sebab nak buka pintu lah, ada orang kat pagar rumah lah, ada nak selesaikan dobi lah. Macam2 lah. Lepas pada tu, dia akan call semula. Kerap juga terjadi bila dia call sejam, kemudian dia suruh aku letak telefon dan dia suruh aku plak call dia semula.
Aku tak ler heran sangat kalau nak bergilir-gilir call ni. Cuma masa tu ada jugak la datang dalam kepala “kenapa plak dia ni..”, “ada masalah ke..”, “ke dia takut bil dia melambung”, “kalau takut bil melambung, cakap je la.. aku pun boleh call dia, aku bukan kisah sangat bill telefon aku, bukan sampai kena bayar ribu ringgit bergayut lama-lama”. Tapi persoalan tu berhenti takat tu je..
Maria dan aku makin lama makin stabil hubungan kami dan dah rasa selesa. Bila dah selesa dengan Maria, aku rasa aku boleh bergerak ke fasa yang lebih dari sekadar kawan dengan Maria. Dan Maria pula memberi respon yang aku harapkan untuk aku jadikan dia wanita yang istimewa dalam hidup aku. So, kami menjalinkan hubungan yang mesra sebagai kekasih.
Aku selalu dating dengan Maria ke merata tempat. Asal ada je masa terluang kitaorang keluar berjalan. Maria sangat sangat menjaga diri aku. Pagi2 kejut aku awal untuk bersiap g kerja. Bila cakap aku nak keluar beli baju, mesti dia nak ikut sekali nak teman dan pilihkan.
Masa aku keluar main bola atau futsal, kadang-kadang Maria ikut sekali teman aku. Aku cukup bahagia dengan cara dan perwatakan Maria. Time aku warded sebab injury, kat hospital dia hari-hari datang jenguk aku walaupun aku tak suruh dia datang. Aku tak suka susahkan dia sebab bagi aku Maria dah banyak tolong aku. Maria ada setiap ketika bila saat-saat penting.
Ini yang orang kata tengah hangat bercinta, semua detail kau akan ingat satu persatu. Aku cukup hargai Maria. Dia memang caring dan tiptop sebagai wanita.
Dikala hubungan kami sedang berada dalam keadaan yang baik tu, satu hari dia kata dia nak balik kampung. Dia pesan dia nak balik kejap je dalam 3-4 hari. Dia pesan jangan call dia sebab kawasan tu agak tak bagus coverage telefon dan biasanya tak dapat di hubungi. Aku pun macam pelik, ada lagi ke zaman ni coverage masih tak ok. Tapi aku bersangka baik la dan aku terima.
So sepanjang dia takde tu, we lost contact. Aku macam lost sekejap. Rasa rindu pada Maria. Tapi macam biasa aku keluar minum dengan kawan kawan dan enjoy main bola dan sukan2 lain sebab aku jenis orang sukan. Aku boleh berhibur dengan sukan walaupun awek hilang 4 hari.
After a few days, Maria call aku. She is back in town. Aku happy la awek dah balik. So kami keluar makan and spend the day together. Rindu jangan cakapla. Jumpa tu terus terubat sikit. Dia cakap, baru tinggal 4 hari dah macam ni. Aku ketawa.
Dia cakap, hargai dia sementara dia ada ni, jangan cari perempuan lain. Gurau dia. Aku cakap tak mungkin kot. Maria je yang aku ada masa tu. So, hati aku dah dibulatkan hanya kepada dia sorang. Betapa sayangnya aku pada Maria, until..
Esoknya masa aku tengah makan pagi kat tempat kerja, aku dapat call dari nombor yang aku tak familiar. Caller dari seorang lelaki. Suara dia macam tegas dan susunan ayat tu macam nak membentak aku.
“Ini Hilmi ke?”
“Ya, saya. Ini siapa ye?”
“Aku Karim. Kau duduk kat mana?”
“Saya kat tempat kerja ni. Kenapa tu?”
“Aku nak jumpa kau la. Kau kerja kat mana? Kau kerja kat Muar kan?”
Aku tercengang. Dia ni siapa. Mana dia tahu aku kerja kt sini?
“Kau tak payah cakap banyak. Bila aku boleh jumpa kau?”
“Kenapa tu?”
“Aku suami Maria!”
Terkejut aku. Maria ada suami? Habis selama ni dia kata… Kepala aku dah start berputar ligat macam gasing. Hati aku berdebar.
“Aku tahu kau dengan Maria selalu bergayut berjam-jam. Kau apa hal? Maria tu isteri orang. Kau kacau dia buat apa?”
“Saya tak tahu. Saya berkawan dengan Maria.”
“Kau elok-elok sikit. Aku tak kira. Aku nak jumpa kau! Siapa bos kau kat situ? Nak aku cerita hal ni kat boss kau?”.
Lagi berdebar aku. Mampos kalau satu ofis kecoh dia datang sini nak serang aku.
Masa tu aku dah start faham. Aku kena game dengan Maria. Masa tu berdebar gila aku. Tak pernah aku rasa cemas macam tu.
Aku cerita kisah yang belaku pagi tu pada Maria. Aku tanya soalan2 bertubi-tubi pada Maria. Kenapa buat aku macam ni? Siapa Karim. Macam mana dia boleh ada no telefon aku. Dan macam mana dia tahu aku bergayut berapa haribulan dan berapa jam aku call Maria.
Maria buka mulut. Mula2 sekali dia minta maaf. Berdengung telinga aku. Suara dia macam cemas dan nak menangis. Akhirnya dia buka cerita sebenar.
Karim tu suami dia. Suami Maria yang sah. Maria ialah isteri kedua Karim dan mereka baru bernikah beberapa bulan sebelum aku kenal Maria. Tapi mereka duduk berjauhan. Kira pasangan PJJ la. Dia kat Johor, Karim kat Selangor. Sebelum ni dia cuba nak bagitahu status sebenar dia pada aku tapi dia tak sanggup. Dia takut aku tak nak teruskan hubungan ni. Dia takut aku marah dan kecewa.
Eh, mestila marah. Mestila kecewa namati. Engkau tu bini orang. Hak orang. Aku follow dari dulu sampai sekarang aku dah rasa sayang dah suka bagai, alih-alih benda ni pulak aku kena hadap. Memang aku terkejut dengan pengakuan Maria tu. Bini muda orang tu.
Segala maklumat aku yang Karim tahu rupanya datang dari Maria. Bil telefon Maria dibayar oleh Karim dan segala data mesej, nombor telefon pemanggil dan penerima ada tercatat pada bil telefon yang sampai pada Karim. Patutlah Karim dapat no. telefon aku dan tahu bila dan berapa lama kami bergayut.
Maria juga kena soal banyak dengan Karim lepas kantoi nombor telefon aku sebab kerap ada dalam bil dan tempoh masa panggilan yang lama berbanding nombor2 telefon lain. Interrogation Karim terhadap Maria membolehkan Karim tahu aku kerja apa dan di mana. Berkali-kali Maria minta maaf pada aku.
Aku keluar berjumpa dengan Maria. Kami bersembang lama. Aku dengar pengakuan Maria. Maria bagi peringatan untuk aku berhati-hati sebab Karim cari aku. Dia memang risau. Dia takut benda buruk menimpa aku.
Karim berusia dalam hujung 40an. Maria kurang masa bersama Karim disebabkan statusnya sebagai isteri kedua dan faktor PJJ menjadikan dia rasa agak kesunyian. So, dia akan bergilir jumpa Karim dalam jadual hidup mereka berdua.
Bila berkenalan dengan aku, Maya rasa lebih rasional dan ada peneman pada waktu kosong. Jadi aku simpulkan yang aku ni dijadikan teman untuk dia berkasih sayang, berjalan-jalan dan mengisi masa dia yang tertentu. Aku tak la ralat tentang tu melainkan part apabila dia tak bercerita siapa diri dia yang sebenar.
Dua hari lepas tu, kejadian yang pertama seumpamanya berlaku pada aku. Karim berjaya cari dan jumpa aku. Aku kena belasah dengan Karim kat sebuah kedai. Karim datang dengan sorang lagi lelaki. Aku tak melawan sebab aku cuba nak dia bertenang tapi penumbuk dengan kaki datang tak sempat nak tepis. Teruk jugak aku kena hari tu.
Karim terus lari lepas tu. Karim dok ulang sebut aku kacau bini orang. Ini first time aku rasa kena balun, kena lanyak teruk. Bengkak muka, lebam badan dan tangan. Perut sakit jangan cakap macam merangkak masuk kereta. Nasib kereta dekat. Masuk kereta tekan minyak terus gerak. Malu orang tengok.
Aku faham tindakan Karim yang marah isterinya diganggu. Tapi aku masih bingung dengan Maria disebabkan dia sembunyikan siapa diri dia, aku jadi mangsa.
Tapi sejujurnya, aku rindu kenangan 6 bulan dengan Maria. Perhatian dan belaian dari Maria yang aku belum pernah rasa sebelum ni. Jem jugak la sementara nak move on tu.
Aku stop hubungan dengan Maria. Itulah jalan terbaik. Nak rindu nak sayang boleh tapi nak dapatkan semula Maria itu tak mungkin terjadilah. Terima aje. Redha ni ujian. Mungkin ni kifarah kepada dosa lalu. Ada hikmahnya apa yang berlaku.
– Hilmi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Rasa nak padankan muka ko…
Nasib tak kena ikat dlm guni campak dlm gaung.
Bro..dlm dunia ni baik jantan ke betina yg tak BERIMAN mmg mcm tu la perangainya.Kaki spin kaki belit
Kaki penggoda.Sma je jantan betina.
Org beriman..nak menipu org pun x sanggup apatah lg permainkan hati org.
Zmn skrg rata2 manusia semua pembelit