Take Care Cikgu!

Aku baru je terbaca dalam whatsapp group kononnya cikgu hampir pitam dalam kelas. Mengandung pulak tu.

Naik risau bila baca news tu. Harapnya hanya “hampir” pitam bukannya betul-betul pitam.

Betul ke tidak news tu belakang kira. Yang penting sekarang, cikgu-cikgu mengandung please take care yourself. Ada 2 nyawa yang perlu dijaga.

Musim panas seperti ini perlu diberi extra perhatian sikit. Minum air sebanyak mungkin.

Kalau boleh, berilah peluang kepada cikgu-cikgu mengandung ni mengajar di tingkat bawah, dewan terbuka atau pun bilik berair-cond. Toleransi dengan mereka.

Sebelum terjadi insiden yang kita tak mahu berlaku seperti pening jatuh tangga dan pitam dalam kelas yang mungkin boleh membahayakan kesihatan ibu dan anak.

Pitam pengsan di sekolah menengah bolehlah minta pelajar-pelajar tolong bantu. Sekolah Rendah?. Siapa nak tolong angkat?

Tolong kerumun ramai-ramai sampai tak cukup ruang bernafas ada la.

Cikgu-cikgu yang lain yang tak mengandung pun jagalah mulut sikit dan jangan busuk hati andainya cikgu-cikgu tengah sarat mengandung diberi perhatian lebih dan peluang mengajar di bilik-bilik kosong di tingkat bawah dan bilik beraircond.

Untuk sementara waktu sepanjang musim panas ini sahaja mereka diberi peluang macam ni. Fahamkan situasi sekarang yang panas terik dan kering tekak.

Aku tahu akan ada yang tak puas hati dengan cadangan aku ini. Akan ada yang jadikan isu kononnya cikgu-cikgu mengandung sekarang lembik dan mengada-ngada.

Dulu kami okay je bawa perut panjat tingkat empat. Hujan panas kami panjat tangga mengajar macam biasa.

Susah nak puaskan hati semua orang. Tapi cubalah jadi manusia yang ada common sense dan bertimbang rasa.

Nak masuk mengajar, dengan angkut berbeg-beg dalam keadaan panas terutamanya yang mengajar sesi petang.

Ditambah pula dengan sistem pengudaraan dalam kelas yang tidak berapa elok. Tak mustahil cikgu-cikgu boleh pitam.

Cikgu-cikgu yang ada sebarang penyakit pun sepatutnya diberi pertimbangan untuk mendapat kesenangan mengajar di tempat-tempat yang sedikit selesa. Ikut kesesuaian mereka.

Cadangan aku bukan terhad untuk cikgu-cikgu mengandung je. Cikgu-cikgu yang ada penyakit pun patut diberi perhatian lebih. Utamakan kesihatan mereka.

Gunakan segala ruang di tingkat bawah dan kawasan terbuka sebaiknya.

Mana-mana bilik kosong yang selamat digunakan dari segi keselamatan yang boleh dijadikan tempat mengajar dan belajar sementara, tolonglah guna sebaik mungkin. Untuk sementara waktu sahaja.

Mana-mana ibu bapa yang terbaca confessions ini yang prihatin, tolonglah pergi ke kelas anak-anak. Tolong cuci kipas angin dan tingkap-tingkap kelas anak-anak pada hujung minggu.

Check kondisi kipas-kipas, Speed laju ke tak? Function ke tak? Check tingkap-tingkap terutamanya tingkap nako. Boleh buka sampai habis atau separuh.

Tolonglah repair kalau boleh buka separuh. Kelas yang ada air-con, tolong cuci filter dan check gas air-con.

Kesian anak-anak belajar dalam keadaan berpeluh dan berpanas. Buat semua ini atas rela hati dan bukan paksaan demi keselesaan anak-anak sendiri.

Sendiri pergi check keadaan kelas anak-anak. Kalau terasa nak menyumbang sesuatu dari segi wang ringgit, bincanglah dengan cikgu kelas anak-anak.

Ada cikgu-cikgu yang tahu kondisi kelas tetapi berat hati dan berat mulut nak luahkan terutamanya melibatkan wang ringgit. Faham sahajalah musim sekarang musim cari salah cikgu.

– Mak Budak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *