Takdir Yang Tiada Penghujung

Thanks admin kalau confession ni disiarkan. Cerita aku ni panjang sangat, so ambil lah masa untuk baca dan fahamkan. Aku sendiri ambil masa 2 hari nk tulis. So ni yang paling ringkas aku dapat sediakan. Aku mulakan dengan sedikit tentang background keluarga aku. Aku anak sulung dan satu2 nya perempuan, umur 26. Angah sudah berkahwin tahun lepas, uda seorang autisme & slow learner, beza umur setahun dengan achik dan usu pasangan kembar berusia 19 tahun. Ayah seorang tenaga pengajar. Mak pula bekerja sebagai pekerja am.

Sekitar 6 tahun lepas, terlerai ikatan perkahwinan mak dan ayah. 21 tahun, bukan lah sekejap, tapi jodoh mereka singkat. Lepas mak ayah berpisah, bermula lah drama suka duka air mata ketawa yang sampai sekarang aku rasa belum ada penghujung.

Permulaan berpisah, ayah sediakan rumah yang sedia ada kami tinggal untuk mak dan kami adik beradik berteduh. Waktu tu aku masih belajar di KL, jadi aku hanya pulang hujung minggu sahaja. Meskipun nampak macam semuanya aman walaupun sudah tidak sebumbung, tapi lumrah apabila sudah benci, satu kebaikan pun seperti tidak wujud. Yang tinggal cuma mengimbas segala kelemahan bekas pasangan yang terlalu buruk dimata.

Aku tak nafikan, bila putusnya sesebuah hubungan, tedency untuk bercerita kepada orang lain tentang apa yang berlaku sangat besar. Dan sifatnya manusia, apabila mendengar cerita2 panas, makin ditambah bara yang ada. Sedangkan mereka cuma lah mendengar sebelah pihak, tapi menghukum bagai hakim yang mengadili pesalah.

Tak lama mak tinggal dirumah kami. Atas sebab beberapa isu yang tak mampu aku nak huraikan disini, mak ambil keputusan untuk balik ke kampung membawa uda, dan kembar. masa tu angah tengah exam spm, jadi mak tinggalkan angah dirumah. Ayah yang menyampaikan berita itu kepada aku di KL. Jadi bermula malam tu, ayh temankan angah, dan berpisah dengan ank2 yang lain.

Uda tak betah bertukar suasana dikampung. Dan sejujurnya dia lebih rapat dengan ayah. Tak lama, ayah ambil uda untuk tinggal dengan ayah. Dan mak, menyewa rumah dikampung bersama kembar. Mak ada kepakaran menjahit, rezeki dia dapat menyewa kedai di simpang jalan untuk membuka kedai jahit bagi menapung hidup yang baru. Sebagai sumbangan ayah ketika mereka berpisah, ayah serahkan beberapa cash dan sebuah kereta untuk mak. Jadi, mudahlah mak nak kemana2.

Ayah seorang yang sgt pentingkan anak2. Dia susah hati tentang sekolah, makan pakai anak2 nya. Mak sudah sibuk mencari rezeki, kurang masa untuk memantau kembar. Budak2 usia sekitar 13 tahun ketika itu, yang dia tahu cuma lah main sahaja. Memang belajar kelaut. Sekali sekala ayah balik, kulit dan rentung sebab selalu berjemur tak ingat rumah.

Financial ayah pun tidak lah baik mana. Meskipun penjawat awam dan gaji kasar agak lumayan, tapi akibat pengurusan wang yang tidak baik ketika mudanya membuatkan ayah juga kesempitan wang. Jadi, untuk memudahkan urusan nafkah yang menjadi sebutan, ayah mengambil keputusan untuk bawa si kembar tinggal bersama ayah. Maka tinggal lah mak dikampung seorangan (family mak duduk berhampiran). Keadaan ni berlarutan sehingga sekarang. Kami selesa bersama ayah. Aku tak lah kata mak kurang mengambil berat soal anak2, tapi sudut pandangan aku, ayah lebih peka tentang perihal anak2 berbanding mak.

Lepas mak dah bersendirian, mak tidak lagi menyewa rumah, dia mgambil keputusan untuk duduk dia kedai jahitnya. Itulah rumah,itulah syurga dia. Selain dari menjahit, mak lebih fokus jadi pekerja am di klinik berhampiran. So itulah yang menjadi pendapatan utama mak. Waktu tu aku belum lagi ada lesen kereta, ayah dahulukan angah untuk ambil lesen kereta. Satu sebab adalah kerana dia yang paling hampir dengan mak (aku masih menghabiskan sisa tahun akhir di KL). Sebelum angah ada lesen, ayah yang akan hantar adik2 pulang ke kampung menjenguk mak. Btw, mak dan ayah memang sampai sekarang x bersua muka. Ayah ok je. Mak yang insist untuk tak nak jumpa ayah. Katanya fobia. Ayah bukan lh seorang kaki pukul sampai nak fobia, tapi pendapat aku dan adik beradik yg lain mak dah malu sebenarnya sebab sering becerita buruk tentang ayah seperti sengsara 21 tahun hidup tiada yang bahagia.

Setahun kemudian, aku tamat belajar dan pulang ke negeri asal. Kalau dulu rutin aku menjadi suri rumah hanyalah apabila pulang hujung minggu, selepas tamat belajar boleh dikatakan tanggungjawab memasak mengemas yang selama ni ayah buat sorang, aku sudah dapat membantu untuk meringankan. Ketika diusia 21 tahun, aku sudah “kena” pandai memasak dan menguruskan rumahtangga. Aku tahu, hidup sebagai bapa/ibu tunggal bukanlah mudah. Emosi sentiasa terganggu. Macam mana kisah penceraian artis menjadi bualan orang, begitu juga yang terjadi pada mak ayah aku. Walaupun sudah setahun berlalu.

Ohhh ya, rumah yang dulu kami duduk, ayah dah jual. Faktor utama adalah jarak dari tempat kerja ayah agak jauh makan masa 40 min, dan kasihankan uda yang bersendirian dirumah (uda sudah tak mahu ke sekolah istimewa. Bab ni pun satu hal tapi tak pelah, skip je), maka kami ambil keputusan untuk tinggal dirumah berhampiran dengan atok (mak ayh sebelah ayah) yang jaraknya hanya 15 min ke tempat kerja ayh. Walaupun kecil, tapi itu lah keputusan yang terbaik ketika itu. Faktor lainnya, mugkin kerana mak dan ayah dikenali dalam kawasan kejiranan tu, jadi ayah berasa malu nak berhadapan dengan jiran yang ada setelah makcik2 bawang bercerita itu ini. Adalah hampir 5 bulan duduk dirumah kecil itu, kemudian permohonan ayah untuk mendiami kuarters kerajaan diluluskan. Maka, berpindah lah kami kesana.

Tak lama, ayah mengabarkan keinginan berkahwin lagi. Aku adalah orang pertama yang ayah minta pendapat. Sejujurnya, anak mana yang nak ada mak baru. meskipun hubungan aku dgn mak aku sendiri renggang waktu tu, tetap berat hati nak merelakan perkahwinan ayah. Tapi, bila berbalik kepada keinginan manusia, dan gaya hidup ayah aku yang jarang sekali melepak dengan kawan2. Hidupnya adalah anak dan isteri, maka aku setuju. Disebabkan mak du ada rumah sendiri, maka ayh ambil keputusan untuk berpindah ke rumah mak du. Mak du wanita bekerjaya dan ada anak satu. Kehidupan berlalu seperti biasa. Dalam nak menyesuaikan diri dengan gaya hidup masing2, aku dikhabarkan mak juga berkahwin lagi. Bersama seorang duda kematian isteri dan anak 6 orang. Apa yang mengejutkan ketika itu, khabar itu tidak datang dari mulut mak, tapi dari salah seorang kawan kampung kepada kembar. Aku sememangnya selepas dari perpisahan tu, memang tidak berapa baik dengan mak. Aku jauh hati dengan dia atas sebab2 isu yang terlalu panjang nak cerita dekat sini, maka hanya angah dan kembar yang pulang kekampung untuk menghadiri pernikahan mak. Uda macam biasa, dia adalah bayang2 ayah. Tidak akan kemana tanpa ayah.

Selepas mak berkahwin, mak masih duduk dikedai jahitnya bersama suami baru (aku gelarkan sbg pakcik). Mak menjaga dua anak pakcik yang paling kecil. Lagi 4 orang tu, ada yg dah bekerja dan mnyambung pelajaran di sekolah berasrama dan universiti. Memang sempit “rumah” tu, tapi itu yang mampu dimiliki ketika itu. Ayah yang senantiasa memujuk aku agar melupakan sengketa yang lama dan pulanglah menjenguk emak dikampung, akhirnya hati aku terbuka. Aku mula ziarah mak dan berkesempatan menyambut raya bersama mak, walaupun di “rumah” kecil tu.

Tiga tahun berlalu pergi, aku sudah ada lesen kereta, menyambung pngajian ijazah di negeri sendiri, angah juga sedang melanjutkan diploma di negeri sendiri. Kurang lebih 2 minggu sekali pulang kekampung menjenguk mak. Paling tidak sebulan sekali. Namun, panas tidak sampai kepetang. ayah tidak dapat menyelamatkan rumahtangganya bersama mak du. Dibahu aku ini ayah merintih sedih, dengan mata ini saksi segala yang berlaku. Melihat air mata ayah, aku cuma mampu memberi semangat. Tiada daya yang aku mmpu bantu. Maka, keluarlah kami dari rumah mak du. Kembali menumpang seketika dirumah atok, sehingga lah ayah mmbeli rumah baru disekitar sini, ini lah rumah kami sehingga sekarang.

Dalam pada masa yang sama, mak pula, keinginan doa nya tuk memiliki rumah sendiri dimakbulkan apabila sekeping tanah yang arwah ayah mak namakan diatas nama mak suata ketika dahulu diluluskan untuk dibuat rumah kos rendah diatasnya. Berpindah randah lah barang2 dari kedai jahit masuk kerumah baru yang makan masa 6 bulan lebih juga untuk siap. Dapatlah kami myambut raya haji dirumah baru. Ayah pula, beraya bersama atok. Itulah yang berlaku setiap kali perayaan, bergilir2 tahun ini mak, tahun depan bersama ayah dan sebaliknya.

Masuk akhir tahun keempat, sekali lagi ayah menyuarakan hasrat untuk bernikah. Kali ini bersama gadis lewat 30an. Tiada yang kami adik beradik harapkan, adalah doa harapan agar ayah senantiasa bahagia kerana aku tahu, semejak berpisah dengan mak, banyak kesulitan dan kesakitan yang dia lalui.
Seperti biasa, hadir insan baru dalam keluarga, keserasian juga diperlukan. Alhamdulillah, demi ayah kami adik beradik menerima mak ti dengan seikhlasnya begitu juga mak ti.

Pertengahan tahun lepas angah mendirikan rumahtangga, punya lah mak insist tak nak jumpa ayah, kami terpaksa asingkan majlis. Sewaktu nikah ayah yang menemani, dan sewaktu menerima menantu, rombogan dari pihak mak pula , majlis doa selamat juga kami buat dua kali, sebelah ayah dan sebelah mak. Campur dgn pihak perempuan sudah jadi tiga. Cuma yang peliknya, sewaktu aku dan angah konvo dulu,elok je mak datang disaat ayah juga ada bersama. Pelik tapi benar!

Diteruskan lagi, perkahwinan mak bersama pakcik bergolak dan bergolak. Dari aku tak nak masuk campur apa2, sampailah aku rasa aku perlu pertahankan mak aku. Dari isu berganti isu, awal januari 2018 mak dilepaskan. Dengarnya sekarang pakcik pun dah kawin lagi. Aku tengok mak pun bahagia bersendirian. Dan macam biasa,mak selesa hidup nya sendiri sampai aku tak tahu mak ingat tak anak2 dia dekat sini. Kalau aku tak call, mak memang x kan call melainkan ada perkara2 penting (yang tersangat penting). Aku memang dah tak da rasa nak kecik hati dekat mak ke apa, sebab urusan aku dekat rumah ni banyak lagi nak difikirkan dari memikir hati sendiri.

Unfortunately, diringkas kan (walaupun aku rasa cerita aku ni panjang gila), perkahwinan ketiga ayah juga sedang bergolak sekarang. Dah 3 minggu kot mak ti keluar rumah dan duduk dirumah adik dia. Sungguh, aku hanya mampu mendengar keluh kesah ayah,kdgkala aku terbawa juga dengan emosi bila mendengar mak ti yang aku rasa lembut dan baik, tapi senantiasa mencabar keegoaan ayah sebagai lelaki. Ada satu ketika, ayah sampai call aku dekat ofis meluah rasa sambil menangis. Aku tahu ayah cuba nak mempertahankan perkawinan nya, dan aku ketika tu kena menenangkan ayah. Ada ketika ayah nampak kuat, ada ketika bila dia terduduk, dia akan merasakan seolah ada kegagalan dari dia yang menyebabkan ketiga2 perkahwinan tidak menjadi. Ayah mula rasa dia yang tak betul, kadang2 dia rasa ada sial dalam diri dia sampai tiga kali bernikah pun tetap gagal. Aku? Aku lah yang duduk disebelahnya menguatkan dia.

Peluang untuk menyelamatkan perhawinan ayah ni agak tipis, tapi kami sedang cuba. Ni pun dah nak puasa, silap2 raya tahun ni pun akan hambar lagi macam tahun yang lepas2.

Aku cuma nak tegur satu je, walaupun aku perempuan, mungkin seolah aku ni tak layak nak menasihatkan kaum sejantina aku sebab faktor umur dan kawin pun belum. Tapi, apa yang aku nampak sepanjang perjalanan kisah perkahwinan mak dan ayah yang aku ceritakan dekat atas tadi, kita sebagai kaum wanita, meskipun nak mempertahankan nasib wanita yang kononnya lemah ditinggal suami, korang kena buka mata dan fikiran. Tiada penceraian yang salahnya dari satu pihak sahaja. Kadang2 aku tengok orang menhentam yang bukan2 pada si suami, cakap macam kau tu duduk dalam rumah mereka 24 jam dan nampak apa yg berlaku. Ada je perkahwinan yang gagal dan penyumbang besar kepada kegagalan itu adalah datang dari si isteri.

Aku salute pada mak du, perpisahan mak du dengan ayah lah yang paling kurang kontroversi. Meskipun kedua belah pihak keluarga masing2 mungkin ada rasa marah, tapi aku nampak peranan mak ayah mak du sangat rasional apabila mereka bukanlah mengeruhkan keadaan tapi cuba mendamaikan dan menasihatkan. Berbeza dengan keluarga mak dan mak ti. Aku yang melihat depan mata, telinga yang menjadi saksi mendengar kata2 amarah, provoke, hina yang aku rasa keterlaluan seolah anak/adik perempuan mereka ini adalah malaikat yang turun dari syurga.

Dan sebagai wanita, selagi talak belum dijatuhkan kau masih seorang isteri. Maka, berperananlah sebagai seorang isteri. Meskipun kau sudah membenci kononnya pada sang suami, namun hindarlah dari bercerita yang berlebih lebihan sampai segala pekung nak dibuka. Dan ketika kau tersepit diantara keluarga dan suami akibat dari mulut kau sendiri, duduk lh ditengah sebagai seorang yang mendamaikan. Bukan kau lagi menambahkan api yang membara. Ingat, kau masih isteri. Kalau misalnya si suami tidak mengampun dosa yang ada, kemana kau nak mencari pengampunan? Mungkin sekarang seboleh2 nak talak tu jatuh secepatnya, tapi percayalah kehidupan selepas itu bukan lah indah seprti yang kau jangkakan. Aku dah melihat semua itu dari kehidupan mak sendiri.

Kerana itu aku aku tahu kenapa talak itu diberikan kepada suami bukan isteri. Aku cuma harap ayah kuat menempuh perjalanan hidup dia. Aku tahu dia sedih nak menjalani hidup tanpa seorang isteri, dan nak mendengar lagi kata2 orang tentang perkahwinan yang gagal lagi. Semestinya orang akn ckp ayh yang buat hal dan x betul, kalau tak, takkan sampai tiga kali kahwin pun still bercerai. Lumrah manusia untuk berkata macam2. Aku harap ayah kuat. Aku harap sangat.

Disamping up down kisah keluarga aku, aku pun sedang gagal dalam bercinta. Hampir melangkah sebelah kaki untuk ke gerbang perkahwinan tapi ditinggalkan atas sebab2 yang aku rasa tak worth it pun untuk aku pertahankan lagi lelaki tu. Korang boleh baca kisah yang aku pos sebelum ni. Tajuk aku dan takdir. Mungkin dari satu side yang lain,Allah nk bagi aku ruang untuk aku fokus pada keluarga aku dulu agaknya. Sampai lah mungkin mak dan ayah mampu berdiri dengan hidup masing2 tanpa pergolakan yang sentiasa ada. Aku sendiri terpaksa tolak tepi rasa sedih aku kena tinggal sebab aku sendiri nak mengadu dengan mak ayah aku pun tak sampai hati sebab diorang pun masih berjuang dengan hidup diorang. Nasib baik ada kawan2 yang sgt supportive. Dpt lh aku meluahkan rasa sedih sikit sebanyak.

Hidup ni satu perjuangan,ada orang dari dia lahir sampai dia mati baik dari rezeki, jodoh, perjalanan hidup semua senang je. Ada yang sebaliknya, dari lahir sampai dia mati sering diuji dengan dugaan. Pesanan ayah ni yang buat aku kuat berdiri demi mak dan ayah.

So, dimana pengakhiran kisah keluarga aku. Mungkin tak mak ayah aku kembali lagi? Tengok gaya mak, nampak macam tipis. Tapi Allah lebih Maha tahu. Kita tunggu dan lihat sahaja lah….

– Aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *