Takdir Yang Terlambat

Thank you admin if korg approve cerita aku.

Assalamualaikum and hai.

Korang bertuah bila Allah sudah awal2 tunjukkan korg perangai ex korg sebelum korang kahwin. Ye, sgt bertuah. Bersyukurla sebab Allah dh tnjuk awal2. Bukan macam aku. Takdir yang sudah terlambat.

Stop. Jangan salah faham, ayat aku diatas bukanlah menyalahkan tuhan, kerana aku tahu ini ujian untuk aku. Mungkin selama ni, apa yang aku nak, tuhan bagi, lalu dia uji Aku dengan masalah begini. Ye, luahan aku ini adalah mengenai laki bini iaitu watak perempuannya adalah aku, Nurin dan suami aku, Khalid.

Setahun. Aku dah berkahwin setahun dengan Khalid dan masih lagi tiada anak. Macam mana nak ada anak, hubungan suami isteri pun jarang, sebab kami berdua pjj. Dia di utara, aku di kl. Dua dua kerana tuntutan kerja. Aku kahwin dengan Khalid raya kedua tahun lepas. Kahwin aku sebab Aku rela tapi bukan sebab aku cinta dan sayangkan dia. Rela aku sebab mak ayah aku sukakan Khalid yang berbudi bahasa, tutur kata elok manis dan sopan. Dan aku terima kerana bagi aku, redha ibu ayah itu penting. Tapi aku lupa tanya hati aku sendiri, suka atau cinta atau kasih?

Sepanjang tempoh pertunangan kami, aku langsung tiada rasa untuk call atau mesej dia. Aku biarkan saja dia yg mulakan dulu. Sebab dia ala2 alim, bab2 telepon ni kalau blh nk elakkan sebab HARAM. Eh, kisah plak aku, Dan memang Aku tk pnh mulakan mesej melainkan untuk tanya benda2 penting sahaja, contohnya hantaran nk bg brp? Gittew.. ye, Aku brutal Dan mmg aku mesej dengan dia tkd panggil2 syg ke baby ke.

Tapi sepanjang aku bertunang, ada satu perasaan yang aku sendiri tk dpt nak cari, “Rindu.” Ye, aku tak pernah rindu dia malahan sebenarnya wktu dia mesej pun, aku tak happy. Istikarah,doa ak tk tinggal. Mohon sangat dengan Allah kalau dia bukan jodoh aku, berilah aku petunjuk sebab aku memang tak ada rasa sayang untuk dia.

Sampailah hari pernikahan aku dengan Khalid, aku tk pernah dapat petunjuk, tp satu bnda ja dpt, mak ayah aku restu, famili aku support. Itu yg mnguatkan hati aku untuk kahwin. Tapi aku tak tahu apa Yang silap, sampai sekarang Aku tk pnh cintakan dia. Kejamnya Aku terhadap Khalid. Khalid seolah tahu aku tak sayang dia, dan aku dapat rasa Khalid pun sebenarnya tak sayang aku. Lepas khwin, kami hanya duduk sebumbung selama dua bulan kemudian Khalid ditukarkan dan kami terpaksa tinggal asing sebab dia kerja kt utara, aku kt kl.

Aku pernah cuba untuk sayang Khalid tapi tak pernah berjaya. Kalau bercakap asyik nak bergaduh dan kalau duduk makan sekali tiada apa yang nak dibualkan. Dia jenis yang suka bt Kptsn sendiri, aku awal2 memang aku belajar la dahulukan dia dalam apa hal, contoh, aku dulu nak kerja lewat mlm pun tkd org kisah dan bila dh berlaki aku bljr bgthu dia Dan dia okay. Knp aku kata dia jenis bt kptsn sndiri? Dia p bercuti nan member dia and lgsg tk tnya opinion Aku as wife, and hari ni nak pergi baru bagithu aku, itu pun sebab aku mesej tnya hujung minggu buat apa. Aku menangis sebab sentap, dan aku tak reply whatsap dia. Dia sikit pun tk kisah dan siap upload gmbr konon ukhwah fillah dengan members dia.

Setahun aku khwin dgn dia, duit dia tk pnh hulur. Ada hulur, tapi mengungkit. Aku saja meminta, selalu dia kata takde duit hjg bln. Kelakar, lepas tu tengok2 kt soc med, upload gmbar pergi shopping ngan member dekat satu kedai branded beli baju. Orang luar kata aku beruntung dpt laki baik macam dia. Suka budak2, selalu tolong kawan, selalu belanja kawan, tapi tu bukan dengan aku! Dengan aku, belanja pun berkira. Sedangkan awal2 kahwin dia ada pinjam duit aku untuk nak beli kereta dan janji untuk bayar, smpai sekarang tak bayar. Kahkahkah berdekah rasa. Aku tk pnh ungkit pasal pnjaman tapi dia yang jnji sendiri nak bayar balik. Sebab sekali je aku pnh tanya, duit saya yang awak jnji nak bayar mana? Dan dia seminggu tk wasap aku sebab marah. Hahahaha. Nangis.

Kami jrg sembahyang jemaah sekali. Ada peluang, tapi dia tak pernah guna sebaiknya. Org lain suami kejut isteri, dia? Aku kejut 10 kali pun degil. So macam mana nk sembahyang sekali? Wktu time Ada peluang, boleh plak dia suh aku solat dahulu, dia duk melepet atas katil main fon. Kelakar sgt.

Aku kerja jnis yg kena pergi outstation selalu. Dlm sebulan ada sekali dua kena pergi luar negeri. Sekali, aku kena pergi utara betul2 dekat dengan tempat kerja dia sebab kebetulan kena ganti colleuge yg ada urget matter. I informed him la yg I will be this weekend and suggest mgkin boleh cuti kite p holiday jap. And guest what, dia ckp dia tk blh sebab dah janji dengan member nak pergi hiking dan dia salahkan aku sebab lambat kasi tahu dia. Aku sebenarnya dh tak berharap pun dia akn spend time dengan aku sebab aku dah boleh agak mesti dia akan ada apa2 alasan.

Sedih ke tak kisah aku? Lol, aku dh puas nangis, tuhan je tmpt aku mengadu, sebab aku tak boleh nak cerita dkt famili aku, sebab diorg tk pnh paksa aku kahwin dgn dia.

Khalid tak ada perempuan lain. Itu aku pasti, cuma dia jenis yg suka dahulukan kawan2 smpai aku dh lali. Mgkin sebab kami berdua tk saling menyayangi, itu sebab jadi begini. Entahlah, Aku pun try usaha untuk sayang dia. Tapi smpai sekarang rasa tu tak ada.

Sekian…

– Nurin vs Khalid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *