Takdir Perkahwinanku

Orang lelaki, terutamanya seorang suami kalau hilang pekerjaan, terus segala kehormatan dalam rumah jugak akan hilang kan?

Terasa nak tulis kat sini.. Sebab nak luah perasaan dah tak de tempat. 

Dulu aku kerja kat satu syarikat swasta. Datangnya covid, aku hilang pekerjaan. Company rugi banyak. Hilang banyak projek. 

Dan sudah semestinya target bos2 untuk buat penjimatan, hentikan pekerja bergaji besar. 

Masa tu gaji aku 3500. Aku dah 12 tahun kerja kat situ. Namun rezeki sampai situ saja. Walaupun bos berbelah bagi untuk inform kat aku, namun company under singapore. Apa kata HQ, itulah yang terpaksa dituruti. 

Lagipun bukan aku saja.. Malah beberapa staff lagi. Ada yang terpaksa potong elaun dan sebagainya. 

Company ada bagi sedikit pampasan. Dan aku jugak ada mohon socso untuk hilang pekerjaan tu. 

Berita duka itu aku sampaikan pada isteri. Isteri aku kerja kerajaan. Biarpun dunia runtuh, jaminan pekerjaan dia sentiasa ada. 

Apatah lagi isteri seorang guru. Gaji dia lagi tinggi dari aku. Aku kenal isteri dah lama. Dulu lepas SPM, dia buat part time KFC. Aku pun kerja situ jugak. Cuma tak lama. 

Lepas keluar result SPM dia, isteri memang cemerlang. Dia sambung belajar mengejar cita2 dia sebagai guru. 

Aku memang dari dulu kurang minat2 belajar. Aku focus kerja ja. Tapi tak sangka, dia setia menagih cinta aku walaupun aku dan dia ada jurang besar. 

Aku ingat lepas pergi sambung study, dia akan cari yang sama2 level dia. Rupanya dia memang setia pada aku. 

Cuma nampak la mak dia kurang setuju dia nak kahwin dengan aku.. Ye la, aku kerja biasa2 ja.. Tak capai standard keluarga dia. Apatah lagi dia tu cikgu. 

Tapi dah dia nekad nak kahwin dengan aku jugak. So family dia terpaksa akur dengan pilihan dia. 

Tapi lama2 orang terima jugak aku sebagai menantu. Dulu kami duduk asing. Lepas tu mak dia datang duduk sini. Rumah ni rumah bersama kami. 

Aku dah dekat 3 tahun tak de pekerjaan tetap. Kira kerja apa2 pun tak tahan lama.. Lepas tu aku kemalangan pulak. Patah kaki. Lama jugak la tanam anggur. 

Bila aku hilang kerja, mula2 isteri ada la pujuk. Lama2 dia mula mengungkit dan merungut. Mungkin pengaruh mak dia sama kot. 

Dia kata sebab tu dulu dia beriya suruh apply government. Tapi katanya aku yang tak nak dengar cakap dia. 

Sekarang pun aku ikut ja apa dia cakap. Aku merata tempat cari kerja. Apply jugak government walaupun dah tua. 

Paling tinggi pun aku dapat kerja gaji 2ribu. Aku terima ja dari tak de.. Rumah kami sebulan 1800 kena bayar. 

Dulu2 masa gaji 3.5k, kami bahagi belanja rumah. Duit rumah, bil2, fully aku bayar. Balance tu aku ada bagi dia dan mak aku jugak. Selalu balance gaji aku ada dalam 3 4 ratus ja untuk belanja poket aku. Dan belanja kalau kami makan kat luar. 

Part dia makan, hal anak2 dengan kereta. Sebab kereta honda dia punya. Aku ada motor ja. Sebab fikir satu kereta cukup la. 

Kerja tempat baru lepas tolak semua bersih aku dapat dalam 1700 ja.. Memang tak mampu nak tanggung macam dulu. 

Aku kata kat dia, aku bagi dia 1000 sebulan. Mintak dia uruskan la benda2 lain. Aku tahu 1000 tu tak cukup. Aku tahu dia kena keluar part dia banyak jugak. 

Tapi aku tetap kena bagi duit kat mak aku. 

Lepas tu sebab mak dia duduk dengan kami, tolong jaga anak kami.. Dia kata dekat mak dia pun kena bagi jugak. 

Nak tak nak, terpaksa aku cut sikit duit untuk mak aku sendiri untuk bagi mak dia. Sampai aku hanya simpan 100 ja semata2 untuk topup minyak motor. Tapi tu pun tetap tak mampu puaskan hati mak dia. 

Kadang2 tak cukup duit, aku terpaksa mintak kat isteri 2 atau 3 puluh buat duit makan. Tak pernah aku mintak lebih dari 50. Tu pun mak mertua sindir2. 

Baru2 ni aku tengah makan nasi. Tiba2 mak mertua datang tutup pintu. Terus jadi gelap rumah. Aku ni pulak kalau makan ikan, senang sangkut tulang. 

Makan dalam gelap, memang tercucuk tulang. Tu pun aku tak sakit. Yang sakit kenapa mak mertua aku layan aku macam tu. 

Apa salah aku pun tak tahu la. Isteri aku sekarang ni buat part time ajar tuisyen kat satu tempat ni. 

So mak mertua selalu sindir2 aku depan anak2 aku. Kata kesian mama la. Kena kerja keras la. Habis aku tak kesian ke. Aku pun kesian kat wife aku. Tapi tak dapat bantu dia dah. 

Bukan senang nak dapat kerja macam gaji lama. Dapat kerja gaji 2k pun aku dah bersyukur dah dengan keadaan ekonomi sekarang ni. 

Hari tu aku bancuh milo, tiba2 mak mertua cakap kat anak aku. Beli barang dapur tak. Habiskan je kerja. Padahal aku minum atau makan kat rumah pun jarang2 sangat. Banyak kali aku berlapar pun orang bukan tahu. Wife pun dah jarang tanya aku makan ke tak. 

Ikutkan aku nak ja balas balik. Tapi tak nak gaduh la. Tak nak keruhkan keadaan. Apa pun dia mak mertua aku, sama macam mak aku. Lagipun aku ni jenis tak banyak cakap. 

Aku dengan mak mertua aku memang tak bercakap sejak aku kahwin. Sebab aku tahu dia tak suka aku. Bercakap pun time raya aku minta maaf dengan dia.. Tu ja la. 

Tapi entah la.. Isteri pun macam dah tak suka aku agaknya. Vibes dulu dan sekarang dah banyak berbeza. 

Dulu2 dia tak pernah tolak ajakan aku.. Sekarang ni kerap dah dia tolak. Alasan dia kalau mengandung macam mana. Dia kata cukup la anak 3. Dia tak nak anak dah. Aku pun tak anak jugak. 

Tapi tak kan la aku bodoh sangat tak tahu cara supaya dia tak mengandung. Tu kan satu keperluan. Bila aku cakap pun, atau aku tanya direct, dia dah tak puas dengan aku ke. 

Dia kata dia letih. Otak dia beku. Dia kena fikir banyak benda. Stress kat sekolah, stress kat rumah. Semua benda dia stress. Dia tak de mood untuk semua tu. 

Dulu2 dia yang cipta istilah pillow talk. Sekarang nak talk dengan aku pun nampak macam dia tak de hati dah. Jauh sekali nak dengar apa pun luahan aku. 

Cara dia cakap pun sekarang agak kasar dan garang. Beza dulu2 yang penuh kelembutan. 

Aku sayang bini aku. Tapi aku pun dah tak tahu cara nak bantu dia macam mana dah.. Gaji 2k ni pun aku kerja dekat 12 jam. Kalau tak aku mesti buat part time untuk tambah pendapatan. 

Tapi aku pun manusia. Rasa letih dan penat. Aku cuti pun seminggu sekali ja. Tu pun mak mertua aku tak senang. 

Bagi dia aku pemalas. Bagi dia cuti sehari pun boleh ja buat grab ke apa ke. Tapi cuti bukan aku dok diam. Aku bawak anak2 pergi rumah mak aku supaya mak mertua dapat rehat. 

Tadi aku terdengar mak mertua bebel2 kat isteri. Dia kata tu la dulu mak berkali2 kata.. Ko tak nak dengar. Ko tengok sekarang Arif tu. Hidup pun senang lenang dah. Untung bini dia. Arif mana aku tak tahu la.. Sebab aku masuk dapur, mak mertua terus diam. 

Aku banyak benda pilih untuk berdiam diri ja.. Sebab aku tahu, kalau aku cakap sepatah pun, pasti akan gaduh besar antara aku dan isteri aku. Ibarat larva tu tunggu masa nak meletup. 

Aku sebenarnya tak pasti sejauh mana perjalanan rumah tangga aku. Setiap masa rasa takut. Rasa takut masjid yang aku bina ni runtuh. Sebab tu aku pilih untuk berdiam dan berdoa pada Allah saja la. 

– Ciku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Bro first mindset kena tukar. Jangan fikir sekrang zaman kegawatan ekonomi tapi zaman ni la banyak peluang buat duit.

    Gaji 2k kerja 12 jam 6 hari teruk dah tu cam minimum wage atau buruh dah tu. Gaji ko sepatutnya dah kena lebih 4k ke atas. Kena demand gaji sebab zaman ni semua mahal, tapi bila ko percaya zaman kegawatan, ko pun terima bulat2 gaji 2k konon bershukur dah. Untung la majikan tu bayar murah. Majikan pun suka amik kesempatan dan bila ko percaya zaman gawat so ko redha je la.

    Memang isteri akan bad mood bila banyak benda dia kena ambil alih. Buka sket minda fikiran banyak kerja dan peluang boleh gaji 4k ke atas. Buat grab atau kerja kilang pun leh dapat banyak dari tu bro. Fikir dan buka minda ko, gi cari kerja lain.

  2. Bersabarlah Tuan, semoga Allah memberikan pekerjaan yang baik dan gaji lumayan kepada Tuan, semoga isteri Tuan dan rumahtangga kembali ceria, Allah akan mempermudahkan urusan rezeki Tuan, banyakkan istigfar

  3. Penulisan dan lenggok bahasa yang sedap dibaca. Macam novel tapi kisah benar. Encik cubalah menulis part time..ada bakat dan sampai di hati.

    Apa pun, saya doakan encik dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga dan isteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *