Untuk part I, (https://iiumc.com/takdir-yang-pahit/).
Aku mula mnggosok baju sambil memikirkan bagaimana cara terbaik untuk memberitahu ibubapaku.. Abahku mempunyai sakit jantung. Bagaimana kalau berita ini buat aku keruhkan lagi keadaan abah? Penat aku yang memandu dari shah alam ke kedah belum lagi hilang.
Tapi atas nasihat adik, aku perlu beritahu mak dan abah. Aku perlukan doa dari orang tuaku. Ini juga salah satu ikhtiar. Aku perlahan lahan meletakkan baju. Aku ajak mak duduk bersembang. Aku genggam tangannya dan lantas air mata gugur.
“Awat ni.. Hang nangis pasaipa..”
Mak mulai panik melihat aku yang tiba2 menangis..
“Hang sakit ka cek?”
Aku mengangguk.
“Mak.. Orang ade kanser” aku meraung dan menyambung.
“Orang baru tau orang ade kanser. Orang balik lambat ni pun sebab jumpa doktor dulu” aku mengambil masa untuk bertenang..
Lalu aku ceritakan, aku telahpun buat ujian biopsy tapi hanya menunggu keputusan.
“Minggu depan lepas dapat result doktor cakap kena buat ct scan. Nak tau benda tu merebak kat mana”
Kemudian aku ceritakan macam mana kisah ini bermula, dan bagaimana aku akhirnya mengambil langkah untuk menyerah diri kepada yang lebih pakar.
Bila seorang anak mengadu pada seorang ibu, ibu mana yang tak sedih. Ibu yang mana terus percaya berita sedih. Emak aku juga fasa denial. Sepanjang aku di sana, dia semakin kurang bercakap, mungkin masih berat untuk terima.
Jika dia terlihat aku termenung, dia seusaha mungkin yakinkan aku yang penyakit ini boleh diubati. Itulah sifat seorang ibu. Sedaya upaya ingin anaknya sihat seperti sediakala. Aku pujuk,aku menyatakan aku redha. Tapi aku tau emak masih belum boleh terima.
Pada masa yang sama, Kakakku mendengar perbualan kami. Dia memujuk dengan menyatakan yang mungkin itu bukan sel kanser. Aku tahu dia berniat baik. Tapi badan sendiri, kita tahu apa yang jadi. Lagi2 aku memang kerja hospital, selalu berjumpa pesakit kanser.
**************
“Kite nak insert branula. Sorry sakit sikit..”
“Ok..”
“Ok.. Kita nak masuk ubat ikut bawah.. Nanti baring mengiring..”
“Haa? Alamak segannye. Ingtkan ubat ikut branula je.”
“Tak.. Dr request buat full, jadi bawah pun kena jugak”
Setelah ubat dimasukkan aku bingkas bangun dan duduk di kerusi.
“Ok ke?” sahabat aku bertanya. Dia menemaniku sesi kali ini. Aku namakannya Nini.
“Ok.. Tadi dia masuk ubat ikut bont**, hahaha.. Maluuu”
“Hahaha.. Yeke…”
“Tapi kan.. Rase mcm nak terberry”
“Boleh ke? Hahaha”
“Tula.. Kang hilang pulak ubat tu.. Takpela.. Tahan kejap”
“Eh.. Nasi lemak kite dah orderkan untuk nurul sekali tau.. Nanti da settle ni kite makan sama2..”
Sejurus kemudian, aku baring di terowong CT scan. Petugas memaklumkan aku akan berasa sedikit sakit kerana mereka akan memasukkan contrast melalui branula.
Perit. Tapi hanya sekejap. Dan beberapa minit kemudian, selesai. Aku bingkas bangun dan balik ke jabatan. Alhamdulillah.
********
“Hello.. Nurul sorry akak ganggu..”
“Nanti datang klinik ye 3hb..result dah keluar”
“Macam mane kak? Ok ke result nya”
“Akak tak boleh bagitau.. Taknak awak risau.. Nanti awak dengar sendiri doktor cakap ape ye”
“Ok…”
Aku tau. Mesti teruk result nya.
….
Result ct scan dibaca satu persatu. (thanks doctor S spent masa untuk terangkan setiap satu result tu.. Siap comfort kan lagi).
Berita yang pahit tapi nak buat macam mana. Dah jadi. nak taknak aku kena terima. Banyak kali aku pujuk diri sendiri. Aku susah.
Ada orang lain jauh lagi susah. Aku diuji sikit macam ni. Orang lain lagi berat ujiannya. Tapi aku sentiasa selitkan rasa bersyukur kerana walaupun didiagnose stage 4, tapi aku masih bernafas sehingga hari ini.
Sekarang dah cukup masa untuk aku bersedih. Sekarang dah sampai masa untuk aku berjuang untuk terus hidup.
********
Berdebar. Aku dengan perlahan melangkah ke bilik doktor. Kali ini, aku akan memulakan rawatan di Institut Kanser.
“Awak faham ke keadaan awak sekarang?”
“Cuba awak cerita apa yang awak faham”
“Kalau ikut result ct scan, dr sana cakap cancer tu dah pergi dekat lymph node, dan multilevel dekat spine, so consider stage 4. Dia pun ada bagitau saya bukan TNBC (triple negative breast cancer).”
“Ok.. macam ni. Kalau ikut result ni memang dah stage 4. Jadi bila dah tahap ni, tak banyak yang kita boleh bantu.
Kita tak dapat bantu untuk sembuh tapi kita akan cuba untuk control kanser tu dari jadi lagi teruk. Baru – baru ni ade kajian yang menyatakan yang breast cancer ni berkait rapat dengan hormone badan.
“Awak dah kahwin kan, dah ada anak?”
“Dah, 2 orang, 3 tahun dengan setahun”
“Sepasang?”
“Tak.. Dua2 lelaki”
“Ok.. Untuk control hormone ni ada macam2 cara, paling cepat dan berkesan, operation la.. Untuk buang terus, jadi akan terus menopause. cara yang lain ada tapi makan masa, iaitu radiotherapy.
Lagi satu, injection ubat, cepat tapi sekejap.. Jadi awak perlu dapatkan injection ni setiap bulan”
“Ok.. yang ni nanti kita bincang.. Kita akan startkan awak chemo dulu. Next week. Total ada 6 cycle. Ada kesan sampingan sikit la. Tadi MO saya cerita tak? Ingat tak?”
“Ada cerita. Ingat, inshaAllah”
Terngiang- ngiang apabila teringat ayat doktor itu bahawasanya untuk kes aku, memang tidak boleh sembuh sepenuhnya. Aku belajar redha. Aku pernah membaca. Sekiranya kita redha, akan ada ganjaran yang akan menanti.
Mungkin dengan redha, akan masih dapat menikmati lebih masa dengan anak- anak nanti. Mungkin.
*******
“Sekarang macam mana? Kita cek sikit ya? Ok.. Good progress..” pakar memulakan bicara.
“Kalau ikut result ct haritu dah kene sampai spine. Kita tengok result ct scan yang kedua ni nanti. Bagi saya, bila kita buat op ni, dengan harapan awak akan ok la after 5 years time.
Tapi kalau ct scan tu nampak ade trace dekat lungs dengan liver, bagi saya no point la untuk kita proceed. Harap sangat yang dekat spine tu da berkurang. Takpa.. Kita lock tarikh dulu, kalau ada result tak ok, kita postpone.. Kita jumpa semula 24hb lepas awak dah buat ct scan. ”
Panjang dia mengulas.
“Takpe doktor.. Saya faham sebab Dr yang lagi sorang tu memang ada cerita semua..dia pun ada mention pasal menopause.. Dia ada mention pasal oophorectomy”
“Ha? Awak sure ke nak buat? awak dah bahagia ke dengan anak sekarang? Awak tau kan kesan dia”
“Nak buat macam mane.. Kalau itu je pilihan yang ade”
“Hmm.. awak muda lagi.. hmm.. Dr F, nanti tolong call sekali bahagian gynae. Set date. Try tanya plan untuk oophorectomy”
Kertas rujukan bertukar tangan. Temujanji telah ditetapkan.
*Oophorectomy : pembedahan untuk membuang ovary (kilang telur)
*********
Pembedahan telah pun dijalankan. Pengalaman yang aku rasa penuh dengan debaran dan keinsafan.
Benar. Itulah saat yang mana kita betul2 tawakkal. Kita menyerahkan nyawa kepada yang lebih pakar. Kita meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk mereka melakukan yang terbaik semasa pembedahan.
Lebih kurang 5jam aku didalam bilik bedah kerana 2 prosedur berbeza. Mastectomy dan juga oophorectomy. Aku juga di warded lebih kurang 9 hari.
Alhamdulillah. Sepanjang aku disana, aku membantu menghilangkan debaran rakan-rakan wad yang akan ke dewan bedah. Aku juga membantu rakan-rakan yang telahpun selesai dibedah.
Aku berazam. Sekiranya aku salah seorang survivor, aku akan membantu orang yang senasib untuk berjuang. Akan aku ceritakan semua pengalaman yang akan menyemarakkan semangat untuk berjuang. Benar.
Kanser ini memang jahat tapi ingat, ini tubuh kita. Kita yang tentukan untuk terus sakit atau untuk menjadi lebih kuat. Untuk sesiapa yang memerlukan pertolongan, inshaAllah aku akan hulurkan tangan. InshaAllah takdir yang pahit ini akan aku serikan dengan kemanisan. Doakan ya.
Terima kasih.
Nota kaki : terima kasih semua atas doa2 dan kata-kata semangat untuk posting yang sebelum ini. Memang terharu. Walaupun kita tidak mengenali sesama sendiri tapi kalian tidak lokek untuk mendoakan saya. Tak terbalas rasanya untuk saya melakukan perkara yang sama.
Tapi selepas ini, InshaAllah kalian akan sentiasa berada dalam doa saya. Saya akan cuba juga untuk mengikuti nasihat dan tips yang kalian kongsi.
Seorang pejuang kanser,
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit