Bila aku baca confession Kasih Ibu (https://iiumc.com/kasih-ibu-5/) dan Kasih Mentua (https://iiumc.com/kasih-mentua/), kesimpulan aku, ia ditulis oleh orang yang sama.
Aku terpanggil untuk membalas confession itu kerana ciri ciri anak lelaki dia dan menantu dia sama macam adik lelaki aku.
Dan mak aku ada la sedikit sama macam puan rohana atau nora cuma yang bezanya mak aku masih ajar anak lelaki buat kerja rumah walaupun semestinya anak perempuan yang lebih banyak buat. Jadi aku pasti tu bukan confession mak aku. Hahaha.
Ok. Berbalik kepada cerita aku, isteri adik aku, aku namakan Laila juga suri rumah, ada anak sorang. Adik aku Ali.
Ali ni memang anak dan suami yang sangat baik dan ringan tulang. Laila ok je. Bukan queen control cuma Ali ni yang lebih lebih layan isteri dia. Tak kisahla kan.
Bagus la macam tu. Aku pun nak suami macam tu. Hahhaha. Memang segala apa yang Laila nak, Ali akan ikut. Bukan je suami yang baik tapi dia pun anak yang baik. Tu la kot punca rezeki Ali melimpah ruah walaupun dia seorang saja yang bekerja.
Alkisahnya, satu hari mak mengadu kat aku, dia tak berkenan cara ipar aku layan Ali. Sama la dengan yang Puan Nora/Rohana cerita.
Tambah lagi pakej tak suka Ali spend macam2 kat isteri dia sebab isteri dia tak kerja kan. Mak aku dengan Ayah aku ni pesara kerajaan jadi sepanjang kehidupan rumahtangga mereka sama sama cari rezeki.
Aku malaslah nak salahkan mak aku kan cuma sedikit sebanyak aku pun terasalah sebab aku pun suri rumah. Hahhaha. Dalam hati aku ni cakap “mak. Anak mak pun suri rumah ni.” Hahaha.
Fyi, memang mak ayah aku tak prefer pun aku jadi suri rumah. Bagi mereka kalaulah dua2 kerja, lagi senang hidup.
Jadi aku sebagai kakak dan anak, cubalah memainkan peranan. Kat mak aku, aku bagitahu yang adik aku selalu mandikan atau basuh berak anak dia mungkin sebab susah untuk ipar aku jaga aurat kan nak keluar masuk toilet. Memang benda tu kecik je.
Cuma adik aku sebagai suami mungkin nak jaga yang tu takut bila keluar toilet, seluar tersingsing ke, lengan baju tersingsing ke. Aku reka je tu bagitahu mak aku.
Mak aku ni simple je. Aku cakap macam tu terus dia cool down boleh terima. 1 lagi mak aku bising kat aku cerita adik ipar aku nak minum air takleh pergi dapur ke.
Ali yang sampai ambilkan bawa masuk bilik. Aku bagitahu la mak aku. Leceh la nak keluar kena pakai baju lengan panjang, sarung tudung, senang Ali je yang tolong ambilkan. Terus mak aku diam.
Untuk Ali pulak, aku sembang dengan dia, slow talk. Aku cerita la kat dia apa yang mak aku cakap tapi aku tapis sebab nak jaga hati Ali dan taknak burukkan mak atau Ali terasa hati dengan mak.
Ali faham sebab mak aku tak dilayan macam Laila oleh ayah (ayah aku baik, bertanggungjawab ye cuma ayah zaman dulu2 biasa la tak reti bab kerja rumah tapi bab luar rumah 100% ayah.)
Aku bagitahu memang tak ada masalah pun layanan dia kat isteri dia cuma better tak macam tu bila kat kampung.
Aku bagitahu la, aku macam tula kat rumah mentua. Aku tak pernah mintak suami aku suap anak ke, mandikan anak ke atau suruh suami buat apa apa bila depan mentua.
Padahal kat rumah sendiri semua tu dia buat je bergilir dengan aku. Bila kat rumah mak aku, aku biar je suami aku buat macam macam.
Hahaha. Mak ayah aku pun tegur aku jangan macam tu dengan suami. Tapi benda tak salah pun.
Hasilnya, adik aku yang tak kahwin lagi dan tinggal dengan mak aku cerita bagi mak ayah, suami aku lah menantu terbaik mak ayah.
Hahahha. Pandai pandaila kan.
Aku selalu bagitahu suami, depan mak ayah aku atau mak ayah dia, pandai pandailah sama jaga supaya parents dia suka aku dan parents aku suka dia.
Kalau terpaksa berlakon pun berlakon lah kejap depan mak ayah untuk jaga persepsi mak ayah pada menantu dia. Aku minta maaf la kalau ada yang tak setuju.
Pasal mak aku, aku malas fikir, susah kita nak adjust pemikiran orang tua. Lagipun tak bagi kesan apa pun kat kita cara dorang fikir kalau kita pandai handle.
Zaman mendidik dorang dah lepas iaitu kita. Yang penting kita yang masih ada atau akan ada generasi baru yang kita perlu didik.
Bagi aku korang tak payah la kecam Puan Nora/Rohana ni. Nak bagitahu, bagitahu elok elok.
Aku rasa tak best bila baca kecaman sebab aku terbayang kalau mak aku buat confession lepas tu ramai kecam. Boleh kan bagitahu elok2 ibarat macam kita tegur kesalahan mak ayah kita lah.
Bytheway, buat Puan Rohana/Nora. Masa menantu puan layan anak dan anak puan kemas kemas lepas makan tu, betul dah apa yang mereka buat.
Bukannya menantu puan dok goyang kaki main fon. Dia tengah layan anak. Saya faham puan sebab lebih kurang je dengan mak saya.
Tapi bagi saya, puan tak perlu kecam menantu puan malah puan sepatutnya bangga dengan anak puan. Ibarat kata mentua saya, ‘mak tak kisah pun menantu macam mana asalkan anak mak bahagia.’ Puan pun mesti nak anak puan bahagia kan?
Itulah cara dia bahagia. Selagi puan tak nampak menantu puan kurang ajar dengan anak puan, tak ada masalah pun bagi saya. Maksudnya anak puan yang suka tolong isteri dia.
Saya suri rumah, jadi saya faham kerja suri rumah ni macam mana. Bila suami tolong, jadi ada masa lebih untuk saya dan suami luang masa bersama contoh tengok movie ke, nak keluar jalan jalan ke.
Memanglah kalau suami tak tolong, mungkin boleh juga buat semua tu cuma bila dia tolong, lagi banyak la masa terluang tu kan.
Kalau tak, dia dah relax depan tv, saya nak kena sidai baju, cuci pinggan lepas makan, siapkan anak anak. Kan tak ada masa nak lepak dengan dia.
Suami saya pula memang suka kalau saya boleh tengok movie ke, drama ke dengan dia. Sebab tu dia rajin tolong supaya saya banyak masa dengan dia. Macam berbelit dah ayat aku. Hahaha. Harap fahamlah.
Itu sahaja saya nak cakap. Maaf andai ada yang mengguris hati. Sekian.
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit