Takdir Tiada Zuriat

Assalamualaikum admin n iiumc.. Sy ayuni ( bkn nama sebenar ) he2. Berumur 30an dan bekerja sebagai seorang penjawat awam.

Saya seorang yang happy go lucky, rajin sehinggalah apabila tamat spm sy disahkan oleh doktor sy mempunyai penyakit yang mmg tidak boleh untuk mengandung. Sbgai seorang perempuan saya rasa sangat kecewa, sedih , dan rendah diri. Tp sy tetap melanjutkan pelajaran. Selama sy melanjutkan pelajaran sy memang tiada teman lelaki. Sy akan menjauhkan diri dr lelaki. Sy takut kecewa . Yela ada ke lelaki yg akan terima sy klu sy bg tau ttg keadaan sy kn. hu3.

Selepas habis belajar sy terus posting. Sampai la kawan saya kenalkan saya dgn seorang lelaki yg juga penjawat awam. Pada mulanya saya tak nak. Tetapi ntah macam mn terbuka hati utk berkawan. Kami pn berkawan selama setahun. Lelaki itu ajak saya berkahwin. Saya terus terang tentang keadaan saya yg tidak boleh hamil. Sy redha klu lelaki tersebut membatalkan hasratnya nk kawen dgn sy. Tetapi dh tertulis jodoh kami. Akhirnya setelah lama sy berfikir sy terima lelaki tersebut.

Kami berkahwin pada 2013. Sehinnga sekarang dia masih terima saya seadanya. Tetapi kdg2 hati sy sedih sbb x mampu bg zuriat pd suami sendiri. Sy murung bila tgk kwn sekerja mengandung, adk beradik sy ade yg dh kawen dan ada zuriat sndri. Sy rasa sangat tertekan dan teringin sgt rs nk jadi seorang ibu. Tp apakan daya sebagai hamba Allah kena terima takdirNya.

Sy ingin berpesan kepada sume supaya jaga hati org lain. Jangan perli atau tanya hal2 yg mungkin bagi kita perkara biasa tapi menjadi sensitivity bg individu lain. Hu2. Doakan sy kuat dan sabar ye. Kepada suamiku terima kasih kerana terima saya seadanynya. Mg kite dpt berjumpa di syurga nti.

Terima kasih krn membaca. :)

– Ayuni

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit