Takdir Yang Pahit

“Ok.. Baring.. Longgar kan semua. I nak cek tengok”

“Besar ni Nurul.. Aiyaaaa.. Kenapa sekarang baru bagitahu?”

Tangan dia mula terketar, muka kelihatan sedikit cemas, mungkin takut untuk beritahu aku kebenaran. Dia seraya duduk dan cuba buat beberapa panggilan ke bahagian radiologi.

“Sorry Dr Tan, i sendiri dalam fasa denial.. Ni dah boleh rentas negeri, harap-harap dapat appointment kat sana cepat” aku membalas.

“Boleh kalau you nak i refer you ke sana.. Hospital Putrajaya kan? I dengar sana memang bagus handle kes macam ni. Tapi kena ada atleast satu investigation untuk kita bukak kes.Kita tunggu team radiologi pickup, i nak u buat USG dulu confirmkan”

“Hello, Dr Tan here,pakar dari rehab department. i need to know who is dr oncall for today. I need to refer some patient. Urgent.. Ok wait arrr.. Ok.. Thankyou” panggilan berjaya disambungkan.

Dr Tan mula mengisi borang untuk membolehkan aku membuat USG. Borang sudahpun beralih tangan. Dia sempat menasihatiku untuk update sebarang perkembangan kepadanya.

***************************************************************

“Nurul, duduk sini ya.. Saya nak awak bersabar.. Saya tahu awak kuat.. InshaAllah.. Mungkin tak teruk lagi.. Apa2 pun terus kan rawatan.. Jangan lari ya.. Datang tau esok ke KPD.. Kalau boleh.. apa2 yang diberitahu doktor nanti.. Awak ikut je..” pakar perunding memujuk.

Aku terduduk.. Menangis semahunya.. Sukar untuk terima tapi itulah hakikat. Aku mengangguk dan cuba untuk senyum. Tapi hanya Allah yang tahu isi hati aku disaat ini.

Sebentar tadi, USG dibuat tapi tidak dapat membuatku berfikiran positif lagi bila aku lihat doktor mula kesana sini untuk meminta nasihat pakar perunding. Dahinya berkerut.. “banyak ni biji.. Tapi kita tak boleh nak capture la”

“Nurul kejar masa ke? Kita buat mammogram terus boleh?”

Aku mengikut arahan.. Menukar baju seperti yang dipinta oleh petugas kesihatan. Dari cara berdiri, cara bernafas, semua diajar oleh petugas disitu. Sebelum akhiri ujian mammogram, darah mengalir, aku terdiam.

Petugas memberi isyarat bahawa ujian aku telah selesai. Tapi aku tak mampu lagi untuk mengawal perasaan.Aku nangis,terduduk.

Siapa sangka tarikh ini membuatkan kehidupan ku berubah 360 darjah. Siapa sangka seusia ini aku menerima ujian yang berat. Tarikh ini memang akan aku ingat. 11 Jun 2020 titik mula perjalanan aku sebagai pejuang penyakit kanser payudara.

Aku Nurul, seorang penjawat awam di salah sebuah general hospital di Malaysia. Usia sudah menginjak ke 30 tahun, mempunyai rumah sendiri, kereta, sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak lelaki yang bijak. Seorang 3 tahun, seorang setahun.

Tepat pada hari lahirku februari lepas, aku meneliti semula segala pencapaian yang aku sendiri cipta. Melahirkan rasa syukur kerana perjalanan kehidupan aku boleh dikatakan cukup smooth. Sehingga aku terdetik untuk rasa bosan.

“Takkan pergi kerja balik kerja sampai umur 60..ini je ke? Bangun pagi, siapkan diri dan anak-anak. Hantar mereka ke taska (suami bekerja di Shah Alam), pergi kerja, balik kerja, jemput anak-anak, makan, siapkan anak-anak, tidur. Takkan nak kena ulang cycle ni sampai tua?”

Siapa sangka Allah sudahpun sediakan kejutan buat diri ini. Mungkin aku terlalu asyik dengan dunia sehingga Allah usik untuk aku lebih mengingati Dia dan mengingati mati.

Aku tidak gemar meraih simpati. Tidak gemar minta belas ehsan. Tapi kali ni, aku ceritakan kerana aku benar2 memerlukan pertolongan.

Tolong doakan aku sahabat.. Tolong doakan aku diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Tolong doakan aku dipanjangkan umur sehingga dapat melihat anak membesar sedikit,bersedia disaat aku ingin pergi.

Tolong doakan nyawa aku tidak ditarik tiba2 sebelum aku sempat bertaubat. Kalian yang mengenali diri ini, andai kata ada hutang yang belum langsai, tolong tuntut, tolong maklumkan sekiranya ada.

Sekiranya ada hutang budi yang boleh aku balas.. Tolong maklumkan.. Doakan aku ya sahabat dan saudara sekalian :’)

Jatuh bangun sepanjang chemo memang cukup buat aku serik. Tapi untuk kalian yang bakal memulakan rawatan, berdoalah, itulah senjata kita untuk berjuang.

Jangan takut, anggap ini ujian untuk penghapus dosa. Anggap ini masa yang sesuai Allah beri kita peluang untuk bertaubat.

Itu yang sering aku ingatkan kepada diri sendiri. Alhamdulillah 6cycle chemo memang aku berjaya selesaikan dalam tempoh mengikut jadual tanpa sebarang masalah besar. Alhamdulillah ya Allah.

Update : aku sudah selesai chemo (6 cycle).. Dan akan proceed dengan pembedahan. InshaAllah.
Doakan ya.. :)

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *