Takdir Yang Tertulis

2017 lamaran diterima keluarga,
Si teruna anak kepada rakan baik ibu,
Pengharapan kepada penyatuan dua keluarga,
Tidak saling mengenali, hanyalah kepercayaan diletakkan,
Pastinya pilihan ibu bapa yang terbaik.

Si perempuan yang tidak pernah mengenali apa itu cinta,
Tidak pernah menyayangi dan disayangi seseorang,
Pesanan dari keluarga bahawa pelajaran itu penting,
Seiring dengan kejayaan masa depan,
Alhamdulillah untuk kemenjadian,
Tumbuh dewasa bersedia untuk mengenal dunia realiti.

Perasaan berdebar kali pertama melihat dia,
Hanya gajet tempat berkomunikasi dua jiwa,
Pertanyaan demi pertanyaan mengharapkan jawapan yang pasti,
Melakar satu azam untuk membina masjid yang dirahmati.

Masih ingat sehingga kini, adakah ada bunga lain di dalam hati,
Adakah pasti ingin melayari hidup bersama,
Teruna memberi kata dua,
Hiduplah sang perempuan dalam gembira,
Pengharapan kepada sebuah keluarga yang mawaddah, sakinah dan rahmah.

Lafaz akad nikah termeterai,
Terukir manis senyuman keluarga,
Semua berdoa agar keluarga sejahtera,
Terima kasih Allah atas nikmat yang kau Kurnia.

Debaran di hati sentiasa bergetar,
Menunggu imam untuk sentiasa ditaati,
Namun langit itu tidak selalu cerah,
Si suami mula rasa gelisah.

Rasa bersalah menghimpit diri,
Memohon kemaafaan dari si isteri,
Persetujuan diberi kerana ketaatan pada keluarga,
Namun hati sebenarnya tidak pernah menerima.

Perasaan kini rasa dicarik,
Berlegar legar di minda adakah diri ini tidak menarik,
Sakitnya hati menerima kebenaran,
Bagaimana mahu menghadap kenyataan.

Alhamdulillah diri ini bisa tenang,
Menyusun kata bersama – sama,
Berikan masa untuk buktikan,
Kalau memang tiada perasaan, pilihlah jalan perpisahan.

Diri ini cuba bangkit,
Untuk memberikan layanan terbaik,
Mengharapkan kekasih hati berpaling tadah,
Menerima diri yang serba kekurangan.

Makanan terhidang nan disentuh,
Ruang tamu pula menjadi tempat berteduh,
Larut malam baru dirinya muncul,
Membina pertanyaan sampai bila mahu begini.

Ibu ayah mula perasan,
Hubungan semakin lama semakin hambar,
Adakah kerana menunggu zuriat nan satu,
Kalaulah mereka tahu.

Diri ini tidak pernah disentuh,
Katanya tiada cinta dan perasaan,
Hati mulai semakin rapuh,
Kerana cinta padanya sudah mula mekar utuh.

Andai bisa diundurkan masa,
Takkan pernah cuba bertahan,
Menyerahkan hati kepada yang tak sudi menerima,
Kesan akhirnya kepada diri sendiri jua.

Sampai sudah kejadiannya begini,
Tertangkap suami di suatu hari,
Bermain cinta dengan si buah hati,
Rupanya itulah pujaannya sejak dulu lagi.

Hanya Allah yang tahu hancurnya hati ini,
Kepercayaan rapuh kini tersakiti,
Kenapa sampai hati awak buat begini,
Adakah kifarah dosa saya yang belum diampuni.

Ikutkan hati akan binasa,
Terkadang rasa ingin curang juga,
Namun jangan pernah sekali-kali alpa,
Ingatkan diri Allah sentiasa ada.

7 tahun hubungan tiada ke mana,
Tiada zuriat, tiada peneman jua,
Mengharapkan ada sinar di kemudian hari,
Pujuklah diri dengan kata-kata.

Cuba bertahan dari hari ke hari,
Tapi luka semakin lama semakin dalam,
Ingin sekali lepaskan diri,
Namun dihalang dia berkali-kali.

Mengapa simpan kalau untuk menyakiti,
Pergilah cari kebahagian sendiri,
Sudah cukup diri ini berbakti,
Tiba masa menggembirakan diri.

Mohon doa dari semua,
Agar hati sentiasa cekal dan sabar,
Takut tersasar dari jalan sebenar,
Moga Allah gantikan ganjaran yang lebih besar.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Puan berhak untuk bahagia.. mohonlah fasakh dgn bantuan keluarga terdekat. 7 tahun terlalu lama bertahan untuk sesuatu yang jelas tidak boleh ditunggu lagi. Sama ada izinkan poligami atau biarkan hanyut dalam dosa?

  2. Siapa kat sini yg ada anak yg dh dewasa, masih bujang. Tolonglah biar anak buat pilihan sendiri untuk jodoh dorg. Jgn la, sibuk nak atur hidup anak mcm masa dorg kecik dulu. Semua benda kita yg uruskn, kita yg buat keputusan. Anak2 ikut je, xada bunyi. Kalau xsuka pun, ‘meletop’ dlm hati je. Soal jodoh bkn boleh dibuat main. Sebab klau xada rasa syg, kasih, minat & cinta, hubungan mmg xakan dpt diteruskn. Kesian la kt anak, jgn dek kerana kita, anak2 menderita jiwa raga. Sebabnya, pasangan jg dipaksa ibubapa utk terima jodoh pilihan dorg. Tolong ibu2 (biasanya, ibu2 yg suka sgt jofohkn anak dgn org yg dia suka, bkn anak yg suka & minat). Silap la ibu ayah, sb kau dah hancurkn hidup anak kau sendiri. Rasakn lah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *