Assalamualaikum.. Aku Zira 27 tahun.. First of all, terima kasih admin kalau kisah aku ni di”approve”kan oleh admin.. 2 3 hari lepas aku ada terbaca confession tentang “Tunang Psiko”, part I, (https://iiumc.com/tunang-psycho/) & part II, (https://iiumc.com/tunang-psycho-ii/). Kisah aku mungkin ada serba sikit sama dengan confessor tapi tujuan aku tulis kisah aku ni untuk memberi pengajaran buat semua & mengambil ibrah dari kisah ini.
Maaf cerita ini agak panjang.
Aku & P bercinta selama 3 tahun. Sepanjang tempoh tu, dia layan aku dengan elok & hubungan kami berjalan lancar. Kisah bermula pada tahun ketiga kami bercinta. Masa tu aku masih lagi study di uni di selatan & dia kerja di pantai timur. Semua bermula bilamana dia kata dia nampak aku berdating dekat tempat kerja dia. Aduhaii. Masa tu aku still positif lagi & kami selesaikan dengan cara elok. Alhamdulillah setel.
Next day, masa ni tengah on call dengan dia. Tetiba dia kata ‘kau gelak-gelak dengan jantan mana tu hah?’ Aku terkejut beb sebab time tu memang kami xda borak apa. Memasing diam ja plus rumet aku tengah tido time tu. Aku dah start macam pelik dah. Start dari hari tu macam-macam dia tuduh aku & semuanya benda xmasuk akal
Aku try bersabar lagi dengan perangai dia yg macam hawau tu. Last sekali kami gaduh time aku date dengan dia. Puncanya, dia tuduh aku pernah kawin dengan bapak dia. Bapak dia gais! gila ke hape kan. Bapak dia meninggal tahun 1988 & aku pulak lahir tahun 1991. Memang tak masuk akal la. Haru betoi kami gaduh & gaduh sampai la accident. Alhamdulillah kami dedua selamat & keta agak teruk jugak sebab terbabas. Aku ada luka sikit. And korang tau tak tu kali terakhir aku jumpa dia.
Lepas 2 tahun dia menghilangkan diri, tetiba dia muncul balik cari aku. Masatu aku ni still ada lagi perasaan sayang kat dia sebab aku jenis kalau sayang yang tu memang yang tu jela. Bodoh kan aku
Bila aku tanya dia kemana dia menghilangkan diri selama 2 tahun tu, jawapan dia, dia pi berubat & belajar agama. Aku yang si bodoh ni pun percaya la cakap dia. Then, dia ajak aku bertunang kononnya nak halalkan hubungan kami & sekaliagi kebodohan aku ialah aku terima dia & kami bertunang
Aku ingatkan bila dah bertunang ni dia akan jadi makin elok tapi rupanya makin teruk. Lepas 2 ke 3 bulan kami bertunang, dia tuduh aku ada affair dengan officemate aku(masa ni aku dah habis study & dah kerja dekat selatan jugak). Aku bengang gila sebab kena tuduh macam tu kan sedangkan benda tu memang aku xbuat. Lagipun dia dekat pantai timur nun cemana pulak dia tau aku buat camtu. Sesedap rasa dia je tuduh aku. Esoknya time aku nak gi office tetiba aku nampak dia terpacak depan office aku. Terkejut beruk aku. Katanya dia xpuas hati dengan kes semalam.
What the fish! Dia start tengking-tengking aku dah kat situ. Semua yang nak punch card memang pandang la kami yang tengah berdrama kat situ. Malu oiii! gaduh punya gaduh dia keluarkan pisau & kelar tangan dia depan aku sambil menangis. Depan aku!! Apalagi memang gelabah biawak la aku time tu..aduhai.
Officemate aku bawak dia p klinik apa semua kasi setel dia punya kes. Aku pulak pengsan sebab mabuk darah aku decide nak call abang dia untuk ambik dia dekat situ. Family dia semua datang & guess what semua salahkan aku atas apa yang jadi. Mak dia start maki aku macam-macam dengan kata-kata kesat. Perempuan xsedar diri, perempuan murahan, perempuan jalang. Aku memang dah terlalu kecewa dah time tu. Hanya Allah ja yang mengetahui perasaan aku time tu.
Dia pulak pi keruhkan keadaan sebab katanya aku yang cabar dia untuk sakitkan diri dia & katanya lagi masa dia sampai depan office aku tu, dia nampak aku tengah berpeluk dengan jantan lain! What the fish aku nak buat camtu! And semua family dia terpedaya dengan cerita dia & semua bengang dengan aku.
Kawan aku & family suggestkan untuk aku putus tunang tapi aku berkeras taknak. Mungkin sebab sayang. Bodohnya akulepas aku istikharah tapi aku masih tak jumpa lagi jawapan yang aku nak. Then aku ambik keputusan untuk mencari ketenangan 2 3 hari. Tujuan aku bukan untuk melarikan diri dari masalah tapi lebih kepada tenangkan diri. Sejak dari hari kejadian sehinggalah ke hari aku mencari ketenangan tu, dia xpernah contact aku. Mungkin tu petunjuk yang Allah bagi tapi malangnya aku xsedar
Sepanjang tempoh “mencari ketenangan” tu, berkali-kali aku mohon diberikan jawapan &diberikan jalan keluar atas semua masalah aku. Finally, aku buat keputusan untuk jumpa dengan dia & selesaikan masalah kami. Dia setuju & dia decide untuk ambik aku dekat rumah sewa aku. Sepanjang perjalanan, kami berbincang & nampak gaya macam ada sinar baru untuk hubungan kami. Aku berharap semuanya baik-baik saja sebab dalam masa sebulan lagi kami akan kawin. Bincang punya bincang, tetiba dia dapat call dari kawan dia. Mungkin dia nakkan privacy, dia keluar dari kereta untuk sembang dengan kawan dia.
Aku pulak time tu tergerak hati nak bukak dashboard kereta dia & guess what aku jumpa 1 surat. Aku diam & terkelu. Dia terpaksa hantar aku balik sebab ada hal katanya. Bila sampai ja depan rumah aku, aku terus tanya pasal surat tu. Berubah muka dia woi! Aku plan memang nak tanya kat situ sebab kalau aku tanya dalam kereta sahih dah aku kena tinggal tepi jalan. Cemana aku nak balik woi! dah la time tu grab xda lagi. Mula-mula dia marah aku sebab aku selongkar bsrang dia.
Aku kuatkan hati untuk paksa dia cerita hal sebenar. Apa nak jadi, jadilah. Rupanya 2 tahun dia menghilang tu rupanya dia dihantar ke hospital tanjung rambutan atas sebab tekanan perasaan. Aku serius terkejut. Dia cuba yakinkan aku yang dia dah sihat sepenuhnya dari sakit dia. Sungguh-sungguh dia yakinkan aku. Tapi aku xyakin. Rasanya aku dah dapat jawapan yang aku cari. Terima kasih Allah.
Aku balik kampung bincang dengan family & aku buat keputusan nak putuskan pertunangan tu. Sedara mara semua kecam aku tapi mama abah aku just ikut keputusan aku sebab depa percayakan aku. Tapi aku xbagitau pun hsl yang sebenar & xda seorang pun dalam kalangan family tahu yang dia tu psiko. Mesti korang kata aku ni jahat lepas dapat tahu semua tu terus aku nak putus kan.
Aku fikirkan masa depan aku & aku xnampak dia berubah. Family aku jumpa family dia untuk putus secara baik. Family dia terima tapi penuh sindiran. Katanya aku menduakan anaknya. Aku terima. Dia pun terima & anggap kami xda jodoh. Lepas kejadian tu, aku terus lost contact dengan dia. Aku bersyukur segalanya selesai. Alhamdulillah.
Rupanya aku silap. Aku diuji lagi. Beberapa bulan lepas kejadian tu aku jatuh sakit iaitu penyakit misteri. Aku sakit separuh badan sebelah kiri, perut terasa ditarik-tarik, dicucuk-cucuk, kaki tangan jadi sejuk macam duk dalam peti ais. Aku terpaksa berhenti kerja disebabkan hal ni. Puas berubat hospit tapi tak sembuh-sembuh. Masa ni Allah hadirkan kawan uni aku namanya U. U cadangkan dekat family aku untuk berubat dengan ustaz. Kami berubat ke utara atas cadangan U di darul syifa ditemani abah mamaku. Masa tu ustaz ada memberitahu kami yang aku terkena sihir. Semua terkejut & tak sangka semua tu terjadi pada aku.
Sejak dari hari tu berpuluh ustaz yang kami temui untuk sembuhkan sakit aku. Siapa yang buat? Ustaz x pula menyebutnya. Tapi rata-rata yang bagi gambaran ada berkaitan dengan ex tunang aku. U & family aku berusahs sekerasnya untuk mencari ustaz yang boleh menyembuhkan aku. Saat sku menulis, Alhamdulillah aku sihat sedikit tapi tidak sepenuhnya. Doakan aku sembuh dari sakit aku readers sekalian. Mungkin doa dari kalian dapat menyembuhkan sakit aku.
Buat ex tunang, sekiranya kesakitan ini disebabkan perbuatan syirikmu, aku doakan Allah kembalikan kau ke jalan yang benar. Dan semoga Allah mengembalikan kesakitan ini semula kepadamu supaya engkau bertaubat kembali
Buat confessor “Tunang Psiko”, nasihatku sayangi dirimu dahulu sebelum kau menyayangi orang lain. Tak mudah dik untuk hidup dengan manusia psiko & ‘sakit’ sebegitu.
Buat readers sekalian, terima kasih sudi luangkan masa emas anda untuk membaca coretanku yang terlalu panjang. Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. Mungkin apa yang terjadi kifarah untuk diriku yang terlalu alpa dengan perintah Penciptaku Doakan aku kembali sihat seperti biasa & doakan perancangan aku untuk mengikat tali pertunangan dengan U awal tahun depan berjalan lancar. Semoaga Allah mengampunkan semua dosa~dosa kita yang lalu. Aamiin. Assalamualaikum.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit