Assalamualaikum semua.. Suka pergi pasar malam or somewhere yang banyak gerai jualan?
As for me, yaa. Sebab dekat pasar malam banyak makanan.
Selalunya kalau haritu kelas habis awal, aku dengan member pergi jelajah pasar malam.
Cerita pasar malam aku discover something selain makanan.
Kalau lah korang perasan dekat pasar malam selalunya ada je peminta sedekah tak kira lah lelaki ke perempuan and mostly mereka uzur dan ada juga yang cacat.
Kesian kan ke ada yang takda feeling? Hrmm memanglah ada kan.
Kerana kesian, hati kata kena buat something for them. Derma.
Discover something. Honestly, aku lihat ramai yang takut sangat keluarkan duit sampaikan sanggup mengatur langkah dengan laju ibarat angin yang lalu dihadapan manusia.
Kerana takut nak derma, sanggup palingkan muka. Kerana takut nak derma, ada yang sanggup tidak lalu kawasan itu.
Kalau ikut kepala otak masyarakat yang bijak pandai, mereka kata itu sindiket. Takpun pemalas kerja. Biasa dengar kann.
Kalau ikut kepala otak aku pun, I will say the same thing.
Mujur mak selalu ingatkan, “tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah”. So pandai2 apply that word.
Bagi aku lah, salahkah kita keluarkan duit. Tak perlu tunggu duit dah banyak dalam dompet. RM1 pun boleh. Kalau kedekut gila ayah sekalipun derma lah duit syiling.
Takpun gerai kan banyak kat pasar malam, kau yang awalnya nak beli kuih RM1, cuba gandakan belian jadi RM2. Sedekahkan kuih RM1 tadi ke si peminta. Bukankah lebih bermakna.
Si peminta dapat makan. Mungkin seharian dia tak makan. Tu pun kalau kau takut sangat dia tu sindiket. Kalaulah kau dah takda duit gila ayah, sedekahkan senyuman cukuplah.
Mereka juga manusia. Mungkin mereka lebih mulia dimata Allah. Who knows?
Bukankah islam kata senyuman itu sedekah instead of palingkan muka and jalan ibarat angin yang lalu.
So starting today, lets change. Yang mana kata takde duit sangat tu, belajar senyum. Tak pandai senyum, suruh kawan sebelah tarik pipi sampai boleh senyum :)
Kata pada diri, next time kalau takde duit, aku janji akan senyum dengan mereka.
Takpun dengar pi dengar lagu aziz harun. Haha.
Assalamualaikum :)
– 137 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit