Tak Tertarik Pada Opposite Gender Maksudnya Songsang?

Assalamualaikum, saya Sis, saya pernah post disini mengenai sukar untuk menyukai lelaki dan susah untuk develop perasaan dalam relationship.

Dan ada yang berpendapat tentang sexuality macam zaman sekarang. LGBTQ and so….

Honestly, saya bukan tak percaya benda macam tu haha. Cumanya, I don’t know why a few orang anggap bila kita tak attracted to someone then they label us macam ni macam tu.

I’ve never thought that way yang I ni homo which is attracted to the same gender lah. Bila I cakap I tak attract dekat lelaki pun bukan maksudnya I suka perempuan pulak.

Never in my life, I fikir perempuan in that kind of ways, I ada kawan perempuan and I lagi suka berkawan dengan perempuan sebab tak perlu jaga batas lebih2 macam kita bergaul dengan lelaki.

I sayang kawan I, kawan kan tapi tak pernah lah rasa nak ada rasa lebih2 pulak. Dan I perempuan kawan I perempuan I rasa senang kawan dengan perempuan sebab mungkin kami sama golongan, so senang matching vibes lah gitu.

Dan I honestly tak faham dengan orang yang attracted to the same gender atau label diri dia as asexual…bi and so.

Dia macam apa yang korang nak sebenarnya? Hidup korang ni macam mana? Berpaksikan apa? Nafsu semata ke? atau perasaan semata ke? atau kasih sayang semata? gitu.

Bila I ada kawan gay I tanya dia, you suka lelaki apa yang attract you dekat lelaki? kalau ada perempuan goda you, iman you still tercabar? then he said yes. Honestly I tak faham. Then I told him dia bi lah then dia terima just like that.

Then I macam apa yang korang mahukan dalam dunia ni? Senang2 je dilabel macam tu then you label orang lain macam apa yang you rasa pulak dengan fikir ouh I’m so open minded punya orang sebab I boleh berfikir macam tu.

Asexual and aromantic, I’am not. Of course I dilahirkan untuk berpasangan dengan lelaki. That’s all.

Mengenai perasaan suka atau tidak, akan suka kalau dah jumpa orangnya yang dituliskan. Bukankah Tuhan dah memberi arahan begitu. Bukan asexual or aromantic or aroace and so.

And hidup I bukan semata untuk cari pasangan sahaja dan mencari sexuality kita. Kita hidup dekat dunia ni untuk mencari saham akhirat. Jadi pentingkah perasaan kamu? sedangkan perasaan Tuhan pun kamu abaikan?

I pernah tanya dengan kawan I yang LGBT ni, sebab I curious, but mostly kawan I yang homo ni target diorang adalah nafsu. And might be some ada pengalaman yang tidak berapa okay lah.

Then disebabkan “dark history” merekalah, mendorong mereka ke arah sedemikian. Betul hidup dekat dunia ni susah, bukan you sorang je, semua orang. And kita ni ada pilihan banyak bukan dua atau tiga pilhan sahaja.

Bukan apa I rasa macam ralat bila orang melabel I macam-macam. Macam itu pulak tujuan hidup aku dekat dunia ni. Ada lagi bende lain aku fikir, kalau kau diarahkan untuk tertarik kepada lelaki atau jantina lain then do it.

Then, move on to another phase of your life, kenapa susah-susah nak fikir kamu tu sexuality apa.

Hmm berbaliklah ke Tuhan kamu, jangan lah fikir lebih dari apa yang diarahkan.

– Sis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *