Assalamualaikum semua, sejujurnya aku ragu – ragu, nak tulis ke tidak cerita ini.
Beberapa tahun yang lalu, kakak aku.. Ya.. Kakak aku yang kedua berkahwin lari di siam.
Ketika kami tahu, ibu ayah aku diberi kekuatan luar biasa untuk memaafkan, kerana ketika dia pulang dia telah pun mempunyai seorang anak.
Kakak aku bukan lah orang yang biasa, dia berpendidikan tinggi, cantik dan memang bijak. Lembut pula tu. Memang kami tidak menyangka dia akan melakukan perkara ini.
Tambahan pula, kami dapat tahu dia berkahwin dengan suami orang, dan akhirnya mereka suami isteri bercerai kerana isteri (dulu) suami kakak aku, tidak mahu bermadu.
(Yang ini kami tidak pasti, mereka bercerai dahulu sebelom berkahwin dengan kakak ku atau, berkahwin dahulu sebelum bercerai)
Terasa lekat di kerongkong ingin memaki kakngah. Selama ini dia menentang poligami. Mengkritik siapa-siapa yang berkahwin dengan suami orang, tapi kini dia yang melakukan. Hairan sungguh hairan.
Jika ada perkara2 kecil yang ku tidak setuju dengan dia (bergaduh), aku cepat memaki kakngah aku sebagai perampas, tidak tahu malu, terdesak, sanggup mengania orang lain.
Walaupun pergaduhan itu berkaitan jiran, atau adap aku pada kawan-kawan yang ditegur oleh kakak aku. (kakak aku memang sopan orangnya)
Aku masih ingat, kakngah ku ini kerap kali gagal dalam percintaan mereka.
Kadang ditentang dari pihak keluarga kami, kadang ditentang dari pihak lelaki, kerana ketika itu, kakak aku tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Kakngah ini manja orangnya. Memang kerap kali suami orang suka kan dia,
Pernah dipinang oleh suami orang yang memang kaya, tapi ditolak mentah oleh kakngah, kerana memang prinsipnya tidak mahu menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.
Satu hari di usianya yang agak menghampiri 30an, dia putus cinta lagi.
Kami tidak nampak dia menangis, tidak setitik pun. Tetapi, dia jadi pendiam, sering terjaga ditengah malam, bangun dan bertahajut.
Aku bawa dia bercuti, tetapi dia seperti kemurungan, walau diusik teman2 ku dia tidak memberi respon. Tapi dia tidak pernah menangis.
Satu hari seorang lelaki datang dan ingin berkahwin dengan nya. Lelaki itu kelihatan baik, kerap sekali datang kerumah. Kakngah? Dia kelihatan begitu jatuh cinta, tidak sabar bekahwin.
Ibu menyelidik, dan mendapati, dia telah pun berkahwin dan mempunyai anak. Seharusnya ibu menentang dengan keras.
Bukan sahaja ibu, bahkan seluruh keluarga, makcik, pakcik, nenek, atok. Semuanya.
Kakngah diam, kami fikir, setelah kami beramai2 menentangnya, dia berfikir dan bersetuju. Diam2 dia berkahwin di siam.
Bertahun dia kahwin kami tidak sedar, cuma. Kami perasan, dia jarang balik kampung selepas itu.
Bertahun akhirnya kami dapat tahu berita ini, marah pun tiada guna. Dia pulang. Suaminya? Baik2 sahaja orangnya. Normal… Tidaklah pelik. Kehidupan mereka bahagia sekali (normal).
Setelah bertahun, aku telah dapat terima, aku bertanya pada kakngah, kenapa dia melanggar prinsipnya.
Dia berkata sehingga kini, dia masih tidak pasti kenapa dia boleh jatuh cinta dengan suaminya ketika itu. Tapi dia rase ketika itu dia sebenarnya kemurungan yang sangat teruk.
Sehingga tidak mampu menangis dan bersedih. Dia tidak bercerita pada orang, dia mahu lari dari dunia, sehingga dia bertemu dengan suaminya kini.
Tiba2 sahaja die sanggup berkahwin lari. Meninggalkan dan mengecewakan ramai orang.
Jika aku sebut saat aku bawa dia bejalan kehulu hilir bercuti, dia memang tidak dapat ingat memori itu.
Aku dapat simpulkan yang emosi dia ketika itu begitu hancur, dan akhirnya jatuh cinta pada abang iparku sekarang.
Aku percaya, saat wanita senang dimanupulasi, adalah ketika emosinya tidak stabil. Mungkin juga jodoh mereka, aku tak mampu nak ulas..
Aku alergik bab itu. Sekian.
– Rose latipa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit