Assalamualaikum. Thanks admin kalau siarkwn confession aku. Pertama sekali mintak maaf sebab aku Tak pandai bercerita. Aku nak cerita sikit pasal ayah aku meninggal pada Hari jumaat kemarin. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Sedikit intro tentang aku . Aku Ada 7 orang adik beradik adik yg paling kecik darjah 3 n aku Ada sorang mak tiri. Kiranya kalau anak ayah aku dgn mak aku, aku yg kelima.aku last. Mak aku meninggal 11 tahun yg lalu. Masa aku darjah 3
Panjang pulak intro aku, aku tau setiap yang hidup pasti merasai kematian. Tapi cara ayah aku meninggal susah aku nk terima. Ayah aku sempat admit ward 8 Hari sebab jangkitan kuman dekat kaki. Hasil x-tray jangkitan kuman just atas kulit. So aku lega. Alhamdulillah aku sempat jaga ayah aku sepanjang ayah aku masuk ward. Ayah aku jenis tak boleh stay ward lama-lama dia fly(cakap mengarut-mengarut) aku anggap tu benda biasa sebab sebelum ni pun ayah aku macam tu kalau masuk ward banyak Hari.
Disebabkan ayah aku macam fly, doktor nak scan kepala ayah aku kot2 Ada masalah otak ka apa n doktor sahkan Tak Ada. Alhamdulillah. Masa lepas ayah aku balik scan kepala tu ayah aku tidur aku ingat biasa ja la yala mungkin letih kan. Sebab sebelum hari scan kepala ayah aku dh p x-ray jantung,buah pinggang n kaki. 4 Hari berturut2. So aku anggap ayah aku tidur lepas scan tu biasa. Tapi pada Hari khamis tula last aku tengok ayah aku. Rupanya doktor bagi ubat tidur Kat ayah aku masa p scan tu. Ayah aku Ada masalah buah pinggang so ayah aku dh Tak boleh terima ubat tu sebenarnya. Hari tu jugak aku balik sebab kakak aku nk jaga. Sebelum balik aku genggam tangan ayah aku aku tepuk-tepuk dia aku bagi dia minum air aku panggil dia “ayah bangun ayah’ dia still boleh cakap dia still boleh respon aku tapi mata dia ttap jugak Tak bukak. Hari jumaat tu kakak aku call ayah aku dah kritikal dan dihantar masuk zon merah. Luluh hati aku masa tu. Ada sorang doktor perempuan cakap ayah Tak boleh trima ubat tidur sebab buah pinggang ayah Tak berapa nak elok+ubat tidur tu racun. Ya,ayah meninggal sebab ubat tidur. Lpas lebih kurang sejam ayah masuk zon merah ayah disahkan meninggal.
Aku rindu semua tentang ayah. Banyak kenangan aku dgn ayah sepanjang 20 tahun aku hidup. Tambahan pula, aku membesar tanpa sorang mak kandung. Tiada kata yang dapat digambarkan betapa aku menyanyangi ayah. Secepat ini Ayah meninggalkan aku Dan keluarga. Aku redha. Aku rindu Ayah yg suka mengusik aku. Ayah yg selalu wasap aku. Ayah yg meriuhkan group family. Ayah yh suka buka tv crita cina lama kuat2. Ayah yg eksyen sado. Ayah yg happy. Aku rindu semua tu.
Aku just nak meluahkan rasa di hati aku. Sampai sekarang aku masih terbayang ayah. Aku berharap semua ni mimpi. tapi ini takdir yang aku kena terima. Ayah dah tinggalkan aku. Separuh jiwa aku dikuburkan bersama jasad ayah.Jujur aku Tak kuat tapi hidup perlu diteruskan.tanpa ayah disini
Aku berdoa ayah tenang di sana. Jika confession aku disiarkan aku berharap semua readers mendoakan ayah dan mak aku tenang di Alam sana. Al-fatihah kepada arwah ayah dan mak aku. kepada semua pembaca hargai la mak ayah selagi masih Ada.jagalah mereka seakan tiada lagi Hari esok buatnya.
– Buah kana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit