Assalamualaikum semua. Aku nak bercerita kisah raya hari tu. Hati aku dah ikhlas cuma nak berkongsi.
Pada hari raya kedua hari tu, aku dijemput datang beraya ke rumah jiran mak aku.
Jiran ni kategori miskin tegar yang orang kampung sedia maklum. Jadi, aku bawa la siap2 makanan raya extra untuk tuan rumah jamu.
Selepas siap makan, aku angkat gelas2 tetamu ke dapur untuk di basuh dan ALAMAK terkejut aku tengok yang di dapur tu ada ….
Beberapa bulan sebelum raya, jiran aku ni perlu bawa anaknya ke KL untuk rawatan.
Mak aku tanya, boleh ke bagi tumpang dua tiga hari. Selepas tanya suami aku, suami kata ok.
Tak ada apa2 masalah pun sepanjang mereka menumpang.
Hari terakhir mereka duduk rumah aku, ada parcel baju raya sampai. Tak sempat aku nak sorok, anak aku dah koyak plastik parcel depan jiran aku tu.
Aku niat nak sorok bukan sebab apa, tapi takut mereka terasa & mak aku pesan jangan tunjuk lebih2, nanti orang tak suka.
Selepas parcel di koyak, jiran aku tegur, eh ni baju butik ABC kan. Dia kata selalu juga tengok2 di media social baju2 dari butik ABC ni.
Jiran aku juga tahu nilai baju di butik ABC ni cecah RM200-500. Bertambah rasa bersalah aku.
Aku niat nak ajak mereka sekeluarga beli baju raya la sebab mereka dah tertengok baju raya aku tu tapi bas mereka bertolak balik kampung malam tu. Memang tak sempat.
Selepas makan malam, aku tanpa fikir panjang ajak jiran aku tu masuk bilik pakaian aku. Aku nak bagi dia baju raya, tak kan nak bagi baju yang dah di pakai.
Aku tunjuk kat dia baju2 dari butik ABC yang aku beli masa sale, belum di pakai, belum di basuh & masih di dalam kotak.
Aku ni memang jenis suka beli baju masa sale, kadang2 terbeli tapi tak muat atau longgar sangat. Simpan dulu, ada masa akan di bawa ke kedai jahit, ataupun aku akan jual semula. Sekurang2nya dapat la balik sikit duit.
Lepas dia try, ada satu baju ngam dengan size dia. Aku anggap ni rezeki jiran aku la.
Aku pesan kat dia, kalau tak selesa pakai baju tu, boleh jual kat mana2 platform. Aku ok je. Aku pesan macam tu sebab baju tu dua lapis, siap ber-lace dan kain jenis tebal.
Malam tu juga, jiran dan anaknya bertolak balik ke kampung.
Fast forward hari raya kedua tu, aku masuk dapur jiran aku ni dan tengok baju butik ABC tu atas lantai dah jadi kain buruk bersama tagging harga yang belum di buang.
Aku dah ikhlas. Tak terasa nak mengungkit pun. Cuma sedih sikit je.
Aku buat2 tak nampak & kembali ke ruang tamu lepas basuh gelas.
Sesenang hidup aku masih waras untuk jual baju yang ADA HARGA, ADA NAMA di pasaran sebab tak nak membazir.
Mungkin tak tercapai akal dia untuk jual (walaupun aku dah pesan) dan guna duit jualan tu untuk benda lain.
– TI (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sedihnyaaa , ko jgn ckp tu baju LEEYANA RAHMAN yee..hangin aku dah la miskin , tak reti hargai barang..patutlah rezeki tak masuk…
Kadang aku rasa betui ckp Tun pasal melayu pemalas. Bangsa asing punya la berebut nk masuk malaysia boleh kerja walaupon haram, yg org susah ni malas, tatau bersyukur, keje komplen itu ini, derang la terpaling susah terpaling berhak utk semua bantuan. Dari awal aku sokong prof t20b40 tu
no wonder la jiran dia tu tetap miskin selamanya. duit dah memang takde, rupanya akal Allah bagi free pon dia taknak guna hahahaha
Katalah harga baju tu rm350!
Dan dia taknak pakai…kenapa dia buat kain buruk???????
Atas sebab apa saya tak dpt nak fikir.
Terlalu sakit nak fikir