Takdir Dia Bukan Jodoh Aku

Nama aku Atira (bukan nama sebenar). Walaupun aku duduk dibandar Kuala Lumpur KL, pemikiran aku tetap berpegang pada hukum hakam Agama dan asal aku pun memang dari kampung pun. Jauh dipendalaman Pahang. Masih lagi sedar diri katakan. Hehehe.

Ni kisah awal usia aku 20an. Di KL ni aku sambung belajar dan terus kerja disini sehabis tamat pengajian. Diploma jer. Memang aku ada niat nak sambung belajar lagi tapi mak ayah aku dah tak mampu nak tanggung aku belajar.

Sebab diorang pun dah tua kan nak tanggung aku. Lagi pula hidayah tu baru jer sampai untuk belajar betul-betul. Baru semangat nak belajar Masa Diploma aku banyak main-main. hehehhehe

So Masa kerja tu aku sambung belajar Degree in Psychology tapi tanpa pengetahuan mak ayah aku laaa.

Alhamdulillah rezeki dikurniakan kawan-kawan yang baik, boss yang memahami, manager yang sekepala dengan aku masa tu and sentiasa bagi mental support kat office. Syukur atas nikmat itu.

Aku perform baik dalam kerja masa tu takda pun ada gangguan dalam pembelajaran aku. Aku boleh fokus kerja dan study. Kira pandai juga aku bahagi masa tu kan..

Oh lupa pula, aku sambung belajar di sebuah College Swasta di KL.

Selalunya cerita dari IIUM Confession ni, aku dengar pengalaman orang yang lalui kisah buruk dengan orang lain, tapi ini kisah salah dan silap aku sendiri yang aku buat dekat orang lain. Peluang yang aku dapat, aku tak guna dengan tepat.

Dari aku belajar lagi, aku memang sudah pun mengenali seseorang lelaki ni. Nama yang diberi adalah Malique (disebabkan aku memang minat rappers Malaysia).

Malique tu bukan nama sebenar. Malique ni tua setahun jer dari aku. Malique ni memang sangat baik sampai aku sendiri pun tak tahu nak balas kebaikkan dia tu macam mana. Sangat ambik berat dan penyayang. Banyak kali jugalah dia cakap dia nak jaga aku sampai bila-bila.

Masa aku kerja pun dia datang dekat tempat kerja aku.. suprise katanya.. Aku ni jer benak Ubi tak faham lagi bab-bab cinta ni. Aku ni jenis kasar, suka buat lawak-lawak bodoh, tak terfikir pula ada jugak orang nak dekat aku ni.. hehehehe

Masa aku dah kerja laaa yang aku baru faham walhal kami dah tiga tahun berkawan. Tapi masa aku belajar kami tak serapat sekarang ni. aku pernah juga terfikir nak menguji tengok sejauh mana diri dia sanggup buat untuk aku.

Sebenarnya Malique jugalah bagi candangan untuk aku sambung belajar capaikan cita-cita aku dan yuran pendahuluan dia juga yang bayarkan. Huhuhu.. weyh aku bukan materialistik, aku dah kerja dan aku boleh jer survive sendiri.

Tapi Malique ni dia memang jenis pentingkan pendidikan dan ilmu. Sebab tu dia minta aku sambung belajar. Aku discuss dengan boss aku, dan boss aku pun faham.

Malique ada bisnes kecil-kecillan tapi dia Masih cari pengalaman untuk belajar lagi luaskan sayap dan dia pun memang datang dari keluarga yang berbisnes. Ini bukan drama TV3 and ini real tau.

Apa yang ada pada aku, aku pun tak tahu. Gaji yang aku kerja cuma habiskan untuk study dan bilik sewa. Pengangkutan senang naik LRT direct jer terus ke destinasi. Malique jugalah yang selalu bagi semangat dekat aku. Supaya tak putus asa. Back up yang mana perlu.

Aku ni pula tak pandai nak menilai dan memahami isi hati Malique ni untuk aku. Aku just anggap dia kawan dan tak lebih daripada tu. Masa tu aku betul- betul berfikir untuk jaga iktilat antara kami. Day by day, bila tengok kesungguhan dia untuk aku, aku mula terima.

Sebenarnya aku memang dah lama ada hati dah dekat Malique ni, cuma aku tak nak tunjuk jer. Aku ada juga berterus terang kat Malique yang “kita kawan macam biasa dan selebihnya kita berserah pada Allah SWT.

Alhamdulillah dia terima cara tu. Kita orang happy jer macam biasa. Tapi takda selalu keluar bersama dating, ada masa jer baru keluar, kalau keluar pun ada orang lain jugak temankan. Bukan berdua yea.

Dia bawa aku jumpa keluarga dia, Papa, Ummi tiri dan dia ada seorang adik tiri. Kecil lagi umur 3 tahun. Comel sangat. Family dia semua suka aku. Berborak macam- macam sampai Papa dia pun ajak aku kerja sekali dekat company dia.

Family ni sangat humble. Merendah diri, Selalu tanya aku bila dan bila haaa ni pasal kahwin lah. Faham lah pemikiran umur yang masih muda masa tu aku mana fikir apa-apa lagi.

And aku yang masih belajar. Aku pula bendul masa tu tak faham bila orang lelaki bawa kita jumpa family tu tanda dah serious. Hehehe aku memang lembab bab cinta ni.

Ada sekali tu ummi dia bercerita yang Malique ni sebenarnya takde lah macam sekarang ni happy go lucky. Kalau tak, nak balik jumpa family dia ni sendiri pun susah.

Yela dia pun datang dari broken family. Malique ni ada 3 orang adik beradik tak termasuk adik tiri. Dia Anak kedua yang digelarkan Angah.

Dari umur 10 tahun dia dah kehilangan abang kandung disebabkan kemalangan, Dalam pada tahun yang sama, Parents dia pula bercerai dan Mama dia bawa diri ke Singapura untuk teruskan hidup dekat sana bawa pula adik Malique yang paling kecil.

Penceraian tu membuatkan hidup Malique huru hara. Dia jadi suka menyendiri dan tak nak berkawan. Cuma kalau sepupu dia datang barulah dia keluar bilik. Kalau tak dia akan memerap jer.

Malique sekolah macam biasa, tapi itulah keadaan dia. Malique ni seorang yang bijak dekat sekolah, selalu dapat no 1 dalam kelas. Sampai cikgu dia puji dengan diri dia..

Lepas setahun pada tu, Ummi dan Papa berkahwin, lagilah dia jadi memberontak sebab dia dah tak de siapa lagi. Nasib baik tak menganggu pembelajaran Malique. Papa dengan Ummi baru jer nak memulakan perniagaan baru jer nak kukuhkan semula.

Ummi cakap ada juga salah kami sebab kami memang kurang beri perhatian dekat Malique. Fasa Umur Malique memang perlukan perhatian dan kasih sayang.

Ummi selalu jer dekat rumah untuk jaga dia tapi Malique ni memang boleh dikatakan tak pernah bercakap dengan ummi lah. Memang dia benci dengan ummi. Dia selalu salahkan papa dia, sebab mama dia tinggalkan dia.

Tapi masa tu Ummi belum lagi kenal dengan Papa Malique semasa mereka bercerai. Papa tu cuma struggle untuk bisnes dia yang tengah goyah. Barulah Ummi hadir untuk membantu.

Sebenarnya sebelum Along kemalangan, along ada whatsapp gambar Mama (ibu kandung Malique) dekat Papa dengan lelaki lain.

Cuma papa diamkan jer sebab Along dengan papa tahu yang Malique memang rapat sangat dengan Mama dia. Takut Malique kecewa nanti tengok gambar tu.

Sebenarnya benda tu berlaku dari Along kecik lagi. Cuma barulah dapat bukti. Tapi bila Arwah Along nampak sendiri dengan mata kepala dia sendiri apa yang jadi, baru dia faham.

Walaupun Arwah Along ni anak kandung Mama, dia lagi selalu dianak tirikan oleh mama kandung dia sendiri. Tapi lain pula layanan Angah (Malique) dengan mamanya. Memang betul-betul dia sayangkan Angah. Malique tak pernah tahu pun sikap mama dia macam tu.

Along bergaduh dengan Mama disebabkan tu juga kemalangan berlaku. Along stress sebab mama dia selalu comparekan dengan angah (Malique) puji anak yang pandai, bijak.

Along ni memang kurang sikit dalam pembelajaran, tapi Along dengan Angah tetap rapat and sentiasa bersama.

Itu yang papa cerita dekat ummi. Along dah Sekolah Menengah masa tu. Sebab tu Angah pun terkejut apa yang terjadi dekat Along.

Duit pampasan kemalangan Along, semua mama ambik. Lepastu mintak cerai dengan Papa. Itulah yang Ummi tahu dari cerita papa. Adik tak tahu apa-apa lagi.

Umur 13 tahun, Malique ni dimasukkan ke sekolah berasrama penuh. Salah satu sebabnya dia tak nak tinggal serumah lagi dengan Ummi.

Kalau cuti panjang Ummi dengan papa nak ambik dia, dia selalu pilih duduk rumah cousin dia tu. Pandang pun tak nak. “Terasa hati tu tak payah cakap laaa kan Tira”. Faham sendirilah. So Tira lah yang selalu ada dengan Malique yang dah ubah diri Malique.

Tak tahulah Malique tahu atau tidak apa yang terjadi dulu, mungkin sekarang ni sebab dia dah makin matang boleh terima Ummi dan adik dalam hidup dia. Betul-betul ummi nampak dia dah berubah.

Sebenarnya antara aku dengan Malique, ada ujian lain yang mengganggu hubungan kami ni. Sebab tu hati aku berbolak balik untuk terima Malique dalam hidup aku.

Mama kandung Malique memang tak sukakan aku. Siap warning aku untuk tinggalkan Malique. Mama dia nak jodohkan Malique dengan Mira (bukan nama sebenar) dia ni macam anak kawan mama dialah setahu aku macam tu.

Bila aku bertanya pasal Mira, Malique macam berubah wajah tau. Dia just cakap Mira tu just kenangan silam dia. Aku just mampu diam laaaa.. Pasal tu pun dia tinggi suara, tapi Malique pandai pujuk balik.

Tapi Malique jaga mama kandung dia baik sangat bila berjumpa. Mungkin disebabkan jauhkan nak berhubung. Aku faham jer sebenarnya. Tapi pada masa yang sama aku takut.

Entahlah. Apa niat sebenarnya Mira dekat Malique sebab aku pun pernah dengar kisah Mira selalu disebutkan oleh cousin Malique. Malique ni ada cover-cover juga pasal mira ni. Nak kepastiaan nanti kene marah pulak.

Lepas kene warning banyak kali aku rasa aku dah tak patut teruskan hubungan aku dengan Malique. Lepastu aku ambik keputusan untuk berhenti kerja and belajar. Aku memang terus larikan diri balik kampung.

Aku fikir kalau mama dia dah tak sukakan aku, aku pun takkan boleh bertahan lama untuk jadi sebahagian family diorang.

Aku kan belajar Psychology so banyak juga pengalaman cerita pasal mak mentua ni. Belum lagi kisah-kisah confession dekat sini. Memang kebanyakkan dari mak mentua. Hehehehe.

Aku ni tak naklah makan nasi berlaukkan api sebab aku ni ada barannya juga. Takutlah terlepas sikap sebenar aku.

Dengan keputusan yang aku buat tu, Malique ni terus-terus pujuk aku, barulah dia nak cerita segala benda tentang Mira dekat aku. Tapi dah terlambat dah. Aku dah makin jauh dengan dia.

Bila dia cerita, Mira ni adalah kisah silam dia, dia cakap yang tak sepatutnya aku tahu. Dia tak de apa pun perasaan kat Mira ni pun cuma Mira tu yang beriya sangat nak ambik hati, membuatkan Malique ni jatuh cinta dekat dia. Mira tu jer yang beriya.

Nak katakan Malique tu berduit bisnes kecil dia tu pun masih goyah. Hanya dengan bantuan Papa dia jer boleh kekal. Malique cakap hanya aku jer boleh buatkan dia happy dan dapatkan semangat hidup yang baru.

Tira yang sentiasa beri nasihat bila kita masing-masing sama memerlukan. Pandaikan dia pujuk. berSungguh sangat Malique explain.

Sampai suatu masa, Malique mintak untuk Papa dan Ummi pujuk. Nak terus ajak aku kahwin. Tapi aku tak nak. Mana boleh aku leraikan kasih antara ibu dan anak dia. Kan?

Tak pela aku rela undurkan diri. Apa yang aku fikirkan masa tu tak tahulah betul atau salah. Tapi kami still contact macam biasa sebagai kawan. Tapi Malique anggap aku lebih pada tu. Sentiasa supprise aku

Malique selalu cakap “bila Tira dah ready nak teruskan hubungan ni bagitahu malique. Ape yang Tira perlukan cakap jer. Mesti Malique ada untuk Tira”.

Tapi dari sisi lain Mira sentiasa ganggu aku kehidupan aku. Warning lagi sampai aku tukar number baru laa aman hidup. Itu tak termasuk dekat media sosial aku lagi.

Malique selalu jer ada, sanggup datang jauh-jauh untuk aku. Tapi aku takut. And aku buka hati balik untuk terima Malique. Tapi aku ada masalah aku sendiri yang membuatkan kami PJJ.

aku dah beri kepercayaan dekat Malique untuk hubungan ni. Dah mula pun perancangan untuk perkahwinan, Tapi Ada pula kisah yang aku tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata lagi.

Bila dapat tahu dia ditangkap khalwat dengan Mira. Dia dipaksa kahwin dengan Mira disebabkan Mira dah mengandung. Macam tu la aku dengar cerita dari adik dia. Kene perangkap sebenarnya tapi Malique boleh mengia-iakan untuk perkahwinan tu.

Ummi dan Papa puas betulkan keadaan untuk terus terang dengan apa yang jadi. Tapi Malique rela untuk berkahwin dengan Mira. Sebab Mama dia yang paksa. Papa dia cerita dekat sana pun dah huru-hara dengan apa yang jadi.

Patutlah dia macam nak tak nak contact aku akhir-akhir ni. Biasa dialah yang paling beriya nak tahu perkembangan aku kat sini, rancang macam-macam. Menda pun dah jadi, aku just rela lepaskan dia buat selama-lamanyalaaa.

Dan baru ni aku tengok dekat FB dia dah Dapat anak yang kedua. Aku ada dengar juga Malique ni dah bercerai. Tapi malas laaa percaya dengan mulut orang ni kan.

Itulah silap aku yang aku sendiri tak boleh perbetulkan lagi, dah ada peluang aku tak bersungguh- sungguh untuk dapatkannya. Hermmm benda dah jadi Aku jela yang masih single, menanti sesuatu yang tak pasti akan jadi milik kekal selamanya hingga ke syurga.. Wuerk.

– Atira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *