Assalammualaikum .. Terima kasih kerana sudi terima penulisan sy. Sebelum ini saya share tajuk yg sama iaitu “Takdir Ilahi” dan kali ini saya akan membawa tajuk saya iaitu “Takdir Ilahi II” . Moga mendapat manfaat buat semua yang membaca.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Kekurangan dari ekonomi dan kekurangan dr kasih sayang ibu bapa. Allah menentukan takdir hidup aku dr kecil seorang yg selalu sendiri. Aku seorang anak tunggal, yang tiada tempat bergaduh dan bermanja. Hnya aku mempunyai insan2 sekeliling yang menghargai aku, itulah kegembiraan aku.
Tapi kali ini aku bukan ingin bercerita tentang kisah family aku yang diuji dulu. Aku ingin bercerita tentang diri aku. Dari mula aku seorang yang tidak bijak dlm akademik. Kelas belakang. Hanya satu yg mengubah segalanya iaitu Niat. Dengan izinNya Allah beri aku peluang tnpa aku sedar. Lepas SPM dgn keputusan yg teruk , gagal 4 subjek sains tulen. Aku futher study diploma di sebuah kolej swasta dan skrg aku futher stdy Bachelor Education Guidance & Counseling di UA . Semua tak pernah terlintas dek akal fikiran yang aku akan perolehi ni semua. Tapi setelah Dia uji, Dia akan beri sesuatu yang kita sendiri tak terfikir kita mampu dapat.
Setelah struggle almost 18 tahun dlm hidup harungi ujian yang bg aku hebat tak terkata. Kali ini aku rebah tanpa suara. Rebah yang di mana, bila kau bercerita dengan semua. Aku pasti tak semua akan rasa dan faham. Di saat itu , aku diuji dengan satu penyakit iaitu Depression Disorder. Hampir sebulan lebih aku rebah di katil, tak mampu bangkit. Makan tidak terjaga. Tapi Depression adalah salah satu penyakit mental yang sangat kritikal dan mampu membunuh jiwa kau as a human. Selagi mana kita tidak pernah merasai apa itu Depression Disorder, selagi itu kita tak akan faham betapa sakitnya Depression yang orang lain rasa.
Pada awalnya, aku ingat ini hnya penyakit biasa. Bila hari demi hari aku merasai perubahan diri aku yang agak ketara. Aku search simptom-simptom depression. Dan kebanyakkannya semua kena dengan aku. Once bila kau rasa depression tu, jiwa kau rasa ingin memberontak, kau ingin meraung, kau menangis sendiri. Hnya yang mampu memulihkan kau adalah “Masa” . Kau hnya perlukan masa. Tanpa masa , semuanya akan membunuh kau dalam diam.
Kadang kita rasa kita tiada harapan hidup bila kau alami penyakit ini. Yaa.. Kau rasa hidup tu dah tak ada apa2 erti. Tapi dalam diam, ada insan yang menarik kau tak biarkan kau keseorangan. Hidup kita ujian berbeza. Ujian semua orang tak sama. Kadang kita sendiri tak terfikir yang kita akan alami ujian yang sehebat itu. Tapi satu pesanan yang aku ingat “Ujian hebat, untuk insan yang hebat” dan ” Allah tidak akan membebani mereka andai mereka tidak sanggup” . Mungkin niat aku dr sekolah menengah nak menjadi seorang penulis dan motivator. Sebab itu Allah beri aku ujian pelbagai rasa.
Dalam rebah kita, rupanya Allah ingin memberi kita peluang jiwa yang baru. Hati yang baru. Saat itu kau akan lihat besarnya hikmah Tuhan beri dengan ujian yang kita terima. Bukan mudah untuk bangkit. Siapa kata pesakit depression mudah bangkit. Tidak! Tidak mudah untuk dia bangkit sendiri. Kalau tak percaya, cuba rasa sekali je depression tu macam mana. Baru kau belajar satu erti , yang kau akan belajar memahami orang lain. Sebab kau dh rasa sakitnya bagaimana.
Untuk mereka yang mengalami penyakit yang sama seperti saya. Kamu punya peluang dlm hidup, walaupun sesuatu cita-cita yang kamu ingin kecapi pd pertengahan jalannya gagal oleh kerana Depression. Kau jangan menyerah! Kerana sakit itu kau tak pinta tapi Allah yang memberi rasa. Sungguh Allah sayang kamu.
Jangan kita tinggalkan mereka, kerana mereka juga manusia. Sakit mereka hnya mereka dengan Tuhan saja tahu. Kerana depression bukan sebab seseorang itu tiada iman. Bukan kerana sessorg itu tidak mendekatkan diri mereka pd Tuhan. Mereka sudah usaha. Tapi depression ada satu penyakit mental yang terjadi kerana ada kecederaan yang berlaku dlm otak mereka. Mereka perlukan masa. Beri mereka masa , In shaa Allah mereka akan bangkit dengan semangat yang baru dan mereka akan menjadi insan yg lebih berjaya satu hari nanti.
– N.A.A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit